Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

31 December 2012

Ambang 2013. Di manakah kita ???

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. *lambai tangan gaya artis*. Pagi-pagi dah menatap laptop. Kesan daripada kebosanan keseorangan di rumah. Tak tau nak buat apa. SPM dah lama habis. Semua tingggal kenangan. *tangan gosok mata*.

Eh eh, dah nak masuk tahun baru la. *bajet tak tau*. Okey-okey sempena tahun baru ni, aku pasti dan yakin ramai blogger akan buat perubahan or updated sikit blog mereka. Tapi tidak bagi gua. Untuk pengetahuan korang, gua takkan buat perubahan sebab baru je tukar design ni. Hari tu aku tak sedar dah masuk Disember. *saje je mencapap*.

Seperti yang kita tahu, bila dah masuk ambang tahun baru ni, banyak program-program yang akan diadakan dan dijalankan serentak di serata Malaysia. 

ambang 2013

Banyak betul event sempena ambang 2013 ni. Tak tau mana satu nak pilih kan? Banyak sangat. Rambang mata nak memilih. Ada pesta, ada konsert, ada bunga api. Eh, Ustaz Azhar Idrus pun ada boh !! IKIM FM pun ada buat Karnival Mahabbah dekat Masij Asy-Syakirin KLCC. Sambil dapat ilmu, dapat cuci mata. Okey gak tu. Buat lah perancangan tahun baru korang.*takde mood*. 

Setakat ini dulu untuk tahun ni. Nantikan first update untuk tahun 2013. Hehe !! Kalau sempat, gua update lagi hari ni. Gua nak buat persiapan nak gi Shah Alam jumpa "Big Boh".
Hahaha !!! 

Selamat tahun baru. Wassalam.

p/s: "Belalah hatimu, mudahan ia berguna menuju Jannah."


27 December 2012

Mana Letaknya Bahasa Kalau Tak Berbudi !!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat malam dan salam sejahtera. Minta maaf jika ada autoplay music ketika anda melayari blog ini. Menjadi kepantangan sesetengah blogger memasang autoplay music di blog. Dan bertambah meluat apabila menghabiskan sepuluh minit untuk mencari button pause autoplay. Memang menyampah. Tapi, tunggu dulu. Aku dah buang dah autoplay. Aku sendiri pun menyampah sound-sound bagai nih. So, jangan risau korang boleh surfing blog ni dengan aman. Hari tu aku just nak promote je lagu Istikharah Cinta tu sebab aku teringatkan sorang kawan aku ni, Ijat. Haha !!

Berbicara mengenai budi bahasa, semua orang tau benda ni. Tapi bukan semua orang tau nak laksanakan. Macam tadi. Memang nak kata sakit hati, takde lah sangat. Tapi sikit terasa tu ada lah. Tapi guwa tak makan dalam punya. Ni just guwa kongsi je.

****************

Mukaddimah ..


Pagi-pagi lagi my brother and I dah jejakkan kaki ke hospital. Nak buat medical check up. Kira-kira pukul 7.50 a.m guwa dah sampai. Rasa malas pun ada lah juga. Tapi guwa kuatkan, lawan penyakit ni sebab dah buat temu janji kan. Mana boleh sesuka hati tak datang. Silap-silap kena blacklist. Okey-okey. Dah sampai awal tu guwa tekad nak amik sarapan dulu dekat kafeteria. Dengan rasa berduitnya, terus guwa turun tangga *lif ramai sangat*. 

Sampai je kafe, guwa terus cari nasi goreng. Tu dah memang feveret, nak buat camno kan. Guwa memang pantang jumpa nasi goreng. Menggunung guwa senduk. Dek seronok menyenduk, guwa tak perasaan mak cik owner kafe ni datang kat guwa. Lalu guwa terdengar,

Owner : "Dik, ko ni melantak ke apa? Kalau nak melantak pergi buat kenduri."

Aku     : "Ya, cakap dengan saya ke? *sambil tunjuk jari ke dada*"

Owner : "Yelah, takkan tak dengar. Pekak ke bisu?"

Aku     : "Err, sorry kak tak perasan tadi."

Owner : "Ingat ko pekak ke bisu tadi. Tu *sambil memuncung*  nasi tu ko makan sorang      ke? Perut apa ko ni dik?"

Aku     : "Kalau saya makan sorang pun, perlu ke akak kisah? Saya bayar *rasa nak jerit je* !!

Owner : "Ouh, okey-okey."

Aku     : *terus pi makan and dah settle, terus blah


*maaf dialog tak real. tapi seakan-akan lah."

*************


Lihat, ini bukan rekaan aku. Ini realiti hidup kita sekarang ni. Terpulanglah korang nak kata apa. Tapi aku rasa kita semua pernah jumpa orang yang macam ni. Hari-hari tengok iklan tv dok kata "Budi Bahasa Budaya Kita", "Berbudi Amalan Mulia", tapi perangai masih di takuk yang sama. Whats wrong man !!!


Dah bosan dah tengok ni !!


"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa." Kalau kita tak berbudi bahasa, macam mana orang lain nak berbudi bahasa dengan kita. Makanya, keluarlah dialog aku tu yang aku rasa aku pun takut nak tulis balik. Haish akak ni. Pagi-pagi lagi dah buat aku tambah dosa. Ya Allah, ampunkan aku dan akak tu tadi. Amin.


Orang tua dah pesan !!


Okey-okey. Makan malam sudah siap. Guwa rasa lapar dari tengah hari tak makan. Malam ni ada Dendam Sarakit. Nak tengok Si Sarakit tu menyeramkan ke tak. Tak silap guwa, minggu ni minggu last. Ouh tak, malam ni cerita DON 2.

Okey charlobette !! 

Wassalam...



p/s : "Berbudi itu mulia. Tak berbudi, hidup merana."


    

26 December 2012

Noda Sang Huffaz ...

Assalamualaikum w.b.t.

This is an article from Facebook. Actually, this is from my friend. Not my own. Apalah yang aku merepek pagi-pagi ni. Nak speaking-speaking bagai. Okey-okey, hari ni aku nak kongsi satu kisah. Kalau korang nak tau kisahnya, continue this...


Allahuakbar !!!


"Aku sekarang dah tak percaya kat budak-budak
yang hafal quran."

"Aku tengok ramai budak yang hafiz, tapi
perangai tak melambangkan dia seorang
penghafal al-quran."

"A'ah betul jugak. Nama je hafiz, tapi kadang-
kadang banyak masalahnya. Kadang-kadang
duk bergayut calling dengan perempuan sampai
tengah malam, keluar dating, makan dengan
perempuan, tepuk tampar dengan perempuan.
Ahh banyak lagi lah."

"Aku pun hairan, sepatutnya bila dah ada al-
quran dalam diri tu, makin bertambah baik, jaga
akhlak, jaga hubungan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Tapi yang
berlaku ialah sebaliknya. Malah lebih teruk dari
orang yang tak hafal quran."
Subhanallah !!

Saya tersedak dan termakan cili, kerana saya
faham bagaimana situasinya seorang penghafal
quran.


Saya ada tanggungjawab yang terbeban dalam

dada. Tanggungjawab menanggung sebuah
kitab firman dari Tuhan yang Maha Esa dan
Kuasa.


Ya, saya sepatutnya lagi tahu hukum hakam.

Tapi, syaitan ada juga mengekori saya.


Dan saya tau itu bukan alasan untuk seorang

penghafal quran membela diri dan menafikan
dosa yang dilakukan. kerana hakikatnya, yang
salah tetap salah. dosa tetap dosa, pahala tetap
pahala.


Saya sedar dosa saya. dan tolong doakan saya
menjadi penghafal Quran yang beramal dengan
hafalannya.


ramai mencari, gagal menuruti !!
Cuma, kalau anda melihat kawan-kawan saya,
para huffaz di luar sana sedang leka. Tolong
jangan hukum mereka.


Mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk

mencari hakikat diri. Mengenali hakikat
kehidupan. Naluri keseronokan yang setiap
manusia dambakan. Mereka baru sahaja
terdedah dengan realiti dunia yang sebenar,
sebab sebelum ini mereka terpenjara di sekolah,
menerima tarbiyah terus menerus daripada sang
ustaz, tanpa diperlihatkan kepada realiti sebenar
masyarakat di luar. Mereka terkejut dengan
budaya baru yang sedang mereka lalui.

jadikan ianya sentiasa di hati !!

Sebagai seorang manusia biasa, yang serba
lemah, adakalanya mereka juga terpedaya dan
tewas dalam genggaman nafsu syaitan durjana.
sama seperti yang lain.


Hanya itu yang mampu saya katakan. Memang

itulah kelemahan setiap manusia. Kadang-
kadang lalai, walaupun telah menggunung ilmu di
dada. Apakan daya, sifat manusia itu sendiri
sering melakukan kesilapan dan dosa.


Hakikatnya, insya Allah, satu hari nanti mereka

tahu kemana jalan untuk mereka ‘KEMBALI’.
kerana Al-Quran itu sudah ada dalam hati
mereka, tinggal masa yang menentukannya.
semoga dipercepatkan tempoh penemuan
mereka itu.


Kita sama-sama doakan. doa senjata mukmin.

tapi, selagi anda mampu menegur, tegurlah
kesalahan kami. :)

Okey, tu je lah untuk entri kali ni. Kepada owner FB, sori gua copy sebab nak kongsi ek !! Jangan marah, gua dah tagged lu... Wassalam ..

p/s :

SESUNGGUHNYA MUKMIN ITU BERSAUDARA !! Bantulah kami, bukan mengeji !!

24 December 2012

Tahyul-Mahyul (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Bangun seawal pagi membuatku terasa kebosanan. Perut manggigil meminta diisikan. Alhamdulillah tiada kejadian pelik. Itu semua lumrah. Sememangnya bangkit sahaja seseorang daripada tidur, situasi sebegini pasti dialami. Mulalah meraba-raba mencari makanan. Tak dapat nasi, maggi pun jadilah !! Orang kata makan maggi awal-awal pagi, otak boleh jadi lembab. Tu aku tak peduli la. Yang penting perut aku terisi dan kenyang. Cukup !! Itu sudah membahagiakan. *merepek jap...*

ala-ala Hantu Kak Limah !!


Pagi-pagi ni aku takde isu yang boleh dibangkitkan. Cumanya aku nak cakap pasal tahyul-mahyul toyol ni. Semalam tengok cerita Kampung Mangkuk Sengkuang. Cerita ni mengisahkan kepercayaan karut-tahyul ni atau lebih dikenali sebagai Hantu... !!!

Korang rasa nak percaya ke semua benda tu ? Kalau aku, mungkin tak percaya hantu. Tapi syaitan, jin, dan yang menyerupainya tu aku percayalah. Macam dekat dalam My First Time aku tu. Tapi aku tak rasa tu hantu. Mana ada wujud hantu-hantu ni semua. Karut-marut je. Jin and syaitan ada la. Hantu ni istilah orang Melayu je. Tak payah percaya sangat. Kang jadi murtad. Sia-sia je.

sape nama gegirl tuu ???

Mungkin korang boleh kata aku cakap besar. Esok dah jumpa baru nak percaya bagai. Suka hati korang la. Aku tak cakap pun aku tak percaya benda-benda ghaib ni. Yang aku tak percaya tuu, yang korang kata hantuuu tuu. Dan aku yakin benda yang cuba nak buat provokasi dalam My Fisrt Time tu bukan hantu tapi jin atau syaitan laknatullahi 'alaik.

Sarapan pun dah siap. Ada masa nanti gua sambung ke part yang lain pulak. Jangan lupa yaa !! Dah masuk sini, follow pastu komen la sikit.

Okey, wassalam !!!

p/s: "Jangan biarkan hidup anda diselubungi tahyuuulll !!!"

22 December 2012

Aurat Isu Lama !!

Assalamualaikum w.b.t.


seram ke ??


Selamat malam semua. Alhamdulillah, dunia masih belum kiamat seperti yang digembar-gemburkan oleh puak Mayan yang entah apa-apa tu. Dahlah sesat, dah tu menyesatkan orang lain pulak tu. Berganda-ganda dosanya tu. Nauzubillah !! Agak-agaknya berapa ramai la orang puak Mayan yang convert Islam semalam. Mesti ramai. Haha !! *errrkkk, tetiba gelak...*

"Di tepi pantai nan indah." Cewah ! Baru sehari pergi kenduri, dah nak menyanyi-nyanyi. Bukan apa, tadi gua teringat seorang tua berkaraoke. Dah kalau orang tua, lagunya pun agak-agak tua la. Ala-ala Retro gituu. Tapi yang gua sakit hati sangat, dari start gua sampai event tu, sampailah gua nak balik, beliau ni asyik dengan retro je. Kitorang yang datang ni  nak lah jugak dengar dia berhip-hop ke, rapping ke, barulah ada feel. Kitorang ni darah muda lagi. Arrgghhh !! Biarlah, balik rumah boleh sambung karaoke. Okey-okey, aku nak straight to the point *padahal dah banyak melalut ni.*

Sebenarnya ni isu lama. Bukan niat aku nak bangkitkan balik. Tapi kalau tak selalu dibangkitkan, orang akan rasa benda ni bermusim dan tak penting. Tak nak lah jadi macam isu buang bayi. Bila first-first dulu, orang bukan main lagi simpati. Bila dah lama, orang pun tak ambil peduli lagi. *Ceh !! Dah macam pantun pulak.*

ehem-ehem !!

Yaa ! Isu aurat. Isu lama bukan? Aku kira isu ni sejak sebelum aku lahir lagi dah berbangkit. Mak ayah aku kata la !! Aku tak tau sebab aku pun belum wujud lagi. Tapi serius, aku respect siapa yang boleh berbalah menegakkan isu ni. Memang gua tabik spring-spring toing-toing kepada siapa yang berani tegur pasal isu ni. Tak kiralah, face by face ke, tweet by tweet ke, chat by chat ke apa lagi entah, Korang memang hebat. Dan aku dah jumpa orang-orangnya. Antaranya kawan gua sendriri. Gua tabik lu der. Toing-toing punya !!

Bagi aku, tiada istilah belum sampai seru dalam isu penutupan aurat ni. Dan aku yakin, para ulama' akan besetuju dengan fatwa aku ni, sebabnya aku pun tiru fatwa diorang. *eh, melalut pule..* Kalaulah nak kata tak sampai seru, tu semua bohong. Aku ulang, BOHONG,BOHONG,BOHONG !! Hidayah memang Allah yang bagi, tapi perlu dicari. Macam rezeki juga. Kalau kita duduk goyang kaki, ingat rezeki boleh masyuk ke?? Haish !!


bukan isu remeh-temeh !!

Untuk perhatian kengkorang semua yang free hair and short trousers tuu, isu aurat ni bukan isu remeh-temeh macam aku terbaca dekat twitter semalam. Wak lu nak kata isu tudung, aurat tu semua isu remeh-temeh. Lu ingat lu masuk neraka nanti tak bawa family lu sekali ke? Cantik je cakap isu aurat isu remeh. Tak sayang family ke? Bila tanya nak masuk syurga ke neraka, tau pulak nak pilih syurga. Dah tu yang kau tak tutup aurat macam mana nak dapat syurga. Benda senang pun kau kata susah. 

Okey-okey gua be cool jap.... sambung balik ...

Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…" 
(al-Nuur : 31)

Seterusnya,

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(al-Ahzab : 59)

Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda :

Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” 
(H.R. Muslim)

Seterusnya lagi, 

muka & tapak tangan je !!
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” 
(H.R. Abu Dawud)


So, korang rasa isu aurat ni isu remeh lagi ke? Aku dah bawa empat dalil. Dua dari al-quran, dua dari hadis. Pilihan dah tersedia. Terpulang la korang nak terima ke tak. Gua tak nak cakap lelebih. Kang ada yang sentap pulak. Tapi gua peduli apa !! Bukan gua cakap benda salah. Cuma gua rasa cara tulisan je agak kasar sikit. Sorry lah, ni dalam maya je. Insyaallah.

Okey-okey, gua nak stop ni. Nak tengok kekejaman Israel laknatullahi 'alaik at Majalah 3. Akhir kata penutup bicara, wassalam ...

p/s: “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (H.R. Bukhari)


21 December 2012

My First Time !!

Assalamualaikum w.b.t. Salam hormat. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Errk, apa yang aku merepek pepagi ni. Bersalam-salam bagai. Aku bukan orang kerajaan ke pembangkang ke. Aku student lagi. Okey-okey, selamat pagi semua.

Pagi ni gua nak open satu pengalaman seram gua. Kejadian ni baru je berlaku malam tadi. Tapi seperti biasa, dah berjam-jam baru gua nak update. Nak cari mood dulu beb. Baru ada feel. Lagipun gua malas nak online a.k.a seram sejuk nak turun bawah malam tadi. Sumpah seram !! Gua yang bukan penakut ni pun tetiba jadi takut seketika.

Takde kena mengena ek !!

Ceritanya bermula macam ni. Aku tidur malam tadi pukul 12. Semua orang dalam rumah aku dah tidur kecuali abah aku. Tapi beliau dekat bawah, aku dekat atas. Dalam sepuluh minit lepas pukul 12, ayah aku baru naik tidur. So, dekat bawah dah kosong la. Suasana sunyi seketika ...

Tengah-tengah aku cari position baik nak tidur sambil dengar mp3, aku dengar suara orang bercakap. Dalam keadaan bermp3 ni, aku cari la dari mana datang suara tu. Tapi tak jumpa. Aku biar je la. Buat-buat macam takde pape. Padahal dah meremang bulu roma. Mana tidaknya, dah la aku seorang je yang belum tidur. Seram la !

Selang setengah jam, gua terdengar lagi. Kali ni memang tak boleh bla betul. Rupa-rupanya adik gua yang bercakap. Dia mengigau rupanya. Aku rasa nak shoot je. Nasib baik aku ni abang yang baik. Aku cubalah nak dengar apa yang dia cakap. Aku terus cabut mp3 dan terus tekan butang record. Nak kasi family gua dengar pagi ni !!

Tapikan yang aku peliknya, suara dia mengigau kuat tapi aku tak faham apa dia cakap. Aku tak rasa yang dia cakap bahasa Melayu. Kalau dia cakap bahasa Melayu, mesti aku faham.  Musykil betul aku. Nak kata dia cakap Inggeris, tak jugak. Ye la, sekolah baru darjah empat. Aku yang dah habis SPM pun tak boleh cakap macam tu. Siap lama. Tu yang tak boleh bla tu. Ada lah dalam sepuluh minit. Aku teruskan merecord.

Yang lagi tak boleh bla, sebelum nak habis mengigau dia boleh toleh ke gua dan terus tenung mata gua. Gua apa lagi, terus meremang la. Terpacak-pacak bulu roma. Entah-entah misai pun sama. Pergh !! Itu memang gila. Gua syak bahasa yang adik gua pakai tu, bahasa Jawa la. Walaupun gua tak boleh cakap Jawa, tapi gua boleh lah faham sikit-sikit sebab gua memang darah Jawa. Dah kalau gua dengan abang gua tak boleh cakap Jawa, dah konfem-konfem la yang bawah mengikut.

