Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

31 December 2010

Akibat "Couple"

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni. Kali ni aku nak post pasal isu yang mebimbangkan umat islam pada masa kini iaitu isu "couple".

          
baik kawin terus je///

kembalilah kita pada ajaran sebenar....



  Apakah  yang  dimaksudkan  dengan  couple?
Adakah ia merupakan perbuatan yang diwarisi daripada ibu bapa kita? Nenek moyang?
Ataupun sekadar fenomena yang melanda syabab dan fatayat ISLAM dan seterusnya
Menjerumuskan ummat ISLAM ke lembah kehancuran? Terpulanglah kepada
 Individu yang menilai aktiviti couple ini…. Jika melihat dari aspek ibu bapa , adakah ibu
bapa individu yang bercouple ini redha dengan hubungan yang  dijalinkan oleh anak-
anak mereka? Jika perbuatan “COUPLE” itu sudah melampaui batas dan tidak diredhai
oleh ibu bapa , adakah hubungan tersebut diredhai oleh ALLAH S.W.T? Jika tidak ,  sudah
ianya berdosa! Jadi , ,dengan itu ianya hanyalah mengundang kemungkaran ALLAH dan
ketidakredhaan ibu bapa , serta membuka pintu-pintu zina dan hanya akan
meruntuhkan kata-kata ISLAM yang dibina dan meramaikan orang-orang ISLAM yang
masuk neraka dan meramaikan anak luar nikah di Malaysia. Jadi  , nilailah sendiri aktiviti
tersebut sama ada ia akan menyebabkan kita jatuh ataupun lepas untuk melintas
“SIRATUL  MUSTAQIM…. “Lu pikirla sendiri. 
tak takot ke???


sanggup kah kita?????
     




29 December 2010

Jom Bandingkan

jangan campuri urusan ni....

satu doso ni....

jadi pemimpin sebab nak duit?????

sodar diri lah baiii.....


Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni.

Baru-baru nikenaikan harga petrol,  gas, diesel dan gula telah diumumkan oleh kerajaan walaupun telah member jaminan bahawa tidak aka nada kenaikan harga petrol dan barangan lain  pada tahun ini.
                 
Minyak ni menurut sumber akan naik lagi hingga RM2.50 seliter(RON97) dan RM2.00 seliter(RON95). Apabila harga minyak naik, konfem harga barang keperluan yang lain akan naik jugak. Perkara ini akan menimbulkan kesengsaraan rakyat.
               
Logik ke kalau harga petrol dan barangan keperluan naik sedangakan kita adalah salah sebuah  Negara pengeluar minyak? Kalau harga getah dunia melambung naik, penoreh-penoreh boleh dapat hasil yang lumayan. Tapi bila harga minyak naik, kita yang rugi.
                 
Tengok kat bawah ni,
NEGARA
HARGA/LITER
                 MALAYSIA
RM 1.90
VENEZUELA
RM 0.16
TURKMENISTAN
RM 0.26
NIGERIA
RM 0.33
IRAN
RM 0.36
ARAB SAUDI
RM 0.39
LIBYA
RM 0.46
KUWAIT
RM 0.69
QATAR
RM 0.72
BAHARIN
RM 0.89
UNITED ARAB EMIRATES
RM 1.22

                Tak patut lah pemimpin kita buat camni. Kalau nak jadi pemimpin biar lah ikhlas. Kalau jadi pemimpin semata-mata nak harta dan pangkat, baik tak payah lah. Buang maso rakyat, buang pahalo korang. Sedarlah diri….

27 December 2010

Aku Blogger Negeri Sembilan (Anak Minang)

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni. Terbaca kat blog Zahirul Online pagi tadi tentang contest kt . Rasa nak join je.

Caranya macam ni :-
Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:

  1. Tajuk entri : "Saya Blogger Negeri Sembilan" - sila gantikan nama negeri anda. (aku dah buat)
  2. Link ke blog ini - Blog Pilihan Malaysia. (aku dah buat)
  3. Nama anda - Bro Fuz. (aku dah buat)
  4. Status anda - konpem bujang lah. (aku dah buat)
  5. Cara hubungi - guna jaringan sosial contohnya Facebook  ( mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar ). Nombor telefon tidak digalakkan. (aku dah buat)
  6. Daerah/Jajahan Seremban, Ibu Negeri kepada Negeri Sembilan. (aku dah buat)
  7. Tempat tinggal - Taman Cengal Utama, Paroi ( jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana. ). (aku dah buat)
  8. Apa yang menarik di tempat anda - ada stadium tuanku abdul rahman. nak tengok n9 main, dtg sini. (aku dah buat)

Tukar semua butir-butir di atas berkaitan dengan korang. Ok, selamat mencuba yer.... Wassalam.

26 December 2010

PMR OH PMR

Nak takut ni ke??? Tak payah takut larh
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni. Dah seminggu rasanya blog ni tak diupdate. Sebenarnya, aku pun ketandusan idea. Selama seminggu berada di sekolah, baru aku dapat idea. Memang terbaik lah sekola tu.

Baru-baru ni, keputusan PMR baru je keluar. Ramai jugak lah member-member aq yang dapat 9A. Antara 29 orang calon, 13 orang yang mendapat razeki dari ALLAH. Walaupun tak semua dapat 9A, keputusan kali ni adalah yang terbaik yang pernah dicatat dalam sejarah INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN. TAHNIAH kepada yang mendapat rezeki. Walaupun aku tak dapat keputusan yang cemerlang, aku pun tumpang gembira + rasa syukur + rasa bangga kerana termasuk dalam golongan 17 generation.


Tawakkal adalah jalan terbaik
Berceita pasal gagal,eh bukan gagal larh tapi cuma bukan rezeki dari ALLAH untuk kita jer. Aku percaya dengan qada' dan qadar ALLAH kerana aq dah buat yang terbaik. Alhamdulillah, tidak terdapat sedikit pun perasaan kecewaapabila aku menerima keputusan itu. Malah aku berbangga kerana target aku mengena. Bayangkan subjek yang tak pernah lulus apatah lagi nak dapat gred "A", boleh dapat "A". Aku tetap berpegang dengan firman ALLAH :

ان الله عليم حكيمْْ.......

Ertinya : Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui  lagi Maha Bijaksana.

Walau tinggi mana pun ilmu seseorang, ilmu ALLAH jua lah tiada bandingan. So, kepada yang tiada rezeki tu, janganlah berputus asa. Ingat, Allah itu adalah segalanya. Biarkan mulut orang nak cakap apa. Yang penting kita jangan mengalah. Kalau nak diikutkan mulut orang, sampai bila2 pun tak dapat nak tutup. Terima result tu dengan hati yang ikhlas. 
Ikhlaskan hati, pasti berjaya

Berserahlah dengan apa yang kita dah buat
Sebenarnya keputusan yang cemerlang bukan matlamat aku, tapi usaha yang aku buat untuk mencapai kecemerlangan itu yang penting. Namun aku yakin, keputusan aku ni bukan datang dari sapa-sapa melainkan ALLAH. Memang kalau diikutkan penanda kertas yang bagi markah. Tapi dengan kudrat dan kuasa ALLAH, tiada siapa mampu menghalangnya. Tapi tengok balik pada diri kita :
  1. Hubungan dengan ALLAH
  2. Hubungan dengan ibubapa
  3. Hubungan dengan guru-guru
  4. Hubungan dengan rakan-rakan
Jagalah hubungan dengan-NYA
So, muhasabah diri. janagn sedih-sedih. PMR jatuh, SPM still ada. Aku percaya hubungan dengan ALLAH bagus, hubungan dengan yang lain pasti bagus jugak. Tinggalkan PMR tu, ucapkan selamat datang pada SPM pulak.

Selamat tinggal masa silamku..
Oke lah, ni je yang aku nak tulis buat tatapan serta pengajaran kepada diriku dan juga pembaca blog ni. Segala yang baik datang dari ALLAH, yang kurang datang dari kelemahan dan juga kesilapan diri aku sebagai hamba-NYA. Tutup tirai dengan ucapan wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.








18 December 2010

Makin Sesat

Ejen rasuah negara.

Pilihlah..Nak  WANG ke, BANGSA????

Rezeki HARAM.

Martabatkan tulisan jawi. Inilah ejaan jawi yang SALAH untuk Barisan Nasional.

1 Malaysia lah katakan. Perayaan agama lain pun nak sambut jugak.

Ghairah 1 Malaysia. Inilah jadinya

17 December 2010

Sesat Dan Menyesatkan


Konflik!!!!



Isu remeh temeh pun nak kecoh-kecoh ke?? Tengok diri dulu lah kalau nak tegur orang. Teruk betul parti tu. Sesuka hati je nak kutuk parti orang. Parti sendiri cerca-merba. Nak kutuk parti lain. Tengok dan cermin diri larh brader.


Jadi contoh ke ni???
Lena larh dibuai mimpi
Islam Hadhari ye?? Semua nak pegang?? Semua nak salam?? Laki pompuan bkn muhrim buleh pegang2??
Goli nengok eh..Pogang2 plak
Ni lagi lah, nak menggatal jugak. Haram tu..
Pertahan nama Allah, perkara mungkar digalakkan. nak ikut parti macam ni???

                Parti macam ni nak jadi contoh??Pegi jalan larh, sesat sapa yang ikut..

16 December 2010

Cinta Sejati

 “ Ceh wah, ko belum cukup umur nak cerita pasal benda ni.
Kecik-kecik lagi dah pandai nak menggatal ye. ”

Cinta ni je ke yang kita ada???

