Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

18 January 2013

Terima Kasih Semua ...

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat malam. Salam sejahtera. Salam perubahan #KL112. *erk..*

Setinggi kesyukuran terhadap Ilahi kerana keizinannya kita masih bernyawa sehingga ke hari ini. Selawat dan salam buat baginda tercinta Sayyiduna Habibuna Rasulillah s.a.w. Berkat baginda menyebarkan Islam, dengan kegigihan, mudah-mudahan kita beroleh rahmatNya. Insyaallah.


Gambar Sekadar Hiasan


Alhamdulillah. Hari ni genap usia aku 18 tahun. Macam tak percaya je dah besar kan? Dah tua berjanggut. HAHA. Eh eh, belum tua lagi. Baru 18 okey. Aku masih muda. *tak mengaku tua*.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur dikurnia nyawa olehNya sehingga dapat menikmati hari seperti ini. Dan sangat berterima kasih kepada Junjungan Agung Baginda Nabi s.a.w. kerana ajaran yang dibawa olehnya. Tanpa kasih sayang Allah, hambaMu ini bagaikan layang-layang yang terputus tali. Sungguh kerdil diri ini. Ampunkan kesilapan daku selama ini. Berikan jua keampunanMu untuk kedua orang tuaku dan seluruh ahli keluargaku, para muallim, sahabat dan teman-teman seperjuanganku. Limpahkanlah rahmatMu kepada kami. Amin ya rabb.

Dan tidak dilupa buat penyeri hati dan penyejuk mata, ayahanda dan bonda tercinta. Tanpa mereka, tidak lahir ku ke dunia ini. Mereka terlalu banyak berjasa dalam hidupku. Jasamu tetap akan ku kenang selalu. Sehingga ke akhir hayat. Hatta sampai ke gerbang syurga jika diizinkannya. Amin, insyaallah.

Buat teman-teman, terima kasih kepada yang mengewish.*eh, rojak*. Tegur-tegurlah jika aku berbuat silap. Aku ni hanya manusia. Nafsu selalu menguasai. Peringatkan aku tentang perkara yang perlu. Seperti yang kita tahu, manusia itu pelupa dan takkan lari dari kesilapan.

Antara yang wish gua melalui Facebook,



From Alif Lamra

From owner  Antara Aku, Dia Dan Kamu

From owner  Travelog Si Syabab Islam

From my baby. HAHAHA

From owner Zahirul Online

Okay yang lain tu sorry tak sempat lah. Bukan apa, ni pun rasa dah banyak. Sorry ya yang lain. Aku tetap appreciate wish korang walaupun kita tak pernah jumpa dan langsung tak kenal. Tapi kita still saudara seIslam kan kan? Sep sikit. *tetibe*

Tak lupa juga mereka yang wish gua kat Twitter,


Tengok tu zahirul, sampai dua kali. HAHAHA. Thanks kawan-kawan !

Kat twitter tak ramai. Maklumlah kita bukan tweetfemes. *kenyit mata*. Okay, lepas ni kalau ada orang wish aku lagi terima kasih aku ucapkan. Terima kasih ya korang. Doakan result SPM gua lulus dengan cemerlang walaupun gua tengah cuak seyh sekarang ni. But, think positive that I can do it. Yeah !!! I can do it. *menjerit tanpa segan*.

Terima kasih juga untuk plan Maxis dan Celcom kerana bagi call free. Tanpa kamu berdua, susahlah saya nak berhubung. Tapi gua takda siapa nak call. Maklumlah single. HEHE.

Okay, tu je kot untuk kali ni. Gua nak layan tv3 ni. Semoga aman kalian semua. Jumpa lagi di lain hari. Insyaallah. 

Charlobette. Wassalam.

p/s: "Semarakkan Cinta Rasul. Lima hari lagi. #CountdownMaulidNabi"












No comments: