Lumrah sifat seorang manusia ingin menjadi terkenal. Tidak kiralah dari status apa sekalipun. Dari bangsawan kepada bawahan. Dari dermawan kepada kekikiran(bakhil). Semuanya mempunyai sifat ingin menonjol. Hatta golongan agamawan sendiri pun mahu menonjol dalam bidang mereka supaya mereka diberi ruang untuk menyalurkan pandangan.
Namun, perlu diingatkan kepada diri dan sahabat pembaca bahawasanya Allah subhanahu wa taala tidak menciptakan sesuatu itu melainkan dengan adanya batasan atau lebih kita fahami dengan istilah "aurat". Umat Islam hari ini semakin melupakan perihal ini. Baik Muslimin mahupun Muslimah. Penulis sendiri merasa terkilan. Pelbagai ujian yang mendatang.
Allah subhanahu wa taala berfirman:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup
‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa
taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur)”.
(Surah al-A‘raaf: ayat 26)
Bukanlah menjadi kesalahan untuk kita menonjolkan diri. Malah Islam itu sendiri tidak akan tersebar jika ianya tidak dipertontonkan kepada orang ramai. Tetapi, hukum dan syariat perlu di beri keutamaan. Dalam Islam, cara-cara atau taktik yang bertentangan dengan syiar Islam adalah diharamkan meskipun tujuannya adalah untuk melakukan kebaikan. Ustaz Azhar Idrus ada membincangkan di dalam kuliahnya mengenai perkara ini. Sila tonton untuk mendapatkan kepastian.
Kecek-kecek sudoh la.
Apa yang realiti, begitu jugalah di alam maya
Tengok dulu baru tau hukumnya
Khas buat lelaki pula
Kesimpulannya, Muslimin baikpun Muslimah mempunyai tanggungjawab tersendiri di dalam auratnya. Bersamalah kita menjaga sesama kita. Ingat-mengingati mampu memperkukuhkan ukhuwah fillah bagi mereka yang benar-benar ikhlas dalam bersahabat.
Takbir!!! Allahu akbar.
p/s: Harap entri ini dapat menyedarkan kita. Teguran amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment