Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

24 December 2012

Tahyul-Mahyul (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Bangun seawal pagi membuatku terasa kebosanan. Perut manggigil meminta diisikan. Alhamdulillah tiada kejadian pelik. Itu semua lumrah. Sememangnya bangkit sahaja seseorang daripada tidur, situasi sebegini pasti dialami. Mulalah meraba-raba mencari makanan. Tak dapat nasi, maggi pun jadilah !! Orang kata makan maggi awal-awal pagi, otak boleh jadi lembab. Tu aku tak peduli la. Yang penting perut aku terisi dan kenyang. Cukup !! Itu sudah membahagiakan. *merepek jap...*

ala-ala Hantu Kak Limah !!


Pagi-pagi ni aku takde isu yang boleh dibangkitkan. Cumanya aku nak cakap pasal tahyul-mahyul toyol ni. Semalam tengok cerita Kampung Mangkuk Sengkuang. Cerita ni mengisahkan kepercayaan karut-tahyul ni atau lebih dikenali sebagai Hantu... !!!

Korang rasa nak percaya ke semua benda tu ? Kalau aku, mungkin tak percaya hantu. Tapi syaitan, jin, dan yang menyerupainya tu aku percayalah. Macam dekat dalam My First Time aku tu. Tapi aku tak rasa tu hantu. Mana ada wujud hantu-hantu ni semua. Karut-marut je. Jin and syaitan ada la. Hantu ni istilah orang Melayu je. Tak payah percaya sangat. Kang jadi murtad. Sia-sia je.

sape nama gegirl tuu ???

Mungkin korang boleh kata aku cakap besar. Esok dah jumpa baru nak percaya bagai. Suka hati korang la. Aku tak cakap pun aku tak percaya benda-benda ghaib ni. Yang aku tak percaya tuu, yang korang kata hantuuu tuu. Dan aku yakin benda yang cuba nak buat provokasi dalam My Fisrt Time tu bukan hantu tapi jin atau syaitan laknatullahi 'alaik.

Sarapan pun dah siap. Ada masa nanti gua sambung ke part yang lain pulak. Jangan lupa yaa !! Dah masuk sini, follow pastu komen la sikit.

Okey, wassalam !!!

p/s: "Jangan biarkan hidup anda diselubungi tahyuuulll !!!"

No comments: