Assalamualaikum, salam hormat dan salam ukhuwahfillah. Alhamdulillah sedar tak sedar, dah hampir setengah bulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadhan pada tahun ini. Mudah-mudahan kita berjaya memanfaatkannya dan mudah-mudahan juga Ramadhan kita pada kali ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan yang sebelumnya.
Kali ini M.I.O nak post entri tentang Nuzul Al-Quran. Korang tahu apa makna Nuzul Al-Quran? Bila, bagaimana dan berapa kali ia diturunkan? Kalau nak tahu, teruskan membaca entri ini ya.
Perkataan “ Nuzul”(نزول) adalah berasal dari perkataan Arab yang bererti “ Penurunan ” dan kata asal bagi perkataan ini ialah “ Nazala ”(نزل) iaitu “ Turun ”. Manakala Al-Quran itu sendiri membawa maksud kalam ALLAH S.W.T. yang diturunkan kepada nabi utusan akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Seterusnya, penurunan Al-Quran dilakukan melalui tiga peringkat. Pada peringkat pertama, sebelum penurunan Al-Quran dari ALLAH S.W.T. ke dunia, ianya berada di Luh Mahfuz. Ini dibuktikan melalui firmanNYA dalam Surah Al-Buruj (21-22):
Ertinya : Bahkan (yang didustakan oleh mereka itu ) ialah Al-Quran yang mulia.
Yang tersimpan di Luh Mahfuz.
Pada peringkat kedua pula, ia diturunkan di suatu tempat yang bernama Bait Al-I’zzah iaitu di langit dunia (wallahua’alam. Tak tau aku kat mana langit dunia tu ). Proses ini berlaku pada suatu malam yang pernuh barakah iaitu pada malam Al-Qadr. Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Qard (1) :
Ertinya : Sesungguhnya Kami turunkan ( Al-Quran ) pada malam Al-Qard.
Dan pada peringkat terakhir, Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Bait Al-I’zzah kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril A.S. Firman ALLAH S.W.T dalam Surah As-Syu'ara' (192-195) :
Ertinya : Dan sesungguhnya (Al-Quran) benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.
Ia dibawa oleh Ruh Al-Amin (Malaikat Jibril A.S.).
Ke dalam hatimu agar kamu menjadi
seorang yang memberi peringatan. Dengan bahasa Arab yang jelas (mudah).
No comments:
Post a Comment