Zaman kian moden. Anak-anak masa kini seolah-olah tidak menghiraukan nasihat ibu bapa mereka. Mereka beranggapan bahawa apabila meningkat sahaja ke umur remaja, ibu bapa tidak perlu menghiraukannya. Malanglah bai kalangan remaja yang beranggapan seperti ini. Mereka seperti tidak mempunyai ilmu dan pemikiran yang betul atau lebih senang digelar berfikiran sempit-sesempitnya. Sejauh mana kebenaran fakta yang direka sendiri oleh mereka ini. Rujuklah al-quran, hadis-hadis dan kitab yang berkaitan.
Abu Al-Laits melalui sanadnya dari Atha’ berkata :
“ Nabi Musa berdoa kepada Allah s.w.t : Ya Allah, berilah peringatan kepadaku. Firman Allah : Tetaplah denganKU. Baginda berkata lagi : Berilah peringatan kepadaku. Firman Allah s.w.t . : Taatlah kepada ibumu. Baginda berkata lagi : Berilah peringata kepadaku. Firman Allah s.w.t. : Taatlah kepada ibumu. Baginda berkata lagi : Berilah peringatan kepadaku. Firman Allah s.w.t. : Taatlah kepada ayahmu. ”
Berkata Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah didatangi seseorang lalu berkata :
“ Saya ingin berjihad(perang fi sabilillah). Nabi bertanya: Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Jawabnya : Ya, kedua orang tuaku masih hidup. Nabi bersabda: Di dalam melayani keduanya harus berjihad.”
Hadis di atas telah cukup bererti dan mudah difahami oleh umat Islam sepatutnya. Namun masih ada di antara kita yang meremeh temehkan perkara ini sedangkan ianya amatlah di titik beratkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadisnya seperti contoh di atas. Rasanya kita semua telah mengetahui kisah seorang sahabat bernama Al-Qamah. Hanya kerana beliau tidak menziarahi ibunya hanya sekali, timbul rasa tidak redha dari hati ibunya. Itu baru sekali. Apatah lagi kita yang sudah terlalu banyak dosa dengan ibu bapa.
“Redha Allah s.w.t bergantung pada keredhaan ibu bapa kita.”
Firman Allah s.w.t dalam Al-QuranNYAYang Maha Agung bermaksud :
“ ……syukurlah kepadaKUdan kepada kedua ibu bapamu……”
p/s: Ujian dan cabaran buat diri untuk mengamalkannya memang ada. Kita pelu terus tabah mengahadapi ujian tersebut
No comments:
Post a Comment