Salam ukhuwah fillah.
“Aku mencintaimu.”
Pernahkah anda
merasai cinta? Apakah yang anda rasa ketika bercinta? Seronok atau
tak? Terpulang kepada anda. Penulis berharap kalian mendapat
kebahagiaan yang diimpikan. Insyaallah.
Tunggu sekejap.
Tahukah anda bahawa cinta itu ada dua perkara? Adakah anda
mengetahuinya? Jom kita selidik.
Cinta sebelum
kahwin.
Ada pun cinta sebelum
menempuhi alam perkahwinan, ianya mempunyai huraian yang tertentu
dari sudut pandangan Islam. Hukumnya adalah “haram.” Soalan ini
antara yang pernah ditanya kepada Datuk Ishak Baharum iaitu bekas
Mufti Selangor. Beliau mengeluarkan fatwa ini diatas beberapa sebab.
Pertama.
Ianya bercanggah
dengan sunnah Habibuna Saidina Rasulillahi Sallahu Alaihi Wasallam.
Kita lihat kembali sirah Rasulullah mengenai alam perkahwinan.
Sebelum Baginda mengahwini Siti Khadijah, adakah kita pernah
mendengar bahawa Baginda bercinta sebelum kahwin? Adakah Baginda
pernah bertukar-tukar surat cinta? Pernahkah Baginda keluar bersama
untuk makan malam atau “dating” bersama Siti Khadijah? Tidak
pernah kita dengar bukan? Sebaliknya, Baginda hanya mengalami proses
cinta selepas perkahwinan.
Kedua.
Bercinta sebelum
kahwin banyak mengundang bencana dan dosa. Lihat anak-anak muda
sekarang(bukan semua), yang mana telah ramai yang bercinta sebelum
kahwin. Mereka seolah-olah lupa akan prinsip cinta yang
sebenar-benarnya. Berpegangan tangan, berdua-duaan dan berkhayal
bagaikan sudah sebati dengan kehidupan. Bermula dengan perkara yang
kecil seperti berdua-duaan dan sebagainya, lama kelamaan akan membawa
kepada perkara yang lebih teruk iaitu zina. Walaupun tak pernah
keluar bersama atau berjumpa, tapi kalau sampai asyik terbayang atau
berkhayal, ianya tetap dikira zina iaitu zina minda. Itu semua akan
mengundang bencana dan kemurkaan Allah subhanahu wa taala.
Ketiga.
Percaya atau tidak,
bercinta sebelum kahwin ini sebenarnya merupakan ideologi Barat?
Mengapa penulis mengatakan ianya ideologi Barat? Sebabnya cuba kita
perhatikan puak-puak Barat, mereka menghalalkan perhubungan yang
hanya halal bagi pasangan suami isteri. Bukankah jelas ianya sudah
bertentangan dengan Hukum Allah.
Namun, ada yang
beranggapan bahawa cinta sebelum kahwin ini tidak mengapa selagi
tidak bertentangan dengan syara'. Memanglah tidak bertentangan dengan
syara'. Tapi, cuba kita fikir untuk masa yang akan datang. Sekarang
memang tidak berlaku zina, tapi untuk yang akan datang? Kita sendiri
pun tak tahu.
Bercinta
selepas kahwin.
Cinta selepas kahwin
adalah cinta yang terindah. Percaya atau tidak? Tak nak percaya
sudah. Tidak ada yang akan menghalang. Malah direstui Allah subhanahu
wa taala dek kerana kita telah mengamalkan sunnah RasulNya. Segalanya
adalah halal kecuali beberapa perkara. Penulis memang tak dapat nak
bayangkan sebab belum kahwin lagi. Cuba tengok orang di sekeliling
anda yang telah berkahwin. Bahagia atau tak? Kalau tak, itu maknanya
ada lah masalah. Tetapi kebiasaanya jika dilihat pada mereka yang
bercinta selepas kahwin, insyaallah bahagia.
Kesimpulannya,
penulis berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca sekalian,
bercintalah selepas menempuh alam perkahwinan. Ianya dapat menjamin
kebahagiaaan dan telah terbukti berkesan melalui sirah-sirah
Rasulullah sallahu alaihi wasallam dan kisah-kisah para ulama'.
Wallahu 'alam.
Takbir!!! Allahu
Akbar!!!
p/s: Ya Allah, Kau
jauhkanlah Aku dari tipu daya syaitan.
No comments:
Post a Comment