Aku perasan Jawa sebab ada perkataan yang gua faham dan sedia maklum sebagai ayat jampi. Tu yang buat aku rasa seram lagi-lagi bila dia tenung. Dah tak boleh nak baca apa-apa dah. Sejurus selepas tu, adik aku baring balik. Sambung tidur ke atau buat-buat tidur tu aku tak tau. Yang aku tau, aku dah cuak !! Aku cuba buat cool terus pasang mp3 balik. Layan lagu Monster-Big Bang. Haha !! Kan aku ni #Teamtengahtengah. Bak kata member aku, wusto. Sampailah aku terlelap. Ala-ala tidur ayam gitu.

Tiba-tiba !!

Tengah tidur ayam tu, aku dengar pintu dan lampu bilik air terbuka. Aku buka lah mata. Ingatkan mimpi je, sebab aku dah separuh tidur. Rupa-rupanya memang betul-betul terbuka. Aku rasa nak jerit je, tapi tak termampu. Aku syak benda tu betul-betul ada dekat situ. Aku biar je la. Kang kalau aku tegur, Aku pulak yang kena. Tak nak aku. 

Even benda-benda ni aku dah lali dekat asrama sekolah, tapi dekat rumah belum pernah berlaku lagi. Dan ini sangat menakutkan. Sebabnya aku teringat yang adik aku ada sebut pasal waris-waris. Waris apa tu aku tak tau. Harap bukanlah pasal waris saka. Menyusahkan keluarga aku je semua tu. Mudahan dijauhkan.

Aku rasa Sarakit berdendam dengan aku sebab malam tadi aku dengan poyonya tweet Dendam Sarakit tak seram langsung. Maybe dia sakit hati dan beranggapan tweet gua tu macam nak timbulkan provokasi kot. Wallahu a'alam la. Haha !! Arghhh !!! Tu semua karut. 

Dendam Sarakit I

Dendam Sarakit II


Okey-okey, aku dah nak berhenti cerita pasal bendalah ni. Sekarang aku mengantuk dan ada rasa nak demam sikit. Doakanlah aku sembuh yaa !! Wassalam ..



p/s: 

Dalam al-Quran menyebut syaitan atau syayatin, jin atau jinnah, qarin, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih menyatakan dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. 


20 December 2012

#TeamBenciKpop ??


Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera semua.

Ini entri spontan aku. Walaupun aku rasa selama ni semua entri aku entri yang spontan, aku tetap nak bagi tau yang entri ni spontan. "Suka hati aku lah. Blog aku. LOL." Ianya terlintas sejak petang tadi. Tapi aku ni jenis suka menangguh-nangguh kerja yang tak berapa penting. So, malam baru aku update. Tu pun tak taulah ingat lagi ke tak. Tapi aku akan cuba update jugak. "Dah-dah, apa aku merepek lagi nih?" Okey-okey aku teruskan. 

Aku tak tahu lah apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni. Pemimpin-pemimpin pun dua kali lima. Asyik nak timbulkan provokasi, fitnah, dan perpecahan. Tadi tengah gua syok-syok online twitter, opps !! Sori, sekarang gua dah kurang layan Facebook tu. Dah bosan. Gua layan twitter pulak sekarang ni. Okey-okey, continue. Tengah syok gua online, gua terperasan satu tweet ni. Kejap-kejap, gua pergi scan dekat twitter jap....
 Okey gua dah dapat !!

tak tau ni sape !!

ni pun gua tak tau sape !!


So, sekarang ni bukan aku nak cakap pasal siapa mereka. Aku nak cakap pasal hashtag, #TeamBenciKpop bagai tu. Apalah masalah orang Malaysia ni. Kalau tak suka, tak payahlah sampai nak berhashtag bagai. Aku bukan nak backup para Kpopers ni. Malah aku sendiri menyampah, dah la tak faham bahasa diorang. Tapi tak bermaksud sampai nak benci. Bukannya kemungkaran pun. Mungkin korang anggap ianya sebagai gurauan atau mainan, tapi aku rasa tidak bagi mat-mat Kpop dengan minah-minah Kpop ni. Entah-entah ada di antara mereka ni yang sentap. Maklumlah, fanatik sangat. Mana kita tau kan? Wallahu a'alam lah.


ni aku kenal !!


Seperti yang aku cakap tadi, sebagai manusia aku terima industri muzik Kpop ni walaupun dalam hati menyampah sebab tak faham. Kalau orang dah minat, takkan kita nak halang. Come on lah, respect hak orang lain. Itu hak orang. Kalau kita nak hak kita dijaga, jagalah hak orang.

Bagi Kpopers, korang jangan ingat aku bakcup korang pulak. Aku cuma mengekspresikan hak korang je. Tak lebih dari tu yaa !! Kalau korang rasa orang sekeliling korang tak minat Kpop, jangan main lagu or cakap pasal Kpop depan diorang. Kadang-kadang aku kesian dengan korang ni, hari-hari kena kutuk. Kawan-kawan aku pulak tu. Hahaha !!

Okey, aku dah tak nak merapu lagi. Gua nak layan Dendam Sarakit jap lagi. Wassalam !!

p/s: ‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.







18 December 2012

Khawarij dan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi !!!

Bismillah. Salam 'alaik.

Aku tak tau nak cakap apalah dengan seorang ustaz ni. 
Sebelum ni mengeluarkan fatwa tiada jihad di Palestin. 
Sekarang keluar fatwa beliau yang mempertikai fatwa-fatwa 
yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. 
Korang boleh tengok video ni dulu. Tengok yaa !!







Video ni bukan nak jatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang ilmuan mahupun ustaz. Sama sekali tiada niat. Memandangkan video ni dah tersebar di Facebook, aku rasa tak salahlah kalau aku post dekat sini pulakkan.

Aku akui keilmuan beliau. Bahkan aku sangat kagum dengan ilmunya yang tinggi, cara dan kepetahan beliau berhujah. Malah aku rasa lah, beliau boleh dikategorikan sebagai ulama' muda. Tak kisahlah dia ni orang kerajaan ke, pembangkang ke. Memang sumpah aku cakap, dia ni memang awesome ilmunya. Nama pun dah gah macam nama kitab ilmu. Tapi kalau ilmu tinggi menggunung sekali pun kalau diletak atau diguna pada tempat yang salah, tak guna jugak kan. Tu aku no komen. Wallahu a'lam.

Namun, kenyataan beliau baru-baru ni sedikit sebanyak telah mengkonfiuskan ramai pihak termasuk aku. Kononnya fatwa-fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berunsurkan pandangan golongan Khawarij. Sebelum tu siapa yang tak tau apa itu Khawarij, boleh klik sini. Baca dulu tentang khawarij baru korang paham. Nak lebih lanjut search je Dr. Google tu yaa !!


Pada pendapat aku lah kan, fatwa Dr. Yusuf yang menyeru supaya diadakan himpunan 
demonstrasi di Mesir sebagai tanda protes ke atas pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak 
dan penghalalan ke atas darah beliau bukan suatu cubaan menimbulkan provokasi. 
Bagi aku lah !! Aku memandangnya sebagai satu bentuk seruan jihad. 

Seperti yang kita tahu, Hosni Mubarak terlalu kejam dan zalim terhadap rakyat Mesir sama ada Muslim or non-Muslim. So kalau ikut aku lah, orang macam tu memang layak kena lanyak je. Jadi pemimpin menyusahkan rakyat. Sebab tu aku tak rasa Dr. Yusuf cuba nak timbulkan provokasi. Kalau nak kata betul, wallahu a'lam la. Ilmu aku masih cetek lagi. Kalau nak kata tak betul pun aku tak tahu. Harap tak betul lah. 

