Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

06 December 2010

Alahai Pak Cik

Indahnya pagi ni, bermandikan air paip yang teramatlah sejuk macam kat C.Highlands. Pagi ni tetiba jer aku bangun awal. Tapi selalu aku bangun awal gak eh. Cuma hari ni terlebih awal plak.

     Habis mandi, aku pun bersiap nak gi subuh.“ Pahal aku siap awal? Lebih baik aku online jap. Sekarang baru kul 3 pagi,” dalam hatiku berbisik. Tanpa berlengah, terus je aku bukak laptop yang dah memang tersedia kat atas meja.

     “Allahu akbar allahu akbar”, suara azan memecah keheningan pagi tu. Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Aku terus keluar untuk ke surau. Alangkah terkejutnya aku bila sampai, pemegang kunci surau aku tu baru nak azan. Habis tu, yang azan tadi sape?? Yang azan tu, surau ni atau masjid berhampiran. Pelik-pelik. Padahal dah 20 minit masa berlalu, takkan baru nak azan. Melampau.

     “Pak cik, ni dh pukul berapa,” aku tanya dia. Selamba je dia jawab, “ aikk, ko sekola darjah berapa. Nampak macam dah sekolah menengah. Takkan jam pukul berapa pun ko tak boleh tengok. Tuu tuu nampak tu, dah pukul 6 larh.” Wuih, berasap kepalo den time uh.


Den balas balek, “ pak cik, saya sekola tingkatan tiga. Pak cik ni dah tuo pun takkan tak tau doso pahalo kot cik. Pak cik tau tak melambat-lambatkan azan ni satu doso. Pak cik jangan piker soal tuo mudo.” Terdiam pak cik tu. Ha!!! Baru dio tau den ni sapo.

Habis solat jo, den terus baco doa n blah. Sesekali tertoleh gak kat pak cik tu. Dio  toleh kat den dulu. Pas uh den pandang, teros tunduk. Takut larh tu. Haha.


Pengajaran :

1)  Jangan melambat-lambatkan azan, tu satu dosa. Cuba bayangkan kalau azan dilambatkan, mungkin akan mengelirukan orang-ramai. Dengar kat masjid sana dah, tapi sini belum. 

2)  Jangan merendah-rendahkan martabat orang walaupun orang yang lebih muda apatahlagi yang lebih tua kerana kita tak tau kelebihan dan kekurangan tersembunyi yang Allah kurniakan kepada kita.
      

No comments: