Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

31 July 2011

Ramadhan Tembok Nafsu. Dah Sedia???

Assalamualaikum, salam hormat dan salam ukhuwah fillah buat pembaca. Insyaallah, beberapa jam lagi kita akan berangkat menuju ke bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Semoga kita mendapatkan apa yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. :

“Amat rugi seseorang yang telah datang kepadanya satu bulan(Ramadhan),
tanpa terhapus walau sedikit daripada dosa-dosanya yang lalu.”

Fokus pada entri kali ni. Belum sempat masuk bulan Ramadhan, dah bersepah iklan tentang raya, juadah berbuka puasa seperti makanan, minuman dan kuih-muih. Pihak media ni tak takut ke semua perbuatan ni boleh menyebabkan terbatalnya puasa seseorang. Maaflah aku tak dapat nak tunjuk iklan-iklannya sebab puas aku geledah tapi tak jumpa. Hanya terdapat di kaca televisyen sahaja. Tak percaya? Korang tengok je la televisyen korang.

Pihak media di Malaysia tak nak ke buat iklan sempena Ramadhan camni????
Harap-harap ada lah(harapan).

p/s: Besarkan Ramadhan. selamat menjalani ibadah di bulan ini. Salam ukhuwah fillah.

No comments: