Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

04 September 2011

Hak Seorang Anak.

Walaupun zaman kini telah moden, namun masih ada pemikiran sesetengah ibu bapa yang masih jauh ketinggalan tanpa mengetahui kebenarannya. Masih ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa “veto” terhadap anak-anaknya. Dan anak-anaknya pula perlu sentiasa mendengar dan mentaati perintahnya hatta sampai melebihi ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. Mereka beranggapan bahawa anak-anaknya tiada hak ke atasnya apabila anaknya menegur walaupun dengan cara baik, mereka mengatakan yang anak mereka itu kurang ajar.Sejauh manakah kebenaran bahawa seorang anak tidak mempunyai hak ke atas ibu bapanya.

Dikisahkan bahawa pada suatu hari Saidina Umar r.a telah didatangi seseorang lalu berkata:   

“Putraku ini durhaka kepadaku.” Lalu Umar r.a. berkata kepada putra itu : “Apakah engkau tidak takut akan ALLAH setelah engkau berbuat derhaka kepada bapamu?” Putra itu bertanya kepada Umar a.r. : “Ya amirul mukminin, adakah seorang anak tiada hak ke atas bapanya?” Umar r.a. menjawab : “Ada iaitu pertama, hak memilihkan ibu yang bangsawan jangan sampai tercela kerananya. Kedua, harus memberinya dengan nama yang baik. Ketiga harus mengajarkannya Kitabullah. Putra itu berkata : “Demi ALLAH dia tidak memilihkan untukku ibuku, dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham, dan itu ibuku. Dia tidak memberi nama yang baik kepadaku. Aku diberi nama kelawar jantan. Aku tidak diajari ayat-ayat ALLAH walau satu ayat.” Umar r.a. lantas menoleh kepada bapanya lalu berkata : “Engkau telah menderhakai ankmu terlebih dahulu sebelum ia menderhakaimu. Pergilah engkau dari sini.”    
        
Namun buat si anak, kita masih ada batasan dalam menegur. Kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati mereka. Sebaik-baiknya, bermusyawarah adalah satu jalan yang terbaik dalam membentuk keluarga, bangsa, agama dan negara yang harmoni. Janganlah kita berkata yang tidak sopan kerana firman ALLAH S.W.T. :

“……….dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa……..”
Al-Baqarah : 83

Dalam bait lagu Azimat Ibunda oleh Far East ada menyebut :

“ setitis air mata ibu,
 yang gugur kerana kesedihan,
 segaris luka di hati ibu,
 kerna kederhakaan,
 tertutup pintu syurga,
 jika tiada keampunannya. ”

Dan buat ibu bapa pula, harus difikirkan pendapat anak-anakmu itu. Kerana setiap insan di dunia ini mempunyai hak dan kebebasan bersuara hatta kaum kafir pun ada hak mereka. Takkan kita orang Islam ni taak boleh nak bagi pendapat langsung. Dan ingatlah wahai ibu bapa bahawa mereka kelak  akan mewarisimu. Jika kamu salah, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak langkahmu kelak.

p/s: Jika ada melakukan kesalahan kepada ibu bapa, pergilah memohon ampun dengan segera. Kerana hidup ini tidak kekal lama. Mungkin esok atau lusa kita akan pergi meninggalkan mereka atau sebaliknya. Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam ukhuwah fillah, wassalam.

No comments: