Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

01 October 2011

Ustaz Azhar Idrus Bidas Masyitah







Petikan dari wikipedia mengenai maksud hudud dan kesalahan-kesalahan disebababkan hudud:


Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.


 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:



"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan 
hukum Allah maka mereka itulah orang-orang
yang zalim."

Kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan jatuhnya hukum hudud:


  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.


Pendapat aku pulak :

Kita kembali semula pada al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran yang bererti :

"Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, hendaklah dipotong kedua tangannya, sebagai balasan pekerjaan keduanya dan sebagai seksaan daripada Allah, dan Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana."
(Al-Maidah:38)

Sabda Baginda S.A.W.:

Hadis riwayat Aisyah ra.: 

Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. 

(Shahih Muslim No.3196)
Firman Allah lagi :

"Dan orang-orang yang berkelakuan keji(berzina) di antara perempuan-perempuanmu, maka adakanlah empat orang saksi (yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri)di antara kamu atas perbuatannya itu. Jika mereka itu benar-benar bersalah, maka penjarakanlah perempuan itu di dalam rumahmu sehingga mereka mati atau Allah mengadakan jalan yang lain bagi menggantikan perbuatannya itu(yang setimpal)."
(An-Nisa':15)
Hadith Rasulullah S.A.W.: 

Hadis riwayat Umar bin Khathab ra., ia berkata: 

"Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad saw. dengan membawa kebenaran dan telah menurunkan Alquran kepada beliau. Di antara yang diturunkan kepada beliau ialah ayat rajam. Kami telah membacanya, memahaminya serta mengerti ayat tersebut. Lalu Rasulullah saw. melaksanakan hukum rajam dan kami juga melaksanakan hukum rajam setelah beliau. Kemudian aku merasa khawatir bila waktu telah lama berlalu ada seorang yang mengatakan: Kami tidak menemukan hukum rajam dalam Kitab Allah, sehingga mereka akan sesat karena meninggalkan satu kewajiban yang telah diturunkan Allah. Sesungguhnya hukum rajam dalam kitab Allah itu adalah hak atas orang berzina yang muhshan (pernah menikah), dari kaum lelaki dan wanita, jika telah terbukti berupa kehamilan atau pengakuan."

 (Shahih Muslim No.3201)


Apa-apa pun berkata-kata tu jangan main keluar ikut sedap mulut. Menolak Hukum Hudud ini ibarat menolak perintah Allah. Dan kaalu dah tolak perintah Allah, alamatnya nerakalah tempat yang paling mulia untuk kita. Nauzubillahi min zalik.Cuba kalau kita fikir balik keterangan Ustazah tu, bolehkah orang yang sudah dipotong tangannya untuk yang kedua kalinya mampu mencuri. Tidak mungkin dia boleh mencuri menggunakan kaki atau mulut ataupun dengan mata. Kalau curi dengan mata tu bolehlah tetapi sekadar curi-curi baca sahaja. Mana ada orang mencuri sesuatu barang tanpa menggunakan tangan. Sebabnya, Allah ciptakan tangan itu sifatnya untuk menyentuh sesuatu. Keterangan yang memang tidak masuk akal bukan? Renung-renungkan dan selamat beramal.


p/s: Denagn tertegaknya Hukum Hudud ini, ianya mampu menghapuskan amalan-amalan jahiliyyah yang terkeji lagi dimurkai Allah Azzawajalla.

No comments: