Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

05 May 2012

Sedar atau Tidak?


Salam ukhuwah fillah.

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya, diizinkan jua olehNya untuk ana mengisi ruangan yang telah ditinggalkan terlalu lama. Bukan kerana malas, tetapi kesibukan yang melampau. Maklumlah, menjadi pelajar bukannya mudah. Lebih-lebih lagi yang menetap di asrama macam ana.

Apabila diperkatakan tentang ketibaan imtihan, sesetengah malahan hampir semua pelajar akan merungut. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan keluhan. Memang. Memang berat rasanya apabila ditimpa imtihan. Ana sendiri turut mengalaminya. Insyaallah, pada kesempatan ini ana akan berkongsi sedikit tentang suatu tabiat atau fi’il yang biasa dilakukan oleh sesetengah pelajar ketika menghadapi peperiksaan tanpa memikirkan musibahnya bersempena dengan bulan peperiksaan pada kali ini.

في الامتحان حرام  الغش

Ertinya : “Menipu di dalam peperiksaan adalah haram.”

“Kami tidak meniru, kami berbincang…..”
“Kami tidak meniru, kami bertanya…….”

Yang ingin diperkatakan dalam kenyataan itu bukan hanya isu meniru semata. Dalam ungkapan itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat. Jika kita perhatikan, perkataan  الغش itu sendiri yang membawa maksud khianat atau menipu. Ya, pengkhianatan pada suatu amanah yang telah diberikan. Penipuan yang bakal mengundang kemurkaan Yang Maha Agung. Tidak kiralah apa jua bentuk penipuan sama ada perbincangan ataupun pertanyaan yang dapat menghasilkan sebuah jawapan yang bukan datang dari buah fikiran sendiri, ia tetap dikira menipu dan hukumnya HARAM. Tiada istilah ‘musyawarah’ ketika imtihan sedang berlangsung.

Sabda Rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Barangsiapa yang menipu ,
maka dia bukanlah dari golongan kami.”
(H.R Imam Bukhari)

Yang HARAM itu tetap HARAM dan yang DOSA itu tetap DOSA meskipun jalannya terselit sedikit kebaikan.
Teringat ana pada kata-kata seorang murabbi ;

Cuba antum bayangkan dengan keputusan antum yang ‘cemerlang’ hasil daripada jawapan yang datang bukan dari antum itu, antum gunakan untuk mencari pekerjaan. Adakah antum fikir hasilnya itu halal buat antum sekalian? Fikir-fikirkanlah dan muhasabah diri….”

Yang menyedihkan ana, terdapat segelintir pelajar yang tergamak membawa bahan ‘toyol’ mereka ke dalam tandas. Sudahlah meniru, dibawanya pula ilmu itu ke tandas. Lebih teruk lagi apabila ‘toyol-toyol’ mereka itu mengandungi kalam-kalam suci dari Ilahi dan sabda-sabda Baginda yang di sanjung tinggi dibawa ke tempat yang kotor lagi hina. Malahan ada yang selamba membawa atau menyorokkan Kalamullah itu di bawah-bawah sinki dan celahan pam tandas. Kepercayaan apa yang mereka imani? Luaran Islam, tapi sanggup mempersendakan agamanya sendiri.

Ingatlah, tidak mendatangkan sedikit keuntungan pun jika kalian berterusan bersikap begini. Ana menulis tentang isu ini pun bukan bermakna ana tidak pernah meniru. Tapi ana masih berpendapat bahawa masih belum terlambat untuk ana mengubah tabiat ini. Ana berazam pada imtihan kali ini untuk tidak memohon syafaat daripada sahabat-sahabat seperjungan ataupun ‘toyol-toyol’ sebelum memohon syafaat daripada guru-guru.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ
 لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang
menyala-nyala.”
 (Fatir:6).


“Syaitan akan menguasai kamu apabila kamu berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri kalian daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kamu dirahmati Allah swt.

Insyaallah. Amin. Sekian, wassalam.
 ______________________________________________________________________________
p/s: Bertindaklah sebagai insan yang dikurniakan fikiran, jangan bertindak mengikut hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan laknatullahi ‘alaik. Mudah-mudahan sedikit sebanyak entri ini dapat menyedarkan diri ana dan para pembaca.

2 comments:

Anonymous said...

yup.memang rmai je yg x ske exam.hmm.bkn nk buka pekung di dada,tp,just nk kongsi,aku pnah je tirutyme exam.mase tu,rse cam,pergh.confirm result cun.,but seriously man,tyme dpat result konon cemerlang hasil usaha sendiri tu,rase nk nangis je.rse bersalah kat cikgu menebal giler.nk2 bile cikgu ckap,tgk dia ni,keputusan cemerlang.kamu semua patut contohi dia.Ya Allah,tyme tu memang rase bersalah tahap tak de tahap dah.and,reading this post makes that feeling bertambah menebal sebab x terus terang lagi ngan cikgu tu.erghh.thnx sebab menyedarkan.

mahriz said...

jgn risau masih ad jalan memohon keampunan. teruskan berusaha.