Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera. Salam Maulidurrasul. Salam reformasi. Salam hijrah.
Alhamdulillah. Bersyukur kita masih dikurniakan nafas untuk menikmati nikmat Sambutan Maulidurrasul yang gua pasti dan yakin, setiap negeri di Malaysia sibuk mengadakan program-program yang bermanfaat. Syukur. Namun di sebalik keceriaan kita menyambut Maulidurrasul, pasti ada yang membenci program seperti ini. Bahkan lebih teruk, yang mengaku umat Baginda s.a.w. pun ada yang menolak. Takpe, mungkin mereka menganggap sebagai bida'ah. Ulama' sendiri yang faqih berbeza pendapat. Apatahlagi kita. Betul?
Perarakan di Seremban pagi tadi. |
Sejauh mana yang kita rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. Ya, mungkin ada yang menjawab, perarakan tu bida'ah. Perarakan itu tak perlu. Hasilnya, lihatlah berapa kerat? Bila ditanya cinta Rasulullah s.a.w.? Jawapannya cinta. Tapi bila meraikan kedatangan Maulud Nabi, sibuk diperbahas isu bida'ah. Apakah ini? Mana rasa cinta? Sudahlah tidak mahu berselawat, malah mecari masalah pula. Alhamdulillah bagi mereka yang menyambut. Tidak dinafikan ada, tetapi terlalu sedikit.
Tersentuh dengan kata-kata Ustaz Shahril long semalam. Hebat ingatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Boleh hafal surah, bilangan ke berapa dan ayat sekali. Hebat beliau ni. Hadith-hadith pun banyak yang dihafal. Moga Allah merahmati dakwahnya.
Ustaz: "Hang ingat nak masuk syurga senang? Selawat banyak-banayk dah boleh masuk syurga?"
Jemaah: *terdiam* *tekun mendengar barangkali*
Ustaz: "Nak masuk syurga Allah, tak cukup dengan selawat. Apa lagi? Solat? Zakat? Haji? Puasa? Cukupkah dengan itu semua kita nak masuk syurga kalau kita tak ikut apa yang diwahyukan kepada Baginda s.a.w. Cukup?" *nada tegas*
Ustaz: "Penghayatan yang paling penting dalam menyambut Maulid An-Nabiyyu s.a.w. berdasarkan 3M. Apa itu 3M?"
M yang pertama ialah :
Meyakini Al-Quran dan As-sunnah.
Kita semua perlu meyakini apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah dari segi hukum-hakam, ekonomi, perundangan, sosial dan politik serta pentdbiran kerana ia bukan datang dari calang-calang. Ianya datang dari Rabb Al-'Alamin. Tuhan pencipta kita kepada kekasih agungNya yang kita rindui. Bagaimana kita mempercayai Allah itu tuhan tapi dalam masa yang sama kita tidak meyakini apa yang diturunkan (al-quran) kepada Baginda Rasulillah s.a.w. kepada kita?
"Wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku."
(Hajjatul Wada')
Sunnah pula mengikut istilah syari'e ialah perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada percakapan, perbuatan, tingkah laku baginda. Dan perlu diingatkan, setiap yang datang daripada Rasulullah adalah wahyu daripada Allah. Buktinya firman Allah s.w.t dalam Surah An-Najm ayat 3-4:
"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada
Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."
M yang kedua ialah :
Mematuhi perintah Al-Quran dan As-Sunnah
Seperti hadis dan ayat yang dikemukakan di atas tadi, rasa-rasanya sudah cukup untuk menerangkan maksud M yang kedua ni. Tak faham? Nak dalil lagi? Okay okay. Ayat seterusnya ialah ayat berkaitan hudud. Kenapa hudud? Takde ayat lain ke? Sabar dulu. Kita kena yang segala yang diturunkan adalah perintah Allah. So, ayat tentang hudud juga kalam daripada Allah. Bukan sengaja. Tapi ini memang yang dah termaktub dalam Al-Quran. Hang nak tolak? Dengar dan berfikir. Firman Allah s.w.t.
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al Ma’idah : 45)
M yang ketiga ialah :
Memperjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Memperjuangkan di sini bermaksud Al-Quran dan As-Sunnah perlu diletak dan ditegakkan setinggi-tingginya menandingi apa-apa jenis Kitab termasuklah kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi terdahulu seperti Injil, Zabur, dan Taurat. Hatta Perlembagaan Malaysia pun perlu berada di bawah sekali. Mengamalkan kitab nabi terdahulu pun sudah jatuh HARAM, apatahlagi kitab yang direka oleh manusia sendiri sebagai benda yang dicipta oleh yang
dicipta.
Okaylah, setakat ini je perkongsian gua untuk Maulidurrasul. Insyaallah akan bersua kembali.
Hadza wa billahi at-taufiq. Barakallahu fikum.
p/s: Maaflah entri kali ni panjang sikit. Baru namanya perkongsian. Betul tak? HEHE
No comments:
Post a Comment