Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

26 December 2012

Noda Sang Huffaz ...

Assalamualaikum w.b.t.

This is an article from Facebook. Actually, this is from my friend. Not my own. Apalah yang aku merepek pagi-pagi ni. Nak speaking-speaking bagai. Okey-okey, hari ni aku nak kongsi satu kisah. Kalau korang nak tau kisahnya, continue this...


Allahuakbar !!!


"Aku sekarang dah tak percaya kat budak-budak
yang hafal quran."

"Aku tengok ramai budak yang hafiz, tapi
perangai tak melambangkan dia seorang
penghafal al-quran."

"A'ah betul jugak. Nama je hafiz, tapi kadang-
kadang banyak masalahnya. Kadang-kadang
duk bergayut calling dengan perempuan sampai
tengah malam, keluar dating, makan dengan
perempuan, tepuk tampar dengan perempuan.
Ahh banyak lagi lah."

"Aku pun hairan, sepatutnya bila dah ada al-
quran dalam diri tu, makin bertambah baik, jaga
akhlak, jaga hubungan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Tapi yang
berlaku ialah sebaliknya. Malah lebih teruk dari
orang yang tak hafal quran."
Subhanallah !!

Saya tersedak dan termakan cili, kerana saya
faham bagaimana situasinya seorang penghafal
quran.


Saya ada tanggungjawab yang terbeban dalam

dada. Tanggungjawab menanggung sebuah
kitab firman dari Tuhan yang Maha Esa dan
Kuasa.


Ya, saya sepatutnya lagi tahu hukum hakam.

Tapi, syaitan ada juga mengekori saya.


Dan saya tau itu bukan alasan untuk seorang

penghafal quran membela diri dan menafikan
dosa yang dilakukan. kerana hakikatnya, yang
salah tetap salah. dosa tetap dosa, pahala tetap
pahala.


Saya sedar dosa saya. dan tolong doakan saya
menjadi penghafal Quran yang beramal dengan
hafalannya.


ramai mencari, gagal menuruti !!
Cuma, kalau anda melihat kawan-kawan saya,
para huffaz di luar sana sedang leka. Tolong
jangan hukum mereka.


Mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk

mencari hakikat diri. Mengenali hakikat
kehidupan. Naluri keseronokan yang setiap
manusia dambakan. Mereka baru sahaja
terdedah dengan realiti dunia yang sebenar,
sebab sebelum ini mereka terpenjara di sekolah,
menerima tarbiyah terus menerus daripada sang
ustaz, tanpa diperlihatkan kepada realiti sebenar
masyarakat di luar. Mereka terkejut dengan
budaya baru yang sedang mereka lalui.

jadikan ianya sentiasa di hati !!

Sebagai seorang manusia biasa, yang serba
lemah, adakalanya mereka juga terpedaya dan
tewas dalam genggaman nafsu syaitan durjana.
sama seperti yang lain.


Hanya itu yang mampu saya katakan. Memang

itulah kelemahan setiap manusia. Kadang-
kadang lalai, walaupun telah menggunung ilmu di
dada. Apakan daya, sifat manusia itu sendiri
sering melakukan kesilapan dan dosa.


Hakikatnya, insya Allah, satu hari nanti mereka

tahu kemana jalan untuk mereka ‘KEMBALI’.
kerana Al-Quran itu sudah ada dalam hati
mereka, tinggal masa yang menentukannya.
semoga dipercepatkan tempoh penemuan
mereka itu.


Kita sama-sama doakan. doa senjata mukmin.

tapi, selagi anda mampu menegur, tegurlah
kesalahan kami. :)

Okey, tu je lah untuk entri kali ni. Kepada owner FB, sori gua copy sebab nak kongsi ek !! Jangan marah, gua dah tagged lu... Wassalam ..

p/s :

SESUNGGUHNYA MUKMIN ITU BERSAUDARA !! Bantulah kami, bukan mengeji !!

2 comments:

fareast said...

nak kopi paste ni bley x?..serius terasa gak..

mahriz said...

copy je bro...