Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

10 December 2011

Mari Bercinta


Salam ukhuwah fillah.

Sungguh benar, Dialah yang menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan agar menjadi pelengkap antara satu sama lain. Yang lelaki sebagai ketua, manakala wanita sebagai pembantu peribadinya. Ingatlah, tidak diciptakan kalian olehNya dengan sia-sia.

Allah subhanahu wa taala telah mengurniakan kepada hambaNya satu sifat yang mana tidak ada seorang pun terkecuali daripadanya. Itulah dia rasa “Cinta”. Tidak kira apa jenis keturunan, Melayu, Cina, India, Arab, Pakistan hatta British sekalipun mempunyai perasaan cinta. Semua orang bebas memiliki perasaan ini. Namun, Islam sangat menitik beratkan soal cinta.

Menurut perspektif Islam, cinta boleh dibahagikan kepada lima perkara:

Cinta kepada Allah subhanahu wa taala.

Terlalu ramai manusia di zaman yang serba canggih ini melupakan asas cinta yang ini. Mereka lebih bertuhankan cinta kepada yang diciptakan dan bukan bertuhankan cinta kepada Yang Menciptakan. Asas cinta yang ini jika di kuatkan, insyaallah bakal menjadikan cinta kepada yang lain bertambah kuat.

Cinta kepada Rasulullah sallahu alaihi wasallam.

Sungguh benar bahawa sabdaan Baginda:

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kemu berpegang dengan keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, iaitulah Kitab Allah dan Sunnahku”.
Melalui hadis ini, dapatlah kita buktikan bahawa barangsiapa yang menyintai Rasulullah sallahu alaihi wasalam hendaklah dia mengikut apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnahnya. Itulah bukti cintanya. Tapi jika dilihat ketika ini, ramai yang berkata “ Aku cinta kepada Rasulullah”. “Aku sayangkan Rasulullah”. “Aku kasih kepada Rasulullah”. Sedangkan sunnah Baginda pun kita tolak tepi. Bagaimana nak dapat cinta Rasulullah? Adakah dengan lafaz cinta tanpa perlakuan sudah memadai? Sungguhlah kita berada di antara golongan yang zalim jika ini berlaku. Nauzubillahi min zalik.


Cinta kepada Ibubapa.

Cinta yang ini jelas kelihatan semakin pudar dan semakin lenyap di kalangan anak-anak. Mereka seakan-akan lupa firman Allah subhanahu wa taala:

“ Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”

[al-Nisa’ 4:36]

FirmaNya lagi:

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”
[al-Isra’ 17:23]


Sabda Baginda:

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ”
[Hadis riwayat Bukhari]


Melalui firman Allah serta hadis PesuruhNya, maka dapatlah kita membuktikan bahawa mencintai ibubapa merupakan salah satu arahan daripada Allah subhanahu wa taala. Ingatlah, “Redha Allah s.w.t bergantung pada keredhaan ibu bapa kita.”


Cinta kepada Ummah.


Sejarah Islam telah membuktikan bahawa cinta ini dapat dilihat ketika saat Rasulullah dalam keadaan nazak. Seperti yang kita ketahui, nazak adalah saat yang paling menyakitkan dalam diri seorang manusia. Namun, baginda Rasulullah tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya. Sebaliknya Baginda terus memikirkan ummatnya yang akan datang, iaitu kita. Kalimah “Umatku, umatku, umatku.” terus meniti di bibirnya. Ya Rasulullah, sungguh benar Engkau teramat istimewa. Bayangkan, Baginda sanggup memohon agar segala kesakitan yang dialami umatnya ketika nazak dimandatkan kepadanya. Subhanallah.


Cinta kepada Kecemerlangan.


Menyintai kepada kecemerlangan adalah salah satu asas percintaan dalam islam. Ramai orang yang memandang cinta kepada kecemerlangan beerti cinta kepada harta semata-mata. Kecemerlangan ini luas ertinya. Cemerlang akademik, cemerlang sahsiah, cemerlang akhlak, cemerlang disiplin. Itu semua dikiraa sebagai cemerlang. Dan ada yang perlu kita ingat, “Cemerlang di dunia dan di akhirat” itulah kecemerlangan yang paling utama untuk dikecapi oleh umat Islam.




-------------------------------------------------------------------------------------


Begitu cinta mengikut Islam yang ditafsirkan melalui pandangan penulis sendiri. Bagi penulis, ada pun cinta terhadap manusia itu adalah lumrah setiap makhluk Allah subhanahu wa taala seperti permulaan kata penulis tadi. Cinta itu hak milik semua. Hatta binatang pun mempunyai perasaan cinta. Tetapi terpulang kepada kalian bagaimana hendak menonjolkan rasa cinta itu selagi tidak melanggari syariat. Ingat, salah cara ke nerakalah kita. Mudahan kita tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Insyaallah.


Takbir!!! Allahu akbar.