Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

14 December 2010

Motivasi Diri

ANDA  ADA  POTENSI
Adakah   anda   pernah   merasa  kurang bijak dan pandai berbanding orang lain? Anda merasakan anda seorang yang bodoh. Sebabnya dalam peperiksaan anda biasanya mendapat keputusan yang teruk. Anda dijadikan sebagai contoh tidak baik dalam kelas.
Anda  jangan  berfikiran  negatif. Anda sememangnya hebat. Anda adalah unik. Percayalah. Setiap orang mempunyai keunikkan tersendiri. Setiap orang mempunyai kepintaran tersendiri. Begitu juga dengan anda.

Menurut Gadner yang merupakan  seorang  pakar psikologi , telah  mambahagikan   manusia kepada   8  kepintaran  utama, iaitu:
1. Kepintaran  matematik dan logik
2. Kepintaran  bahasa
3. Kepintaran  interpersonal
4. Kepintaran  intrapersonal
5. Kepintaran  kinestatik   
6. Kepintaran  muzik
7. Kepintaran  ruang
8. Kepintaran  semulajadi

Setiap orang mempunyai kepintaran dominan yang berbeza. Tetapi agak malang sedikit kerana sistem persekolahan banyak menumpukan terhadap kepintaran matematik dan logik. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai kekurangan dari segi ini gagal menyerlah. Di sini bukan bermakna anda bukan atau tidak boleh menjadi orang berjaya. Setiap orang mampu berjaya menggunakan kepintaran yang ada.  Jadi mulai hari ini buangkanlah sikap rendah diri bahawa anda bukan bijak. Anda bijak dan unik.
Rasa-rasanya apa kepintaran anda? Kongsilah bersama di sini.

Bakat  dan  Potensi  Anda
Setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi sendiri. Perkara inilah yang dikenali sebagai bakat. Bakat membuatkan anda unik dan berbeza dengan orang lain. Bakat membolehkan anda mahir dalam sesuatu bidang berbanding orang lain.  Rasulullah S.A.W tahu kemampuan dan bakat yang ada pada sahabat-sahabatnya. Sebab itulah mereka ditempatkan dalam bidang masing-masing.

Ali r.a ditempatkan dalam bidang kehakiman.
Mu’adz r.a ditempatkan dalam bidang ilmu pengetahuan.
Ubay r.a ditempatkan di dalam bidang Al-Quran.
Zaid dalam bidang Faraidh.
Khalid bin Walid dalam bidang jihad.
Begitu juga dengan sahabat yang lain.

Bakat yang ada jika digunakan pada tempat yang betul boleh membuatkan seseorang berjaya. Seperti mana  sahabat-sahabat  nabi. Mereka salah seorang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Paling manis lagi bakat mereka digunakan untuk membangunkan Islam. Hebat bukan?
Persoalan hari ini..  ADAKAH  anda  sudah  mengenali  bakat  dan  potensi  anda ?  Dan bagaimana anda mampu untuk menggunakannya pada tempat yang betul?

No comments: