|
Ahlan wasahlan ya Syaaban!!!! |
Rejab baru sahaja berlalu. Kini Takwim Islam terus berganti dan bertukar ke slah saru bulan yang dimulaiakan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu bulan Syaaban. Bulan Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan (lebih kurang sama je macam bulan Islam yang lain).
Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah' kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya iaitu bulan Ramadhan yang lebih dikenali sebagai bulan dugaan kerana keadaan cuaca yang panas.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut sejarah Islamiah, baginda Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa malam ini(Nisfu Syaaban) Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.
Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban sebagaimana hadis:
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
(Al-Hadis).
Di sini, saya ingin berkngsi kepada para pembaca tentang kelebihan di bulan Syaaban ini. Antaranya :
|
|
Bersama kita menggapainya!!!!!!!!!! |
· Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat.
Dalam bulan ini, Allah banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya.
Mengenai rahmat Allah ini,
Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya:
“Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-Nya pada bulan ini.”
Hadis ini bermaksud, Allah menerima semua amalan yang dilakukan oleh
hamba-Nya pada bulan ini. Rasulullah juga pernah memberitahu kalangan
sahabat mengenai bulan Syaaban. Bulan terbabit dinamakan demikian
kerana pada bulan itu, Allah banyak memberikan rahmat kepada hamba-Nya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Adakah kamu semua tahu kenapa dinamakan Syaaban?
Kalangan sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda berkata: Kerana di dalam bulan itu kebaikan berkembang dengan banyak sekali.”
· Orang yang berpuasa pada bulan ini amat besar pahalanya.
Rasulullah pernah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa berpuasa tiga hari daripada permulaan Syaaban, pada tiga hari pertengahannya
dan tiga hari akhirnya, maka Allah S.W.T akan mencatat baginya pahala 70 orang nabi
dan ia adalah seperti orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun.
Andainya ia mati di tahun itu, ia adalah seperti orang mati syahid.”
Dalam riwayat yang lain dikatakan, antara kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban itu ialah:
· Sesiapa yang berpuasa pada Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban,
akan diampunkan dosanya. · Mereka yang berpuasa pada Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban,
akan dimasukkan ke dalam syurga. · Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban, akan diharamkan
tubuhnya daripada api neraka dan masuk syurga. · Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas Nabi
sebelum berbuka puasa akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya. · Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban,
akan dimudahkan Allah ketika sakratul maut,
terlepas daripada seksa kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat
dan diwajibkan baginya syurga.
p/s: Marilah bersama-sama kita memanfaatkan bulan ini dengan sebaiknya berlandaskan
sunnah baginda dan dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan yang mulia bagi
Ummah Islam, bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba. Sekian, salam ukhuwah fillah
dari penulis kepada rakan pembaca. |
No comments:
Post a Comment