Sebenarnya dalam hati kita ada timbul perasaan bersalah. Namun kita sengaja tidak mahu mengakui kesalahan tersebut. Perkataan maaf terlalu mahal untuk diucapkan. Kita beranggapan akan dimarahi ataupun dimusuhi apabila kita memohon maaf. Padahal kita perlu juga membersihkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Percayalah ada banyak manfaat mengakui dosa pada orang lain seperti:
· Fuhh ! Leganya…..
Menyimpan dosa terhadap orang lain membuatkan kita resah dan gelisah. Supaya hati sentiasa tenang dan bebas rasa bersalah, kita perlu membuat pengakuan diatas dosa yang dilakukan.
· Tidak ada salah faham lagi……
Apabila kita memendam perasaan bersalah terlalu banyak, ia akan menyebabkan orang lain salah faham. Misalnya, kita meminta wang kepada ibu bapa bagi tujuan untuk membayar hutang. Tetapi, kita memberitahu mereka wang itu akan kita gunakan untuk membayar yuran-yuran program di sekolah. Ibu bapa kita semakin curiga apabila setiap kali kita meminta wang daripadanya dan kita selalu menggunakan alasan yang sama. Bayangkan, betapa sukarnya kita berbohong dan diburu dalam masa yang sama.
· Makin dewasa……
Percaya atau tidak andai kita berani mengakui kesilapan, ia akan mendidik kita menjadi lebih dewasa. Ini satu kejayaan menunjukkan kita mampu mengalahkan ego sendiri.
No comments:
Post a Comment