Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

18 September 2011

Ibu Bapa Aset Berharga

“Ah, ih, uh.”
“Asyik-asyik orang je.”


Zaman kian moden. Anak-anak masa kini seolah-olah tidak menghiraukan nasihat ibu bapa mereka. Mereka beranggapan bahawa apabila meningkat sahaja ke umur remaja, ibu bapa tidak perlu menghiraukannya. Malanglah bai kalangan remaja yang beranggapan seperti ini. Mereka seperti tidak mempunyai ilmu dan pemikiran yang betul atau lebih senang digelar berfikiran sempit-sesempitnya. Sejauh mana kebenaran fakta yang direka sendiri oleh mereka ini. Rujuklah al-quran, hadis-hadis dan kitab yang berkaitan.


Abu Al-Laits melalui sanadnya dari Atha’ berkata :


“ Nabi Musa berdoa kepada Allah s.w.t : Ya Allah, berilah peringatan kepadaku. Firman Allah : Tetaplah denganKU. Baginda berkata lagi : Berilah peringatan kepadaku. Firman Allah s.w.t . : Taatlah kepada ibumu. Baginda berkata lagi : Berilah peringata kepadaku. Firman Allah s.w.t. : Taatlah kepada ibumu. Baginda berkata lagi : Berilah peringatan kepadaku. Firman Allah s.w.t. : Taatlah kepada ayahmu. ”


Berkata Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah didatangi seseorang lalu berkata :


“ Saya ingin berjihad(perang fi sabilillah). Nabi bertanya: Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Jawabnya : Ya, kedua orang tuaku masih hidup. Nabi bersabda: Di dalam melayani keduanya harus berjihad.”


Hadis di atas telah cukup bererti dan mudah difahami oleh umat Islam sepatutnya. Namun masih ada di antara kita yang meremeh temehkan perkara ini sedangkan ianya amatlah di titik beratkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadisnya seperti contoh di atas. Rasanya kita semua telah mengetahui kisah seorang sahabat bernama Al-Qamah. Hanya kerana beliau tidak menziarahi ibunya hanya sekali, timbul rasa tidak redha dari hati ibunya. Itu baru sekali. Apatah lagi kita yang sudah terlalu banyak dosa dengan ibu bapa.


“Redha Allah s.w.t bergantung pada keredhaan ibu bapa kita.”


Firman Allah s.w.t dalam Al-QuranNYAYang Maha Agung bermaksud :


“ ……syukurlah kepadaKUdan kepada kedua ibu bapamu……”


p/s:  Ujian dan cabaran buat diri untuk mengamalkannya memang ada. Kita pelu terus tabah mengahadapi ujian tersebut

04 September 2011

Ya Allah Kau tunjukkanlah



Salinan dari blog Tukar TiubMat Indera Nasionalis Bangsa 


INI PEMBUNUH ARAB

NOTA:

Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney KCMG K.St.J. (27 June 1898–6 October 1951) yang dibunuh oleh gerila pembebasan rakyat malaya ialah bekas tentera british yang telah membunuh banyak rakyat Palestin. Sebelum datng ke tanah melayu henry gurney telah bertugas di palestin. Ini lah tanda solidariti setiakawan rakyat tanah melayu dengan rakyat palestin lebih awal dari heboh heboh naik kapal ke Gaza. 

SURAT DARI PEMBACA


Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu)termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong. Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termas...uk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka' dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM. Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu.

Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan. 20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.

Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu.

Orang melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak’ British maka umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney dibeberapa tempat di negara ini.

Celaka umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak’ British dan `binatang ternak’ setan, umno adalah `thoghut’ dulu dan kini. Dari sudut hukum yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah, jadi ahli umno atau menyokong umno/BN adalah HARAM, oleh itu dipenghujung Ramadhan yang mulai ini keluarlah beramai-ramai daripada umno/BN dan bertaubatlah, sementara nyawa dikandung badan...."


GERILA MENENTANG JEPUN DAN BRITISH



sambung... Kekejaman dan kezaliman Penjajah British: Menjajah Tanah Melayu, Melakukan pembohongan dengan melabelkan penentang British sebagai musuh dan berhaluan kiri, melantik askar dari orang melayu (termasuk SC, Home Guard Dll) hanya untuk mempertahankan kuasa British, membawa masuk Henry Gurney yang telah membunuh ratusan umat Islam di Palestin bahkan polis2 yang dibawa masuk juga adalah yang pernah membunuh umat Islam di Palestin, British menangkap dan membunuh rakyat yang enggan membayar cukai serta hartabenda dirampas, menjatuhkan hukuman gantung ke atas Adnan, Mat Indera, Nordin dan yang mati di medan pertempuran ialah Sudin dari Perak, Hidir, Ali Boyok dari selangor, Yusof, Manap dan Hj Ramli dari Pahang dan ramai lagi yang terkorban kerana menentang penjajah British.

Penentang penjajah British berdepan dengan polis2 British yang ...dibawa masuk dari Palestin dan mereka ini telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin, bersalahkah golongan berhaluan kiri melayu dan bukan melayu termasuk PKM yang melawan dan membunuh polis British yang tangan mereka berlumuran dengan darah rakyat Palestin?

pada 1953 menghalau dengan kejam penduduk Kg Jenderam yang menentang British dan kg itu dibom dan dihanguskan, penduduk Kg Belum dihalau ke Gerik dan Kelantan dan semua rumah dibakar, pokok buah2an ditebang dan ternakan ditembak mati. Malang sungguh nasib yang menimpa mereka kerana pada masa yang sama pimpinan umno sedang berasmara dengan British dan mendapat berbagai habuan dunia dari British... Ya Allah musnahkanlah dan hancurkanlah umno dan pimpinannya...Aamiin......

Hak Seorang Anak.

Walaupun zaman kini telah moden, namun masih ada pemikiran sesetengah ibu bapa yang masih jauh ketinggalan tanpa mengetahui kebenarannya. Masih ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan bahawa mereka mempunyai kuasa “veto” terhadap anak-anaknya. Dan anak-anaknya pula perlu sentiasa mendengar dan mentaati perintahnya hatta sampai melebihi ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. Mereka beranggapan bahawa anak-anaknya tiada hak ke atasnya apabila anaknya menegur walaupun dengan cara baik, mereka mengatakan yang anak mereka itu kurang ajar.Sejauh manakah kebenaran bahawa seorang anak tidak mempunyai hak ke atas ibu bapanya.

Dikisahkan bahawa pada suatu hari Saidina Umar r.a telah didatangi seseorang lalu berkata:   

“Putraku ini durhaka kepadaku.” Lalu Umar r.a. berkata kepada putra itu : “Apakah engkau tidak takut akan ALLAH setelah engkau berbuat derhaka kepada bapamu?” Putra itu bertanya kepada Umar a.r. : “Ya amirul mukminin, adakah seorang anak tiada hak ke atas bapanya?” Umar r.a. menjawab : “Ada iaitu pertama, hak memilihkan ibu yang bangsawan jangan sampai tercela kerananya. Kedua, harus memberinya dengan nama yang baik. Ketiga harus mengajarkannya Kitabullah. Putra itu berkata : “Demi ALLAH dia tidak memilihkan untukku ibuku, dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham, dan itu ibuku. Dia tidak memberi nama yang baik kepadaku. Aku diberi nama kelawar jantan. Aku tidak diajari ayat-ayat ALLAH walau satu ayat.” Umar r.a. lantas menoleh kepada bapanya lalu berkata : “Engkau telah menderhakai ankmu terlebih dahulu sebelum ia menderhakaimu. Pergilah engkau dari sini.”    
        
Namun buat si anak, kita masih ada batasan dalam menegur. Kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati mereka. Sebaik-baiknya, bermusyawarah adalah satu jalan yang terbaik dalam membentuk keluarga, bangsa, agama dan negara yang harmoni. Janganlah kita berkata yang tidak sopan kerana firman ALLAH S.W.T. :

“……….dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa……..”
Al-Baqarah : 83

Dalam bait lagu Azimat Ibunda oleh Far East ada menyebut :

“ setitis air mata ibu,
 yang gugur kerana kesedihan,
 segaris luka di hati ibu,
 kerna kederhakaan,
 tertutup pintu syurga,
 jika tiada keampunannya. ”

Dan buat ibu bapa pula, harus difikirkan pendapat anak-anakmu itu. Kerana setiap insan di dunia ini mempunyai hak dan kebebasan bersuara hatta kaum kafir pun ada hak mereka. Takkan kita orang Islam ni taak boleh nak bagi pendapat langsung. Dan ingatlah wahai ibu bapa bahawa mereka kelak  akan mewarisimu. Jika kamu salah, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak langkahmu kelak.

p/s: Jika ada melakukan kesalahan kepada ibu bapa, pergilah memohon ampun dengan segera. Kerana hidup ini tidak kekal lama. Mungkin esok atau lusa kita akan pergi meninggalkan mereka atau sebaliknya. Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam ukhuwah fillah, wassalam.

01 September 2011

Syukurkah kita??

Maha Suci ALLAH dan segala puji bagiNYA yang telah mengurniakan kepada kita Al-Quran yang penuh barakah sebagai panduan dari generasi ke generasi dan melebihkan Ummat Nabi Muhammad berbanding  ummat-ummat yang sebelumnya. Alhamdulillah, syukur padaMU  Ya ALLAH. Pujian bagiMU sehingga mencapai tahap keredhaanMU.

Nabi Muhammad S.A.W . telah bersabda:

“ Yang sangat aku khuatirkan ke atas kalian ialah syirik kecil. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu? Rasulullah menjawab: Syirik kecil itu ialah riya’. Pada hari penghitungan kelak ALLAH S.W.T berkata kepada mereka : Pergilah kamu kepada orang yang dahulu kamu melakukan amal di dunia hanya kerananya, lihatlah di sana kalau kamu mendapat kebaikan darinya.”

Menurut Abu Al-Laits : Dikatakan oleh Baginda sedemikian rupa kepada mereka kerana amal perbuatan yang mereka lakukan ketika di dunia hanyalah olok-olok. Maka, ianya dibalas begitu.

Riya’ adalah sejenis penyakit hati yang terdapat dalam diri setiap insan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kita masih boleh mengawalnya dan terus membuangnya jauh dari hidup kita. Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib diri mereka sendiri.”
Ar-Ra’d : 11

Konklusinya, adakah amalan yang kita lakukan selama ini benar-benar ikhlas? Sungguh Ya ALLAH, kami tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri kami sendiri Ya ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang. Amin Ya Rabbul ‘Aziz.

Taqabbalallahu minnna wa minkum. Salam ukhuwah fillah. Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.