Bismillahirrahmanirrahim.....
Mengapa Islam memperkenalkan undang-undang yang cukup zalim seperti membunuh orang murtad, memotong tangan pencuri, rejam lelaki atau perempuan berzina yang sudah berkahwin sampai mati, dan sebatan 100 bagi lelaki dan perempuan yang berzina dan belum berkahwin.
Katanya : Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh alam. Kalau membawa rahmat, kenapa Islam benarkan semua hukuman tersebut? Bukankah hukuman tersebut akan mendatang kezaliman dan kesengsaraan.
Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (Al-Anbiyaa’ 21;107).
Dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa kedatangan Muhammad yang membawa Islam adalah rahmat atau berita gembira kepada seluruh alam. Maksud alam di sini bukan hanya manusia sahaja bahkan kebaikan kepada seluruh makhluk yang ada di dunia ini. Ayat ini membuktikan Islam adalah agama rahmat dan kedamaian. Memang benar Qur’an membenarkan pelaksanaan undang-undang tersebut dengan tujuan untuk mencegah dan sekaligus menjaga manusia serta harta benda mereka daripada dicerobohi.
1. Hukuman Mencuri
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Al-Maa-idah 5;38).
Hukuman potong tangan bagi pencuri dilaksanakan untuk menuntut keadilan kedua-dua pihak iaitu pencuri dan harta orang yang dicuri. Memang nampak seolah-olah menzalim pencuri, tapi macamna dengan harta yang dicuri? Adakah mereka tak dizalimi oleh pencuri? Bayangkan harta yang dicuri tersebut dikumpulkan bertahun-tahun tetapi hilang dalam sekelip mata kerana dicuri. Adakah pencuri tersebut tidak bersifat zalim?
Hukuman potong tangan bagi pencuri dilaksanakan untuk menuntut keadilan kedua-dua pihak iaitu pencuri dan harta orang yang dicuri. Memang nampak seolah-olah menzalim pencuri, tapi macamna dengan harta yang dicuri? Adakah mereka tak dizalimi oleh pencuri? Bayangkan harta yang dicuri tersebut dikumpulkan bertahun-tahun tetapi hilang dalam sekelip mata kerana dicuri. Adakah pencuri tersebut tidak bersifat zalim?
Pelaksanaan hukuman potong tangan untuk memberikan peringatan kepada pencuri supaya tidak mengulangi atau menakutkan orang lain yang mahu mencuri. Sungguhpun demikian seringkali timbul masalah kerana pelaksanaan undang-undang tersebut tidak berlaku keadilan. Sebelum perlaksanaan hukuman potong tangan maka harus dibuktikan dengan sahih dengan bukti-bukti yang sah. Selepas disabitkan mencuripun belum boleh dilaksabakan hukum memotong tangan kalau kerajaan tidak melindungi rakyatnya termasuk juga keperluan asas.
Disamping itu harus dikaji sebab apa mencuri? Kalau mencuri disebabkan ketiadaan makanan sehingga terpaksa mencuri maka kerajaan harus bertanggung jawab bukan pencuri, tetapi sekiranya semua keperluan asas sudah terpenuhi dan tetap mencuri kerana tabi’at maka hukum harus dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada pencuri.
Sungguhpun demikian pelaksanaan hukum tersebut harus adil dan tidak menzalimi pencuri tersebut lebih-lebih mengaibkan pencuri. Dalam perlaksanaan hukum pun diambil kira supaya tidak sampai menzalimi pencuri tersebut seperti mempastikan agar pisau benar-benar tajam sehingga tidak begitu menyiksa. Ini diperingatkan oleh Rasulullah dalam pesannya :
Abu Hurairah berkata : Dibawa kepada Muhammad seorang yang minum arak, Muhammad perintahkan untuk memukul, maka di antara kami ada yang memukulnya dengan tangan, selipar dan kainnya. Selepas itu seseorang berkata “Allah telah menghinanya” maka Muhammad berkata : “Jangan kamu menjadi perosak saudaramu (menjadi pembantu syaitan)” iaitu dengan menghinanya sehingga syaitan akan lebih senang untuk menghancurkan orang tersebut (dilaporkan oleh Bukhari).
Hadith di atas menunjukkan bahawa tidak boleh melaksanakan hukum dengan tujuan merosakkan pencuri tapi hanya sekadar mengajar semata-mata. Sebetulnya hukuman potong tangan bukan hanya dalam Islam bahkan dalam Kristian pun terdapat ayat tersebut seperti terdapat dalam ayat di bawah :
Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu!Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu masuk ke dalam nereka yang kekal bersama kedua tanganmu (Mark 9;43 dan Matthew 5;30).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dibuang ke dalam neraka bersama kedua kakimu (Mark 9;45).
2. Rejam kerana Berzina.
Sila rujuk ayat di bawah :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).
Bagi Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin maka rejam sampai mati manakala yang belum berkahwin adalah rejam 100 kali sebatan. Sebelum hukum dilaksanakan maka pendakwa harus menyatakan bukti yang sahih dimana ada empat orang saksi yang melihat zina berlaku secara langsung. Kalau tidak ada saksi maka kerajaan tidak boleh melaksanakan hukuman tersebut sungguhpun zina itu memang dilakukan kecuali tertuduh membuat pengakuan sacara sukarela seperti berlaku pada zaman Muhammad. Undang-undang Allah juga terkandung dalam kitab-kitab samawi lain. Dalam Taurah (Moses) dan Injil (Yesus) juga terdapat perintah pelaksanaan hukum hudud bagi yang berdosa. Bahkan dalam Bible sendiri juga terdapat hukum hudud.
Bunuhlah nabi atau penafsir mimpi yang menyuruh kamu memberontak terhadap Tuhan yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba sahaya dahulu. Orang seperti itu jahat dan cuba menyesatkan kamu daripada kehidupan yang diridhai Tuhan. Orang itu mesti dibunuh, supaya kejahatan itu dihapuskan dari kalangan kamu (Deutronomy 13;5).
Di ayat yang seterusnya pun perintah hudud juga perlu dilaksanakan :
Jangan biarkan orang tersebut merayu kamu dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang tersebut dan jangan lindungi dia.Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia. Rejamlah dia sampai mati! Dia cuba menjauhkan kamu daripada Tuhan, yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba dahulu. Kemudian semua bangsa Israel akan mendengar dan mereka akan takut Murtad. Seorangpun tidak akan murtad lagi (Deutronomy 13;8).
Sesiapa yang menyebabkan pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi beriman kepada-Ku, lebih baik kalau batu pengisar diikatkan pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut (Mark 9;42).
Hukum pasal zina pula tersebut dalam Matthew 5;28-29 dan Mark 9;47 :
Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu : Sesiapa memandang seorang perempuan dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan hati. Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buang lah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka.
Beginilah intisari tentang hudud di dalam Islam. Sesungguhnya Allah yang menciptakan kita dan hanya Allah saja yang tahu akan hukum yang sesuai dilaksanakan ke atas makhluk ciptaannya. Kembalilah kepada fitrah sebenar, jangan terus berada dalam kesesatan dengan cuba melaksanakan hukum berdasarkan pemikiran dan ideologi kita sendiri.
Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment