............................................................................................................
Apa pendapat kalian jika seseorang yang selalu menegur atau menasihati kalian dengan berpandukan peribadinya bukan peribadi orang lain? Memanglah nampak macam nak nasihat, tapi kadang-kadang perasan juga dia macam nak bangga dengan diri sendiri. Tak apalah, kita bukan tuhan yang boleh tahu isi hati orang lain. Bersangka baik sajalah.
Seterusnya, apa pulak pendapat kalian sekiranya orang yang menasihati kalian itu menggunakan fakta atau pandangan yang jumud atau terkebelakang tanpa memikirkan peredaran zaman yang semakin moden seperti zaman sekarang?
Sakit hati, betul tak? Come on lah, zaman semakin canggih. Kalau nak ikut zaman dulu, memang tak ke manalah kita. Bukan maksud penulis untuk menolak gaya hidup zaman dahulu. Zalim sungguh kalau berfikiran macam itu kerana zaman Rasulullah s.a.w. juga berada dalam kategori ' zaman dahulu.' Tapi, memang panaslah telinga ni dengar. Macam zaman dulu saja yang bagus.
Siapa kita untuk menentukan bagus atau tak? Sebagai contoh, tidak dinafikan bahawa pada masa kini semuanya canggih. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas mampu memiliki gadget mereka sendiri. Namun, masih ada yang berfikiran kolot.
" Alah, zaman aku dulu tak payah benda(gadget) ni semua.
Boleh je nak hidup."
" Membazir je beli ni semua. Bukan kenyang pun."
Memanglah zaman antum tak payah benda tu semua sebabnya dunia belum sampai tahap moden dan canggih lagi. Lagi satu sebabnya mungkin ketika itu masing-masing tidak mampu memiliki. Takkan kita nak habiskan duit kita untuk makan saja? Tambah-tambah lagi zaman penyakit berbahaya ketika ini? Entahlah, ana tak pernah berada dalam zaman dulu. So, ana tak tahulah.
Kalau asyik nak ikut zaman dulu, macam mana kita nak maju? Macam mana kita nak menyaingi kuasa barat? Cuba bayangkan ketika berperang, jika golongan barat menggunakan senjata yang sangat canggih, sedangkan kita hanya menggunakan sebilah keris kontot dan sepasang perisai. Itu pun kalau ada. Macam mana kita nak menghadapi mereka?
" Berdoalah, Allah s.w.t pasti tolong."
" Tawakkal sajalah."
Hello pak cik dan mak cik, kita kena ingat Allah s.w.t. hanya akan membantu kita selepas kita berusaha. Sudahlah tidak berusaha, ada hati nak dapat pertolongan. Renung-renungkanlah. Sampai bila kita nak jadi golongan yang mundur? Sudah mundur perkembangan, ditambahkan lagi dengan kemunduran mindanya. Eloklah tu. Complete semuanya. Jangan sampai kita sendiri menjadi penyebab kemunduran agama sudahlah. Namun, tidak dinafikan bahawa tidak akan datangnya zaman ini tanpa zaman yang terdahulu. Wallahualam.
Sekian. Wassalam.
p/s: Maaf jika ada yang terasa. Tapi inilah yang berlaku pada masa kini.
No comments:
Post a Comment