Sebelum menghafal
- Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
- Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
- Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
- Berada dalam keadaan tenang.
- Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
- Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
- Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
- Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
Teknik Menghafal
A. Teknik “Chunking”
- Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
- Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
- Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
- Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
- Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
- Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
- Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
- Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
- Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
- Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
- Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
- Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
- Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
- Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
- Pilih seorang teman yang sama minat.
- Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
- Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
- Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
- Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
- Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
- Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
- Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
- Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
- Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
- Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
- Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
- Kemudian semak semula dengan mashaf.
- Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
- Buat beberapa kotak.
- Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
- Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
- Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
- Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
- Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
- Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik “Mindmaping”
- Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
- Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
- Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.
Mengekalkan Hafalan
- Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
- Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
- Kerjakan solat hajat kepada Allah.
- Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
- Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
- Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
- Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
- Menulis setiap ayat yang mutashabih.
No comments:
Post a Comment