Pernah suatu ketika, Rasulullah s.a.w.
Bersabda melalui hadis riwayat Abu Hurairah r.a.:
“ Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu
yang seharusnya dilakukan kerana Allah S.W.T, akan tetapi dia
mempelajarinya hanya sekadar untuk mendapatkan habuan dunia(harta
benda), maka dia tidak akan dapat mencium haruman syurga di hari
kiamat kelak.”
(Riwayat Abu Daud)
Melalui hadis ini, terdapat perkara yang
khusus serta umum. Yang khususnya
ialah ucapan Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat jelas bahawa sesiapa
yang menuntut ilmu tertentu, yang sepatutnya hanya untuk mencari
keredhaan serta pahala dengan menolong orang lain, namun dia
mempelajarinya hanya untuk mendapatkan habuan dunia, maka Allah
s.w.t. mengharamkan ke atasnya haruman syurga di hari Pembalasan.
Ini
bersangkutan dengan mereka yang menyemai harta. Khususnya, mereka
yang memperdagangkn ayat-ayat Al-Quran. Meskipun begitu, sesetengah
orang ada yang mempunyai pandangan berbeza yang patut kita hormati.
Perkara
yang umumnya pula ialah, sewaktu kita diberi kesempatan menuntut
ilmu, maka timbalah segala ilmu yang ada di muka ini yang dapat
memberi manfaat kepada kita serta umat Islam keseluruhannya.
Rasulullah s.a.w. telah pun memberi kita pedoman yang kukuh agar
menjadikan ilmu yang kita tuntut sebagaijalan bagi kita dan juga
masyarakat untuk mencari kebajikan seterusnya memberi manfaat kepada
manusia.
Dengan
adanya ilmu, kita akan dapat meperbaiki keadaan semasa, menghiasi
peribadi kita, serta meluaskan jalan untuk menuju kehidupan yang baik
dan abadi. Dengan ilmu, kita tidak akan menjadi jahil dan tidak pula
akan menjadi masalah kepada orang lain. Jika terjadinya perkara
sedemikian, maka ilmu akan kehilangan nilai-nilai murni serta
menjerumuskan pemiliknya ke lembah yang hina. Nauzubillahi min zalik.
Ketika dibangkitkan di Hari Pembalasan
kelak, Allah s.w.t. bertanya: “Apakah yang telah kau amalkan dari
ilmumu? Lalu dia menjawab: “Aku telah menggunakannya untuk itu dan
untuk ini.” Lalu Allah membalas: “Tidak!!! Kau mempelajari ilmu
supaya dikatakan kau sebagai orang yang berilmu.” Lantas daripada
itu, dia diperintahkan untuk masuk ke dalam Neraka Jahannam dan
diharamkan daripada mencium bau haruman syurga.
“Ya Allah kami memohon
perlindunganMu
dari kejahatan jiwa dan hawa
nafsu.”
Sahabat-sahabat,
perkara lain yang ingin saya sampaikan dari sudut pemahaman hadis ini
secara umum ialah ilmu tidak diciptakanNya sebagai wasilah untuk kita
membangga diri. Akan tetapi, ia sebagai wasilah untuk kita
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan perkara yang boleh
menjadi fitnah kepada seorang penuntut ilmu tidak ditempiaskan kepada
kita. Insyaallah. Wassalam.
Takbir!!!
Allahu akbar.
No comments:
Post a Comment