Assalamualaikum w.b.t. Salam hormat. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Errk, apa yang aku merepek pepagi ni. Bersalam-salam bagai. Aku bukan orang kerajaan ke pembangkang ke. Aku student lagi. Okey-okey, selamat pagi semua.
Pagi ni gua nak open satu pengalaman seram gua. Kejadian ni baru je berlaku malam tadi. Tapi seperti biasa, dah berjam-jam baru gua nak update. Nak cari mood dulu beb. Baru ada feel. Lagipun gua malas nak online a.k.a seram sejuk nak turun bawah malam tadi. Sumpah seram !! Gua yang bukan penakut ni pun tetiba jadi takut seketika.
Ceritanya bermula macam ni. Aku tidur malam tadi pukul 12. Semua orang dalam rumah aku dah tidur kecuali abah aku. Tapi beliau dekat bawah, aku dekat atas. Dalam sepuluh minit lepas pukul 12, ayah aku baru naik tidur. So, dekat bawah dah kosong la. Suasana sunyi seketika ...
Tengah-tengah aku cari position baik nak tidur sambil dengar mp3, aku dengar suara orang bercakap. Dalam keadaan bermp3 ni, aku cari la dari mana datang suara tu. Tapi tak jumpa. Aku biar je la. Buat-buat macam takde pape. Padahal dah meremang bulu roma. Mana tidaknya, dah la aku seorang je yang belum tidur. Seram la !
Selang setengah jam, gua terdengar lagi. Kali ni memang tak boleh bla betul. Rupa-rupanya adik gua yang bercakap. Dia mengigau rupanya. Aku rasa nak shoot je. Nasib baik aku ni abang yang baik. Aku cubalah nak dengar apa yang dia cakap. Aku terus cabut mp3 dan terus tekan butang record. Nak kasi family gua dengar pagi ni !!
Tapikan yang aku peliknya, suara dia mengigau kuat tapi aku tak faham apa dia cakap. Aku tak rasa yang dia cakap bahasa Melayu. Kalau dia cakap bahasa Melayu, mesti aku faham. Musykil betul aku. Nak kata dia cakap Inggeris, tak jugak. Ye la, sekolah baru darjah empat. Aku yang dah habis SPM pun tak boleh cakap macam tu. Siap lama. Tu yang tak boleh bla tu. Ada lah dalam sepuluh minit. Aku teruskan merecord.
Yang lagi tak boleh bla, sebelum nak habis mengigau dia boleh toleh ke gua dan terus tenung mata gua. Gua apa lagi, terus meremang la. Terpacak-pacak bulu roma. Entah-entah misai pun sama. Pergh !! Itu memang gila. Gua syak bahasa yang adik gua pakai tu, bahasa Jawa la. Walaupun gua tak boleh cakap Jawa, tapi gua boleh lah faham sikit-sikit sebab gua memang darah Jawa. Dah kalau gua dengan abang gua tak boleh cakap Jawa, dah konfem-konfem la yang bawah mengikut.
Aku perasan Jawa sebab ada perkataan yang gua faham dan sedia maklum sebagai ayat jampi. Tu yang buat aku rasa seram lagi-lagi bila dia tenung. Dah tak boleh nak baca apa-apa dah. Sejurus selepas tu, adik aku baring balik. Sambung tidur ke atau buat-buat tidur tu aku tak tau. Yang aku tau, aku dah cuak !! Aku cuba buat cool terus pasang mp3 balik. Layan lagu Monster-Big Bang. Haha !! Kan aku ni #Teamtengahtengah. Bak kata member aku, wusto. Sampailah aku terlelap. Ala-ala tidur ayam gitu.
Tiba-tiba !!
Tengah tidur ayam tu, aku dengar pintu dan lampu bilik air terbuka. Aku buka lah mata. Ingatkan mimpi je, sebab aku dah separuh tidur. Rupa-rupanya memang betul-betul terbuka. Aku rasa nak jerit je, tapi tak termampu. Aku syak benda tu betul-betul ada dekat situ. Aku biar je la. Kang kalau aku tegur, Aku pulak yang kena. Tak nak aku.
Even benda-benda ni aku dah lali dekat asrama sekolah, tapi dekat rumah belum pernah berlaku lagi. Dan ini sangat menakutkan. Sebabnya aku teringat yang adik aku ada sebut pasal waris-waris. Waris apa tu aku tak tau. Harap bukanlah pasal waris saka. Menyusahkan keluarga aku je semua tu. Mudahan dijauhkan.
Aku rasa Sarakit berdendam dengan aku sebab malam tadi aku dengan poyonya tweet Dendam Sarakit tak seram langsung. Maybe dia sakit hati dan beranggapan tweet gua tu macam nak timbulkan provokasi kot. Wallahu a'alam la. Haha !! Arghhh !!! Tu semua karut.
Dendam Sarakit I |
Dendam Sarakit II |
Okey-okey, aku dah nak berhenti cerita pasal bendalah ni. Sekarang aku mengantuk dan ada rasa nak demam sikit. Doakanlah aku sembuh yaa !! Wassalam ..
p/s:
Dalam al-Quran menyebut syaitan atau syayatin, jin atau jinnah, qarin, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih menyatakan dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun.
2 comments:
Haha, interesting ! Tp , berani plakk nak cerciter kt blog erk >,< heeeeee
Haha, hidup mesti berani ...tak gitu ?? haha
Post a Comment