Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

26 November 2011

Dari Kegelapan kepada Cahaya

Salam ukhuwah fillah.



"1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah"




Alhamdulillah kita sudah hampir menuju ke penghujung tahun 1432H. Namun, kita perlu bermuhasabah diri dan menilai sendiri amalan apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Mana yang tak elok, kita buang dan campak jauh-jauh. Mana yang elok, kita ambil dan rapat-rapatkan ssehingga meresap ke dalam jiwa kita.


Bercerita pasal tahun hijrah, ianya dapat dibuktikan dengan peristiwa penghijrahan junjungan besar kita, Habibuna Saidina Muhammad s.a.w. bersama sahabat karib baginda iaitu Saidina Abu Bakar al-siddiq dari Kota Makkah ke Kota Madinah.


Menurut agamawan, mereka bersepakat bahawa tiada hijrah yang membawa maksud berpindah selepas Pembukaan Kota Makkah. Yang ada hanyalah hijrah dari segi kelakuan dan sahsiah. Ini dapat dibuktikan melalui Hadith Baginda:


Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“Tidak ada hijrah setelah pembebasan – Makkah – , tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau semua diminta untuk keluar (- oleh imam untuk berjihad, -) maka keluarlah – yakni berangkatlah.”
(Muttafaq ‘alaih)
Hijrah sebegini yang sebenarnya dituntut dalam Islam. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. telah berfirman:
"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu."
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 9)
Meninggalkan yang kufur(maksiat) adalah dituntut. Malah sangat-sangat dituntut melalui firmanNya tadi. 
Di sini, saya ingin menyeru diri saya serta saudara seislam saya sekalian supaya marilah kita bersama berganding bahu meninggalkan kegelapan dan menuju cahaya yang indah agar semangat dan syiar Islam tidak terjelepok jatuh seperti jatuh ditimpa tangga. Takbir!!! Allahu akbar!!!
p/s: Perbaiki azam dan melaksanakannya. Insyaallah, mudahan berjaya.

No comments: