Malaysia pada masa kini sedang dilanda pelbagai musibah. Musibah yang hadir melalui kekufuran rakyatnya sendiri. Terkini musibah yang paling popular iaitu Program Seksualiti Merdeka 2011. Tadi telah disiarkan melalui Buletin Utama mengenai kenyataan Ambiga. Sedikit penerangan (klik sini) mengenai program ini :
" Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya. "
" PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender! "
Jadi, apa yang MIO nak komen mengenai program ini ialah sebenarnya program ini memang tidak sepatutnya dijalankan. Ianya sangat ditentang oleh agam Islam. Firman Allah s.w.t :
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "
(Surah ar Ruum: ayat 21)
Menerusi ayat ini, memang jelas terbukti bahawa gejala homoseks atau bisekual sangat dilarang. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan mereka dengan lebih tegas lagi. Isu ini sangat sensitif untuk umat Islam. Mereka yang menyokong pelancaran program ini patut dihukum. Ini sudah melanggar fitrah seorang manusia.
Dikatakan program ini bertujuan untuk memberi kebebasan kepada golongan homoseks dan biseksual. Jika kita lihat kembali, bebas ke hidup mereka? Sejauh mana kebebasan itu? Tidak lain dan tidak bukan, program ini hanya menambah rosakkan akidah serta meruntuhkan akhlak anak-anak generasi kita yang kebanyakan ahli-ahli dalam golongan mereka ini beragama Islam.
Aku sebagai umat Islam terasa malu dengan akhlak umat Islam masa kini. Kalau kita tak ada rasa dengan manusia, macam mana nak ada rasa malu dengan Allah s.w.t. Malu-malu. Allah s.w.t. jelas melaknat perbuatan homoseks dan biseksual ini. Firman Allah s.w.t. :
“Tatkala datang perintah kami, kami jadikan yang tinggi menjadi
rendah dan kami jatuhkan batu dari tanah yang keras di
atasnya berturut-turut.”
Surah Hud : 82
Bukan Allah s.w.t. sahaja yang berfirman, malah baginda Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda :
" Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan
ramainya ummatku diakhirat kelak. "
(Riwayat Imam Ahmad)
Sabda Baginda lagi :
" Wahai sekelian anak muda! Barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]. "
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya, MIO memang membantah sekeras-kerasnya pelancaran program ini. Hatta kalau ada pihak(hijau) yang menyokong program ini pun MIO akan bantah sekeras-kerasnya.
Wallahualam.
p/s: Isu Perdana Menteri pergi menunaikan haji sambil membawa pengawal, janganlah kita gembar-gemburkan. Jangan mudah menghukum sesorang. klik sini
No comments:
Post a Comment