Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

30 October 2011

Ya Syabab, Bangkitlah.....

Salam ukhuwah fi sabilillah. 


Saban waktu. Saban hari. Umat Islam makin ditimpa bencana. Bencana yang amat ditakuti oleh Baginda Rasulullah sendiri. Ianya merupakan bencana yang amat bahaya iaitu bencana dalam isu kefahaman akidah. Bukanlah diri ini nak menyalahkan sesiapa. Malah tidak berniat langsung dek kerana ketandusan ilmu. Akan tetapi, diri ini masih rasa terpanggil untuk menyuarakan isi hati yang terpendam.


Sekali lagi ingin diingatkan, tujuan saya menulis entri ini bukan untuk menghukum sesiapa apatah lagi untuk tunjuk pandai tetapi hanya untuk memberi peringatan berdasarkan firman Allah S.W.T :


" Dan berilah peringatan, sesungguhnya setiap peringatan 
itu :amat berguna kepada mukmin yang lain. " 

Apalah gunanya andai hanya disebabkan masalah khilafiah, kita semua sesama Islam bagaikan hendak membunuh antara satu dengan yang lain. Yang lebih memalukan ialah kebanyakan yang bertelagah itu terdiri daripada golongan ahli agama. Hanya disebabakan perbezaan pendapat, hubungan silaturrahim antara kita semua seakan-akan simpulan tali yang longgar. Sedarkah kita bahawasa-Nya Allah telah berfirman :

" Sesungguhnya setiap orang mukmin itu 
adalah bersaudara. "

Sebenarnya, saya pun tidak berminat dengan isu khilafiah ini. Tetapi tak bermaksud saya menolak sekeras-kerasnya apatah lagi menafikannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini yang saya ketandusan ilmu dalam isu berkaitan khilaf. Namun saya mengikut kesepakatan ulama' yang berfatwa seandainya yang kita lakukan itu betul, dua ganjaran untuknya dan seandainya salah, satu ganjaran untuknya. 

Untuk apa kita membazir tenaga bertelagah dengan isu ini sedangkan kita semua bersaudara. Berasa malulah kita kepada agama lain supaya boleh menambah rasa malu kepada Allah. Sungguh benarlah tentang tanda kiamat bahawa umat Islam akan mula berpecah belah. 

Jika kita fikirkan bersama, andai kita bermusyawarah sebelum mengeluarkan hukum, berkemungkinan isu ini tidak akan wujud. Tetapi, setiap manusia mempunyai pendapatnya yang tersendiri dan setiap manusia perlu menghormati dan mendengar pendapat orang lain.

Seperti kisah yang pernah saya baca serta dengar daripada ustaz-ustaz, diceritakan pada suatu hari Imam Syafi'e rahimahullah telah berkunjung ke sebuah penempatan yang rata-ratanya bermazhab Maliki. Apabila tiba waktu subuh, beliau menunaikan solat berimamkan Imam mazhab Maliki yang tidak melakukan doa qunut. Selesai sahaja solat, seorang makmum menegurnya dan bertanya mengapa beliau tidak membaca doa qunut mengikut mazhab Syafi'e. Namun jawapannya hanya ringkas iaitu :


" Aku menghormati mazhabmu. " 

Sampai begitu sekali keperbadiannya yang menghormati mazhab lain. Kalau kita bermazhab Syafi'e sekalipun, janganlah menolak mazhab lain kerana kita masih dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Kita patut menentang ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah seperti Wahabbi dan sebagainya. Namun, perlu berada dalam keadaan berhemah. 

Sekian. Wassalam.

1 comment:

ZahirulNukman said...

Rasanya Imam Shafie melawat tempa kawasan Imam Malik. wallahua'lam. :)
teruskan menulis ! menulis dengan penggunaan bahasa yang baik !