Maha Suci ALLAH dan segala puji bagiNYA yang telah mengurniakan kepada kita Al-Quran yang penuh barakah sebagai panduan dari generasi ke generasi dan melebihkan Ummat Nabi Muhammad berbanding ummat-ummat yang sebelumnya. Alhamdulillah, syukur padaMU Ya ALLAH. Pujian bagiMU sehingga mencapai tahap keredhaanMU.
Nabi Muhammad S.A.W . telah bersabda:
“ Yang sangat aku khuatirkan ke atas kalian ialah syirik kecil. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu? Rasulullah menjawab: Syirik kecil itu ialah riya’. Pada hari penghitungan kelak ALLAH S.W.T berkata kepada mereka : Pergilah kamu kepada orang yang dahulu kamu melakukan amal di dunia hanya kerananya, lihatlah di sana kalau kamu mendapat kebaikan darinya.”
Menurut Abu Al-Laits : Dikatakan oleh Baginda sedemikian rupa kepada mereka kerana amal perbuatan yang mereka lakukan ketika di dunia hanyalah olok-olok. Maka, ianya dibalas begitu.
Riya’ adalah sejenis penyakit hati yang terdapat dalam diri setiap insan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kita masih boleh mengawalnya dan terus membuangnya jauh dari hidup kita. Firman ALLAH S.W.T:
“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib diri mereka sendiri.”
Ar-Ra’d : 11
Konklusinya, adakah amalan yang kita lakukan selama ini benar-benar ikhlas? Sungguh Ya ALLAH, kami tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri kami sendiri Ya ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang. Amin Ya Rabbul ‘Aziz.
Taqabbalallahu minnna wa minkum. Salam ukhuwah fillah. Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment