Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam cuti seminggu. Namun, syukur ke hadrat Ilahikerana masih memberikan daku sedikit masa untuk berkongsi sebuah taujihat ataupun peringatan yang diharapkan boleh dikongsikan bersama dan diguna pakai dalam menjalani kehidupan seharian kita. Insyaallah.
Seterusnya, melihat isu-isu zaman yang serba moden ini kita perlu berwaspada dengan ancaman luar seperti media barat, dunia IT dan sebagainya yang boleh merosakkan keimanan dan melonggarkan tauhid kita kepada Allah subhanahu wa taala. Cuba kita fikirkan jika negara ini tidak mengamalkan dan tidak berpegang teguh dan utuh pada prinsip-prinsip Islam yang telah disediakan oleh Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti negara-negara yang tiada pedoman di luar sana. Dengan kes-kes moralnya seperti zina berleluasa, rompakan yang semakin menjadi-jadi, keganasan Si Kaya terhadap Si Miskin. Sesungguhnya ini semua merupakan amalan Jahiliyyah yang sangat dibenci Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan dimurkai Allah subhanahu wa taala.
Firman Allah subhanahu wa taala:
"Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk Saba' sebagai satu tanda(yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu dua buah kebun(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri(qariah mereka)." (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya. Negeri kamu ini adalah negeri yang baik
(aman dan makmur), dan Tuhanmu adalah
Tuhan yang Maha Pengampun."
Surah Saba':15
Untuk mencapai tahap sesebuah negara yang dikatakan " Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghofur," ianya mestilah bermula daripada keadaan kelompok sesebuah usrah ataupun keluarga yang berjaya. Yang dimaksudkan sebagai berjaya itu, bukanlah dilihat dari sudut kebendaan semata-mata, tetapi ianya turut dinilai melalui aspek kerohaninya, jasmaninya serta amalan yang diredhai Allah subhanahu wa taala iaitu amalan yang berlandaskan hukum-hukum Islam. Ini tidak bermaksud harta kebendaan itu tidak penting, akan tetapi Islam meletakkan kepentingan pada agama disusuli dengan harta benda.
Yang dikatakan " Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghofur," itu ialah negara yang berpegang teguh dan utuh pada konsep hukum-hukum Islam. Alhamdulillah, jika dilihat negara ini masih mengamalkan sistem perundangan Islam. Walaupun ianya tidak menyeluruh, tetapi ianya perlu terus diperbaiki supaya menjadikan ianya menyeluruh. Biar sedikit, makin lama makin bertambah.
Berhubungan dengan hukum Hudud, ada yang mengkritik entri saya sebelum ini mengenai hukum ini. Mungkin kalian kurang memahami entri tersebut. Saya memohon kemaafan diatas kekurangan. Untuk pengetahuan, hukum Hudud perlu dan wajib dilaksanakan. Tetapi ianya memerlukan masa untuk difahami oleh masyarakat. Sebelum ini saya pernah menulis entri mengenai hukum Islam ini. Tujuan saya yang utama bukan untuk mengkritik semata, tetapi saya ingin memberikan kefahaman. Tiada niat untuk menundukkan sesiapa baik yang kuning mahupun yang merah. Semuanya sama.
Berbalik pada isu Hudud yang digembar-gemburkan, masyarakat perlu diberi kefahaman yang sebetulnya. Masakan orang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai Hudud, kita nak terus hukum. Umpama seorang pelajar yang menduduki peperiksaan. Sedangkan dia tidak mempelajari topik yang diuji. Dapat keputusan, terus nak hukum sebab gagal. Tidak adil namanya tu. Tapi ingin saya tekankan juga, hukum Hudud ini jangan diperlekehkan. Dan jangan dipermainkan. kelak menunggu kalian atas perbuatan kalian yang menghina hukumNya.
Hanya sekadar ini sahaja perkongsian kali ini. Harap apa yang salah, cepat-cepat beritahu. Terima kasih kepada yang mengkritik. Mudah-mudahan entri ini dapat meningkatkan kefahaman. Sekali lagi mohon maaf di atas kekurangan. Yang baik itu dari Allah, sesungguhnya diriku ini hanya sentiasa melakukan kesilapan. Mudahan Allah mengampuniku dan kalian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment