Terkadang, pernahkah kita terfikir tentang satu fenomena yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini? Adakah benar bahawa Hari Pembalasan semakin hampir dengan kita? Jawapannya : "Ya."
Jika kita lihat pada hari ini, betapa ramainya golongan manusia yang beragama Islam. Akan tetapi, telah benarkah keislaman kita semua, seperti para sahabat? Para syuhada' mahupun para tabi'in? Penarkah kita menghayati erti Islam itu sendiri? Sesungguhnya kita benar-benar berada di antara golongan yang menzalimi diri sendiri. Sebagai bukti bahawa telah tiba saat hampirnya Hari Perhimpunan, sabda Rasulullah s.a.w :
" Tidak akan datang kiamat sehingga
banyak perbuatan dan perkataan keji,
banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim
dan sikap yang buruk dalam tetangga."
dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim -
Pernahkah kita memikirkan perihal saudara sesama Islam kita di negara-negara lain? Jawapannya "Pernah. Selalu juga kami berbincang." Memang pernah, tapi sejauh mana kita punya pemikiran. Sejauh mana perlaksanaan kita ke arah merealisasikan tuntutan Allah s.w.t.
Tidak perlu melihat ke negara lain, lihat sahaja di negara ini. Berapa ramai anak-anak muda remaja yang telah bergelumang dengan maksiat. Bukanlah penulis nak menunjuk apatah lagi nak hipokrit. Nauzubillahi min zalik. Tetapi itulah hakikatnya. Terkadang ada juga rasa terkilan dek kerana hanya mampu menulis tanpa mampu untuk menegur face to face. Tapi penulis berpegang teguh bahawa menulis juga adalah satu bentuk teguran walaupun tidak sehebat menegur dalam bentuk lisan.
Tapi ada juga yang berkata, kadang-kadang menulis akan memberi kesan yang mendalam berbanding berkata dengan lisan. Tak kisah lah apa orang nak cakap pun. Terpulang pada mereka, mana yang nak dinilai.
Okey, kembali semula pada tajuk. Seperti yang kita maklum, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadi agama Islam sebagai agama rasmi kerana majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Ini bermakna, di negara ini juga mempunyai ramai ahli-ahli agama atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz' dan 'Ustazah'. Golongan ini perlulah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan generasi anak muda yang berpegang teguh pada tuntutan syari'at Islam. Bukan hanya apabila ada kempen, baru nak turun padang. Sampai bila kita nak berdiam diri? Nak tunggu sampai dunia kata pergi, kubur kata meh sini baru nak bertindak? Kalau macam tu, dah terlambat dah.
Namun, bagi sesiapa yang rasa dirinya tidak layak untuk memberi tazkirah, renungkanlah Kalam Allah yang serba indah ini :
kerana sesungguhnya peringatan itu,
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
(az-Zariyat;55)
Terasa kesal di hati apabila kebanyakan golongan agama ini lebih banyak memendamkan diri. Senyap ontok sahaja. Nasib lah penulis masih di bangku sekolah, kalau tak memang nak ikut terjun berdakwah. Tapi apakan daya, ilmu tak cukup lagi. So, kena lah habiskan sekolah dulu. Tapi entahkan sempat entahkan tidak. " Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu Islam ditegakkan." Takbir!!! Allahu Akbar.
Maaf kalau ada yang terasa mengenai entri ini. Ianya sekadar ingin mengingatkan diri sendiri seterusnya umat Islam keseluruhannya.
Wallahualam.
p/s: Terima kasih kepada saudara Arif Yusof diatas peringatan dan penyumbang idea untuk entri ini.
No comments:
Post a Comment