|
Nak takut ni ke??? Tak payah takut larh |
|
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni. Dah seminggu rasanya blog ni tak diupdate. Sebenarnya, aku pun ketandusan idea. Selama seminggu berada di sekolah, baru aku dapat idea. Memang terbaik lah sekola tu.
Baru-baru ni, keputusan PMR baru je keluar. Ramai jugak lah member-member aq yang dapat 9A. Antara 29 orang calon, 13 orang yang mendapat razeki dari ALLAH. Walaupun tak semua dapat 9A, keputusan kali ni adalah yang terbaik yang pernah dicatat dalam sejarah
INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN. TAHNIAH kepada yang mendapat rezeki. Walaupun aku tak dapat keputusan yang cemerlang, aku pun tumpang gembira + rasa syukur + rasa bangga kerana termasuk dalam golongan 17 generation.
|
Tawakkal adalah jalan terbaik |
Berceita pasal gagal,eh bukan gagal larh tapi cuma bukan rezeki dari ALLAH untuk kita jer. Aku percaya dengan qada' dan qadar ALLAH kerana aq dah buat yang terbaik. Alhamdulillah, tidak terdapat sedikit pun perasaan kecewaapabila aku menerima keputusan itu. Malah aku berbangga kerana target aku mengena. Bayangkan subjek yang tak pernah lulus apatah lagi nak dapat gred "A", boleh dapat "A". Aku tetap berpegang dengan firman ALLAH :
ان الله عليم حكيمْْ.......
Ertinya : Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Walau tinggi mana pun ilmu seseorang, ilmu ALLAH jua lah tiada bandingan. So, kepada yang tiada rezeki tu, janganlah berputus asa. Ingat, Allah itu adalah segalanya. Biarkan mulut orang nak cakap apa. Yang penting kita jangan mengalah. Kalau nak diikutkan mulut orang, sampai bila2 pun tak dapat nak tutup. Terima result tu dengan hati yang ikhlas.
|
Ikhlaskan hati, pasti berjaya |
|
Berserahlah dengan apa yang kita dah buat |
Sebenarnya keputusan yang cemerlang bukan matlamat aku, tapi usaha yang aku buat untuk mencapai kecemerlangan itu yang penting. Namun aku yakin, keputusan aku ni bukan datang dari sapa-sapa melainkan ALLAH. Memang kalau diikutkan penanda kertas yang bagi markah. Tapi dengan kudrat dan kuasa ALLAH, tiada siapa mampu menghalangnya. Tapi tengok balik pada diri kita :
- Hubungan dengan ALLAH
- Hubungan dengan ibubapa
- Hubungan dengan guru-guru
- Hubungan dengan rakan-rakan
|
Jagalah hubungan dengan-NYA |
So, muhasabah diri. janagn sedih-sedih. PMR jatuh, SPM still ada. Aku percaya hubungan dengan ALLAH bagus, hubungan dengan yang lain pasti bagus jugak. Tinggalkan PMR tu, ucapkan selamat datang pada SPM pulak.
|
Selamat tinggal masa silamku.. |
Oke lah, ni je yang aku nak tulis buat tatapan serta pengajaran kepada diriku dan juga pembaca blog ni. Segala yang baik datang dari ALLAH, yang kurang datang dari kelemahan dan juga kesilapan diri aku sebagai hamba-NYA. Tutup tirai dengan ucapan wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment