Salam
uhuwah fillah.
Selamat
Tahun Baru kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah dan bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana masih diberikan keizinan untuk mengupdate entri untuk yang terakhir kalinya buat tahun 2011.
Bertemakan
konsep tahun baru, rakyat Malaysia mengetahui bahawa sambutan tahun
baru di negara ini antara yang “TERgrand” dan yang “TERover”
mengalahkan sambutan tahun baru di negara-negara bukan Islam. Mengapa
ini semua terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada anda,
dan tanya pula iman anda. Mudah-mudahan segala jawapannya dapat
diketahui. Namun, entri kali ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa.
Apatah lagi ingin menghukum dan menjatuhkan si fulan.
Mana hala
tuju anda untuk malam tahun baru ini?
Ataupun anda hanya berdiam diri sahaja di rumah untuk menonton cerita-cerita ini?
Ataupun anda bakal menghadiri program-program pembentukan dan peningkatan sahsiah diri sebagai contoh di bawah ini?
Apa-apa pun, marilah sama-sama kita koreksi diri sempena Tahun Baru yang bakal tiba beberapa jam dari sekarang. Pilihlah mana hala tuju anda. Menghadiri konsert yang melampau, berdiam diri di rumah, ataupun menghadiri majlis-majlis ilmu yang turut dihadiri oleh beribu-ribu para malaikat.
Takbir!!! Allahuakbar.
Takbir!!! Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment