Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

06 February 2013

Wordless Wednesday #3: Bersederhana

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera. Salam kedamaian. Salam reformasi. Selamat tengah hari.




p/s: 

Wordless Wednesday ialah hari para blogger mengepost gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan, biar gambar berbicara. Anda nilailah sendiri apa maksudnya.





27 January 2013

Mari Bersama Ulama' #1

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera. Salam hormat. Salam reformasi.

Selamat petang. Apa khabar iman kalian hari ini? Makin merudum atau makin menggunung tingginya? Sama-sama lah kita muhasabah. Rugilah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam. Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” 

Petang ni aku nak kongsi biodata seorang ulama' yang boleh dikatakan tersohor. Mari kita mengenali beliau. Beliau yana dimaksudkan ialah Syeikh Abdul Qadir seorang Murabbi dan Mursyid dari Negeri Serambi Makkah, Kelantan. 



Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar. 

Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah. 

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah. 

Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau. 

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau. 

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya.Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain,masyaALLAH..begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa.Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni pok su musa mendoakan ambo dan meniup doanya diatas kepala ambo yang hina ini disisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tampa ambo memberi tahu kepadanya.SubhanaALLAH. 

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok. 

Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu. 

Okay sekadar itu perkongsian petang ini. Bertemu lagi di lain kali. Cewaahh ! 

Charlobette. Wassalam.

Sumber: Facebook semata

p/s: "Ulama' warathatu al-anbia'."

24 January 2013

3 M dalam Maulidurrasul

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera. Salam Maulidurrasul. Salam reformasi. Salam hijrah.

Alhamdulillah. Bersyukur kita masih dikurniakan nafas untuk menikmati nikmat Sambutan Maulidurrasul yang gua pasti dan yakin, setiap negeri di Malaysia sibuk mengadakan program-program yang bermanfaat. Syukur. Namun di sebalik keceriaan kita menyambut Maulidurrasul, pasti ada yang membenci program seperti ini. Bahkan lebih teruk, yang mengaku umat Baginda s.a.w. pun ada yang menolak. Takpe, mungkin mereka menganggap sebagai bida'ah. Ulama' sendiri yang faqih berbeza pendapat. Apatahlagi kita. Betul?


Perarakan di Seremban pagi tadi.



Sejauh mana yang kita rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. Ya, mungkin ada yang menjawab, perarakan tu bida'ah. Perarakan itu tak perlu. Hasilnya, lihatlah berapa kerat? Bila ditanya cinta Rasulullah s.a.w.? Jawapannya cinta. Tapi bila meraikan kedatangan Maulud Nabi, sibuk diperbahas isu bida'ah. Apakah ini? Mana rasa cinta? Sudahlah tidak mahu berselawat, malah mecari masalah pula. Alhamdulillah bagi mereka yang menyambut. Tidak dinafikan ada, tetapi terlalu sedikit.

Tersentuh dengan kata-kata Ustaz Shahril long semalam. Hebat ingatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Boleh hafal surah, bilangan ke berapa dan ayat sekali. Hebat beliau ni. Hadith-hadith pun banyak yang dihafal. Moga Allah merahmati dakwahnya.

Ustaz: "Hang ingat nak masuk syurga senang? Selawat banyak-banayk dah boleh masuk syurga?"

Jemaah: *terdiam* *tekun mendengar barangkali*

Ustaz: "Nak masuk syurga Allah, tak cukup dengan selawat. Apa lagi? Solat? Zakat? Haji? Puasa? Cukupkah dengan itu semua kita nak masuk syurga kalau kita tak ikut apa yang diwahyukan kepada Baginda s.a.w. Cukup?" *nada tegas*

Ustaz: "Penghayatan yang paling penting dalam menyambut Maulid An-Nabiyyu s.a.w. berdasarkan 3M. Apa itu 3M?"

M yang pertama ialah :

Meyakini Al-Quran dan As-sunnah.

