Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

10 January 2013

Saya Bebas Penyakit !!!

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat petang. Salam kepenatan *lambai tangan gaya model*

Seharian berada di klinik. Amat memenatkan. Menunggu giliran memang memenatkan dan membuat sesiapa sahaja menyampah. Apatah lagi bila ada insan yang potong que. Pergh ! Tu lagi bertambah menyirap. *geraaamm*. Rasa nak sepak terajang je. Tapi tak sanggup diluahkan oleh perbuatan, hanya mampu membenci dan terus membenci. Haih, sungguh lemah iman ini ! Lagipun mereka terlalu tua untuk diperlakukan sebegitu rupa. Huhuhu ...

bilangan menungggu 9 ...

bukan nombor ekor !!!


Saya Bebas penyakit ?? Tajuk bajet macam nak mencapub atau lebih spesifik untuk dikrik-krikkan. Haha, suka hati den lah. Syukur alhamdulillah laah, gua bebas dari penyakit merbahaya. Syukur, syukur. 

Sebenarnya sebelum gua jumpa doktor tadi, fikiran gua dah melayang-layang ibarat layang-layang yang dilayangkan oleh pemain layang-layang. Gua dah terfikir kalaulah andaian doktor tu betul, ibarat layang-layang putus tali lah hidup gua. Hahaha !! Time ni fikir mati dah dekat mati dah dekat je. Tambah pulak doktor ni cerita macam-macam. Buat takut aku. Hampehh !! Fuh, mendebarkan !! Dah lah belum kahwin, tetiba ada penyakit berbahaya pulak. *errr...*

krik krik krik ...


Alhamdulillah, selera makan aku pun dah stabil. Semua makanan sedap tak sedap aku bedal.  Aku pun dah rasa berat badan dah macam naik sikit. Dan aku dah timbang tadi. Nasib baik tak naik gila gila. Harap-harap maintain lah enam puluh kg. Dah empat bulan gua tak masuk padang bola. Rasa excited gila nih. Tak sabar tak sabar tak sabar !!! *buat gaya Lisa Surihani* Hahaha ..

Kepada kengkorang semua, kalau ada sakit-sakit walaupun batuk sikit-sikit, pergilah jumpa doktor cepat-cepat. Suruh diorang check. Bukan kena bayar pun. Takut-takut penyakit korang tu boleh membawa jangkitan kepada orang lain. Bahaya tu !! Jangan jadi macam den, dah sebulan batuk baru nak jumpa doktor. Nasib baik takde ape-ape. Alhamdulillah, bersyukur sangat gua !!!

Chop-chop, cukuplah entri kali ni. Gua nak rest. Korang semua, selamat berehat. Eh, yang kerja jangan nak curi rehat. Nak rehat, ambil MC. Hahaha !!!

Charlobette. Wassalam.

p/s: "Mencegah lebih baik dari merawat."

2 comments:

Husna Humairah said...

saya follow dari kesatuan blogger team hijrah :)

mahriz said...

Ya. Terima kasih..