Aku bukanlah seorang yang sempurna. Tapi aku sentiasa ingin berusaha untuk menjadi sempurna. Dan aku juga akan berusaha untuk mencari kebenaran yang kian hilang atau disorok oleh sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri berbanding rakyatnya.
Mengapa ramai beranggapan bahawa politik hanya untuk rakyat yang berumur 21 tahun keatas? Mengapa pelajar tidak dibenarkan berbuat begitu? Mengapa dan sebab apa perkara ini terjadi? Jom kita bongkar rahsia mereka:
1. Konsep Negara Penjajah.
Sebenarnya perkara ini yang menjadi penyebab utama masalah ini berlaku. Para penjajah telah menyebarkan dakyah yang tidak sepatutnya. Mereka menyarankan bahawa waktu belajar hanya untuk belajar. Dan sedikit-sebanyak perkara ini mempengaruhi rakyat di Malaysia bahawa masa belajar hanya perlu belajar sahaja tanpa memikirkan masalah luar seperti politik ini.
2. Remaja Harapan Agama & Negara.
Seterusnya, mereka ini(pihak tak bertanggungjawab tu) sangat takut dengan golongan remaja dan juga belia. Ini kerana, golongan ini adalah sangat mudah memahami dan juga terpengaruh. Selain itu, golongan ini bijak memilih yang baik serta bermanfaat buat agama seterusnya negara. Itulah sebab mereka amat takut dengan golongan remaja dan belia.
3. Mengamalkan yang Barat, Melupakan yang Sirah.
Mereka banyak memilih Barat sebagai idola sampaikan perlembagaan Malaysia pun masih berlandaskan perlembagaan Barat. Mengapa tidak mencontohi perlembagaan Madinah yang disediakan oleh Rasulullah? Bukankah perlembagaan itu disediakan untuk menjadi contoh dan digunakan oleh negara Islam? Jangan guna separuh, gunakan kesemuanya. Lihat sirah Rasulullah semasa hijrah, tempat tidur baginda digantikan dengan Saidina Ali K.W. yang berani. Bukankah umur beliau ketika itu sangat muda.
Jika kita perhatikan semasa rusuhan yang berlaku di Mesir beberapa bulan yang lalu, paling ramai yang terlibat adalah golongan muda yang sedar akan cacatnya pemimpin mereka. Bukan yang tua. Malah mereka(yang tua) kebanyakannya hanya berdiam diri.
Jika kita perhatikan semasa rusuhan yang berlaku di Mesir beberapa bulan yang lalu, paling ramai yang terlibat adalah golongan muda yang sedar akan cacatnya pemimpin mereka. Bukan yang tua. Malah mereka(yang tua) kebanyakannya hanya berdiam diri.
Kalau antum semua berada di pihak yang benar, tunjukkan kebenaran itu berlandaskan Islam. Jangan tunjuk menggunakan benda yang bukan milik antum. Takbir!!! Allahu akbar. Wassalam.
p/s: Biarlah mengundi hanya umur 21. Perjuangan perlu dari sekarang.
No comments:
Post a Comment