Kita semua perlu meyakini apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah dari segi hukum-hakam, ekonomi, perundangan, sosial dan politik serta pentdbiran kerana ia bukan datang dari calang-calang. Ianya datang dari Rabb Al-'Alamin. Tuhan pencipta kita kepada kekasih agungNya yang kita rindui. Bagaimana kita mempercayai Allah itu tuhan tapi dalam masa yang sama kita tidak meyakini apa yang diturunkan (al-quran) kepada Baginda Rasulillah s.a.w. kepada kita?


"Wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku."

(Hajjatul Wada')


Sunnah pula mengikut istilah syari'e ialah perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada percakapan, perbuatan, tingkah laku baginda. Dan perlu diingatkan, setiap yang datang daripada Rasulullah adalah wahyu daripada Allah. Buktinya firman Allah s.w.t dalam Surah An-Najm ayat 3-4:

"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada 
Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."


M yang kedua ialah :

Mematuhi perintah Al-Quran dan As-Sunnah

Seperti hadis dan ayat yang dikemukakan di atas tadi, rasa-rasanya sudah cukup untuk menerangkan maksud M yang kedua ni. Tak faham? Nak dalil lagi? Okay okay. Ayat seterusnya ialah ayat berkaitan hudud. Kenapa hudud? Takde ayat lain ke? Sabar dulu. Kita kena yang segala yang diturunkan adalah perintah Allah. So, ayat tentang hudud juga kalam daripada Allah. Bukan sengaja. Tapi ini memang yang dah termaktub dalam Al-Quran. Hang nak tolak? Dengar dan berfikir. Firman Allah s.w.t. 

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” 

(Surah Al Ma’idah : 45)

M yang ketiga ialah :

Memperjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Memperjuangkan di sini bermaksud Al-Quran dan As-Sunnah perlu diletak dan ditegakkan  setinggi-tingginya menandingi apa-apa jenis Kitab termasuklah kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi terdahulu seperti Injil, Zabur, dan Taurat. Hatta Perlembagaan Malaysia pun perlu berada di bawah sekali. Mengamalkan kitab nabi terdahulu pun sudah jatuh HARAM, apatahlagi kitab yang direka oleh manusia sendiri sebagai benda yang dicipta oleh yang 
dicipta. 


Okaylah, setakat ini je perkongsian gua untuk Maulidurrasul. Insyaallah akan bersua kembali. 
Hadza wa billahi at-taufiq. Barakallahu fikum. 

p/s: Maaflah entri kali ni panjang sikit. Baru namanya perkongsian. Betul tak? HEHE





23 January 2013

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera. Salam reformasi. 


p/s: 

Wordless Wednesday ialah hari para blogger mengepost gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan, biar gambar berbicara. Anda nilailah sendiri apa maksudnya.


19 January 2013

Kelebihan Selawat by Tok Ayah Musa ...

Assalamaulaikum w.b.t.
Selamat malam. Salam sejahtera. Salam kemaafan. Salam reformasi. 

Insyaallah malam ni kita santai-santai tengok video yang boleh mengalirkan air mata ni. Di samping muhasabah diri dan memperbaiki kesilapan selama ini. Selamat menonton ...




Ayuh kita mulakan. Berselawatlah ke atas Baginda s.a.w. setiap masa walau di mana jua. Tak rugi pun. *pesanan untuk diri*.

Sekian. Wassalam.

p/s: 
"Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)

18 January 2013

Terima Kasih Semua ...

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat malam. Salam sejahtera. Salam perubahan #KL112. *erk..*

Setinggi kesyukuran terhadap Ilahi kerana keizinannya kita masih bernyawa sehingga ke hari ini. Selawat dan salam buat baginda tercinta Sayyiduna Habibuna Rasulillah s.a.w. Berkat baginda menyebarkan Islam, dengan kegigihan, mudah-mudahan kita beroleh rahmatNya. Insyaallah.


Gambar Sekadar Hiasan


Alhamdulillah. Hari ni genap usia aku 18 tahun. Macam tak percaya je dah besar kan? Dah tua berjanggut. HAHA. Eh eh, belum tua lagi. Baru 18 okey. Aku masih muda. *tak mengaku tua*.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur dikurnia nyawa olehNya sehingga dapat menikmati hari seperti ini. Dan sangat berterima kasih kepada Junjungan Agung Baginda Nabi s.a.w. kerana ajaran yang dibawa olehnya. Tanpa kasih sayang Allah, hambaMu ini bagaikan layang-layang yang terputus tali. Sungguh kerdil diri ini. Ampunkan kesilapan daku selama ini. Berikan jua keampunanMu untuk kedua orang tuaku dan seluruh ahli keluargaku, para muallim, sahabat dan teman-teman seperjuanganku. Limpahkanlah rahmatMu kepada kami. Amin ya rabb.

Dan tidak dilupa buat penyeri hati dan penyejuk mata, ayahanda dan bonda tercinta. Tanpa mereka, tidak lahir ku ke dunia ini. Mereka terlalu banyak berjasa dalam hidupku. Jasamu tetap akan ku kenang selalu. Sehingga ke akhir hayat. Hatta sampai ke gerbang syurga jika diizinkannya. Amin, insyaallah.

Buat teman-teman, terima kasih kepada yang mengewish.*eh, rojak*. Tegur-tegurlah jika aku berbuat silap. Aku ni hanya manusia. Nafsu selalu menguasai. Peringatkan aku tentang perkara yang perlu. Seperti yang kita tahu, manusia itu pelupa dan takkan lari dari kesilapan.

Antara yang wish gua melalui Facebook,



From Alif Lamra

From owner  Antara Aku, Dia Dan Kamu

From owner  Travelog Si Syabab Islam

From my baby. HAHAHA

From owner Zahirul Online

Okay yang lain tu sorry tak sempat lah. Bukan apa, ni pun rasa dah banyak. Sorry ya yang lain. Aku tetap appreciate wish korang walaupun kita tak pernah jumpa dan langsung tak kenal. Tapi kita still saudara seIslam kan kan? Sep sikit. *tetibe*

Tak lupa juga mereka yang wish gua kat Twitter,


Tengok tu zahirul, sampai dua kali. HAHAHA. Thanks kawan-kawan !

Kat twitter tak ramai. Maklumlah kita bukan tweetfemes. *kenyit mata*. Okay, lepas ni kalau ada orang wish aku lagi terima kasih aku ucapkan. Terima kasih ya korang. Doakan result SPM gua lulus dengan cemerlang walaupun gua tengah cuak seyh sekarang ni. But, think positive that I can do it. Yeah !!! I can do it. *menjerit tanpa segan*.

Terima kasih juga untuk plan Maxis dan Celcom kerana bagi call free. Tanpa kamu berdua, susahlah saya nak berhubung. Tapi gua takda siapa nak call. Maklumlah single. HEHE.

Okay, tu je kot untuk kali ni. Gua nak layan tv3 ni. Semoga aman kalian semua. Jumpa lagi di lain hari. Insyaallah. 

Charlobette. Wassalam.

p/s: "Semarakkan Cinta Rasul. Lima hari lagi. #CountdownMaulidNabi"












10 January 2013

Saya Bebas Penyakit !!!

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat petang. Salam kepenatan *lambai tangan gaya model*

Seharian berada di klinik. Amat memenatkan. Menunggu giliran memang memenatkan dan membuat sesiapa sahaja menyampah. Apatah lagi bila ada insan yang potong que. Pergh ! Tu lagi bertambah menyirap. *geraaamm*. Rasa nak sepak terajang je. Tapi tak sanggup diluahkan oleh perbuatan, hanya mampu membenci dan terus membenci. Haih, sungguh lemah iman ini ! Lagipun mereka terlalu tua untuk diperlakukan sebegitu rupa. Huhuhu ...

bilangan menungggu 9 ...

bukan nombor ekor !!!


Saya Bebas penyakit ?? Tajuk bajet macam nak mencapub atau lebih spesifik untuk dikrik-krikkan. Haha, suka hati den lah. Syukur alhamdulillah laah, gua bebas dari penyakit merbahaya. Syukur, syukur. 

Sebenarnya sebelum gua jumpa doktor tadi, fikiran gua dah melayang-layang ibarat layang-layang yang dilayangkan oleh pemain layang-layang. Gua dah terfikir kalaulah andaian doktor tu betul, ibarat layang-layang putus tali lah hidup gua. Hahaha !! Time ni fikir mati dah dekat mati dah dekat je. Tambah pulak doktor ni cerita macam-macam. Buat takut aku. Hampehh !! Fuh, mendebarkan !! Dah lah belum kahwin, tetiba ada penyakit berbahaya pulak. *errr...*

krik krik krik ...


Alhamdulillah, selera makan aku pun dah stabil. Semua makanan sedap tak sedap aku bedal.  Aku pun dah rasa berat badan dah macam naik sikit. Dan aku dah timbang tadi. Nasib baik tak naik gila gila. Harap-harap maintain lah enam puluh kg. Dah empat bulan gua tak masuk padang bola. Rasa excited gila nih. Tak sabar tak sabar tak sabar !!! *buat gaya Lisa Surihani* Hahaha ..

Kepada kengkorang semua, kalau ada sakit-sakit walaupun batuk sikit-sikit, pergilah jumpa doktor cepat-cepat. Suruh diorang check. Bukan kena bayar pun. Takut-takut penyakit korang tu boleh membawa jangkitan kepada orang lain. Bahaya tu !! Jangan jadi macam den, dah sebulan batuk baru nak jumpa doktor. Nasib baik takde ape-ape. Alhamdulillah, bersyukur sangat gua !!!

Chop-chop, cukuplah entri kali ni. Gua nak rest. Korang semua, selamat berehat. Eh, yang kerja jangan nak curi rehat. Nak rehat, ambil MC. Hahaha !!!

Charlobette. Wassalam.

p/s: "Mencegah lebih baik dari merawat."

07 January 2013

Kebaculan Apakah ???

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat malam everybody. Lama sudah blog ini tidak diupdate. Aku bukan apa, ketandusan idea je. Hehe.. Sedar tak sedar dah seminggu berada dalam mood 2013. Huh !! Sangat membosankan cuti-cuti begini. Terasa mahu kembali segera ke ITQAN. *angkat tangan ke dada, mata jeling ke atas* *buat gaya Mak Jemah*

Hahahaha... !!!*tetibe gelak*

Akibat kebosanan yang melampau, aku sebagai anak muda cuba ingin mencari hiburan. Yaa, hiburan yang boleh menghiburkan hati dan mengisi kekosongan masa dan jiwa. Oppsss !!! Bukan hiburan melalaikan seperti di kaca tv atau kaca apa-apa laaahhh ... 

Bersiar-siar di laman youtube, gua terjumpa sesuatu. Jap-jap gua search balik. Haaa, okay gua dah jumpa. Korang tengok video ni sampai habis, till the end dulu ye. Selamat menonton !!!


Dah tengok belum? Belum? Pi tengok sana cepaaattt !!! Dah tengok baru korang faham motif aku. 
Hehe !!

Tolonglah ye korang. Jangan jadikan diri kalian seperti watak-watak bacul dalam video ni. 

Sekian. Wassalam.


p/s:

"Orang yang bacul selamanya takkan berani."

02 January 2013

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum w.b.t.



Wassalam ...


p/s: 

Wordless Wednesday ialah hari para blogger mengepost gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan, biar gambar berbicara. Anda nilailah sendiri apa maksudnya.