                Bila bukak cerita pasal “CINTA”, gerenti itulah jawapan yang diterima oleh golongan muda. Confirm punya. Kalau tak percaya, cuba korang open cerita ni depan mak bapak korang. Mesti diorang akan kata macam yang dekat atas tu.

Sebenarnya, aku sendiri pun dah lali dengan ayat-ayat tu. Bila open je cerita ni kat depan senior, ayat sama je. Haha. Whatever larh apa diorang nak cakap. Yang penting cerita ni takde bersangkut paut dengan aku pun.
  
Tapi sebenarnya, tujuan open cerita-cerita camni bukannya nak menggatal pun. Tak taw pun apa sebabnya. Yang penting bukan nak menggatal larh. Mungkin sebab peningkatan umur kott. Kalau itulah sebabnya, aku fikir tu diorang punya pasal larh. Pandai buat, pandai gak lar tanggung.

Agak-agaknya, cinta kita macam ni ke????
Bila piker balik dengan ayat-ayat atas tu,  betul jugak. Takkan kita nak habiskan masa muda dengan bercinta kott. Membuang masa sebenarnya, masa-masa muda ni larh kita nak buat perkara berfaedah. Bukan maksud aku bercinta ni tak boleh. Sedangkan Nabi Muhammad pun bercinta gak. Tapi waktu usia muda, cintanya hanya pada Allah S.W.T.
Rasa-rasa yang ni ada???


Alhamdulillah larh, aku tak pernah terpikir lagi pasal benda ni. Kalau ada pun, aku akan campak jauh-jauh. Buat kusut kepalo den yo piker. Haha. Bagi den, maso mudo ni larh nak berdua-duaan dengan Allah, berdua-duaan dengan Al-Quran, dengan ilmu.

Bagaimana pula dengan cinta yang ni?? Ada ke dalam diri kita??


Akhir kalam, den tinggalkan korang dengan video ni. Tengok taw, jangan tak tengok. Haha. Selamat menonton.

14 December 2010

Dapatkan Di Pasaran

Fenomena terkini telah melanda industri hiburan nasyid tanah air apabila kumpulan nasyid ITQAN kembali dengan album mereka yang terkini berjudul  ITQAN-Rindu.




Album ini menampilkan lagu2 seperti:


Preview ITQAN-Rindu
- Watch more Videos at Vodpod.





Untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan pihak Kelab Nasyid Itqan atau dapatkannya di kedai2 berhampiran. Cepat2!!!!

MAZMUMMAH DIDALAM HATI



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

4. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

5. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak)

6. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. .. semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

7. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan  yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...

:) ~CINTA DUNIA ITU ADALAH KEGELAPAN DAN PENERANGNYA ADALAH TAKWA~ :)


Tips Menguatkan Iman

Macam mana nak tingkatkan iman? Cuba tips di bawah :

01.  Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02.  Sabar apabila mendapat kesulitan;
03.  Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04.  Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05.  Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06.  Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07.  Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08.  Jangan usil dengan kekayaan orang;
09.  Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10.  Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11.  Jangan tamak kepada harta;
12.  Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13.  Jangan hancur karena kezaliman;
14.  Jangan goyah karena fitnah;
15.  Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16.  Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.  Jangan sakiti ayah dan ibu;
18.  Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.  Jangan sakiti anak yatim;
20.  Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.  Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.  Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.  Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24.  Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25.  Biasakan shalat malam;
26.  Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.  Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.  Sayangi dan santuni fakir miskin;
29.  Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.  Jangan marah berlebih-lebihan;
31.  Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.  Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.  Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34.  Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila  karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35.  Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36.  Jangan percaya ramalan manusia;
37.  Jangan terlampau takut miskin;
38.  Hormatilah setiap orang;
39.  Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.  Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.  Berlakulah adil dalam segala urusan;
42.  Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.  Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44.  Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45.  Perbanyak silaturrahim;
46.  Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47.  Bicaralah secukupnya;
48.  Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49.  Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50.  Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51.  Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52.  Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53.  Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54.  Hormatilah kepada guru dan ulama;
55.  Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56.  Cintai keluarga Nabi saw;
57.  Jangan terlalu banyak hutang;
58.  Jangan terlampau mudah berjanji;
59.  Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60.  Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61.  Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62.  Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63.  Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64.  Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65.  Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66.  Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67.  Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68.  Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan
69.  Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70.  Jangan melukai hati orang lain;
71.  Jangan membiasakan berkata dusta;
72.  Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73.  Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74.  Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75.  Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.  Jangan membuka aib orang lain;
77.  Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78.  Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79.  Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80.  Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81.  Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82.  Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83.  Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84.  Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85.  Hargai prestasi dan pemberian orang;
86.  Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87.  Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88.  Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90.  Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91.  Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93.  Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94.  Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95.  Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96.  Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97.  Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98.  Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99.  Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan kemiskinkan