Namun, aku tabik dengan hujah-hujanhnya. Aku tak salahkan ustaz ni 100%. Mungkin pandangan beliau ada betulnya di sisi Allah. Barangkali pandangan aku yang salah. Ianya suatu pandangan yang disokong oleh ramai juga ulama' lain. So seperti yang aku cakap tadi, aku tak berilmu nak komen ulama'. Aku hanya mampu menyuarakan pandangan je. Tak lebih dari tu.

Kepada golongan atau puak atau lebih khusus pengikut ustaz ni, kalau boleh jangan terlampau taksub. Jangan jadi seperti golongan Syiah yang mengagungkan Saidina Ali, pada hal Saidina Ali tak pernah mengagungkan dirinya pun. Selidik dulu lebih elok. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: 


"Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 

(Surah al-Hujurat,ayat 6)


Wassalam !!!



p/s: Entri ni berdasarkan pendapat aku je. Kalau korang nak terima ke, tak nak ke, terpulang korang lah. Lagi sekali, ni pandangan aku !!

#SaveGaza



kebebasan mereka, kebebasan kita !!




Saat malammu dihujani peluru, 
bertaburan bom-bom menghisai kediaman.
Kanak-kanak lari bertempiaran dalam ketakutan.
Mencari tempat perlindungan.


kerosakan harta awam !!


kanak-kanak tidak mengerti menjadi mangsa !!


Namun si bapa tekad berjuang,
demi mempertahankan kedaulatan.
Biar terkorban jiwa namun tidak tergadai agama. 
Menyahut seruan jihad.
syahid itu pasti !!



Namun saudara seagama hanya berdiam diri,
Kadang-kadang terlena diulit mimpi.
Bukan tidak mengerti apa yang terjadi, 
tetapi terlalu mementingkan diri sendiri.

Ya Allah Kau bantulah mereka !!


Kami terlena engkau berjaga,
Kami gembira engkau berduka, 
Kami sendawa engkau berlapar, 
Bersabarlah wahai saudaraku, 
janji Allah pasti bersamamu.








14 December 2012

Tiada Jihad di Palestin ??

Salam 'alaik !!! Bismillah.

tanah kami !!
 " Tiada jihad di Palestine? Betul ke apa yang aku dengar ni? 
Siapa yang keluarkan fatwa ni? Fatwa negeri mana? Ouh, fatwa sendiri je "

Definisi jihad boleh di baca di sini. Dah baca? Nampak bukan? 
Apalah punca terkeluar kenyataan sebegini. 
Bukankah jihad di Palestin itu suatu jihad yang nyata. 
Kalau tidak berilmu jangan memandai.

 Islam itu lahir bukan hanya dari logik akal. 
Akan tetapi ianya lebih kepada perkara ghaib. 
Kalau nak ikut logik akal je, ramai orang hari ni tak percaya kewujudan Allah s.w.t. 

mereka memerlukan sokongan kita !!!

jom boikot !!

kebebasan mereka tanggungjawab kita !!!

hayya bil jihad




Sambung baca di sini:


Wassalam !!


Bosan !! bosan !!

Salam 'alaik !!!

Petang-petang ni rasa macam bosan plak. 
Lagi-lagi kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Hati terdetik nak update blog. 


Bila time skola mintak nak cuti. Tapi bila dah cuti mintak nak sekolah pulak. Haha !!!
Actually memang bosan gila terperap kat rumah. Dah macam orang tak keruan. 

our squad

sahabat selamanya !!!

takkan terpisah

pok tek comel !!! HAHAHA !!!

apehal aku tutup muka lak tu !! bajet farizal jer !!

hebatk beliau ni !!


satay !! satay !! satay !!

selamanya Harimau Malaya !!!

makan time !!!
Aku yakin lepas ni kita takkan dapat bersama. Aku rasa ramai jugak yang akan keluar. 
Aku pun tak rasa aku akan stay atau keluar. Tu semua takdir Allah beb !! 
Semoga ukhuwah fillah abadan abada.