Salam ukhuwah fillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan
limpah dan kurnia-Nya masih diberikan kesihatan untuk kembali mengisi
kekosongan blog ini yang telah lama dibiarkan. Selawat dan salam, doa dan
pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. selama-lamanya, siang dan
malam tidak putus-putus umatmu memujimu.
Insyaallah, pada entri kali ini penulis akan membawa satu
isu yang semakin menjadi tabiat umat Islam di negara ini berkaitan dengan cara
pemikiran dan pemahaman. Diharapkan kita mendapat keampunan dan redha Allah.
Amin, insyaallah. Selamat membaca.
Isunya ialah terdapat segelintir pelajar yang beranggapan
bahawa menuntut ilmu dunia itu tidak penting dan wajib mementingkan ilmu
akhirat. Dengan ini, saya dengan rasa rendah dirinya memohon agar para pelajar
meneliti maksud yang tersirat di sebalik kedua-dua ilmu ini. Janganlah kalian
menilainya hanya mengikut rasa dan kehendak hati semata.
Sebenarnya ilmu duniawi dan ukhrawi sangat memerlukan antara
satu sama lain. Ianya dapat dibuktikan melalui sejarah lampau. Sebagai contoh,
lihat tokoh-tokoh yang dilahirkan oleh Islam antaranya Ibn Sina yang memiliki
kepakaran dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi yang mempunyai kemahiran dalam
bidang astronomi dan matematik, Syed Naquib Al-Attas sebagai tokoh pemikiran
Islam. Adakah mereka ini menolak ilmu sains, perubatan, falsafah dan
sebagainya. Tidak bukan, malah mereka mampu menjadi salah seorang tokoh yang
terbilang yang mana buah fikiran mereka masih digunapakai sejak berkurun-kurun
lamanya. Dan yang lebih hebat lagi, mereka tetap menjalankan kewajipan menuntut
ilmu ukhrawi. Penting atau tidak?
Baik, bagi mereka yang masih tidak memahaminya saya akan
terangkan melalui pendekatan teori pula. Bayangkan anda hendak solat, tetapi
anda tidak memliki ilmu dalam bidang matematik. Bagaimana anda hendak
menentukan bilangan rakaat sama ada 1,2,3,4 dalam setiap solat? Begitu juga
dengan puasa. Tanpa memiliki ilmu dan kepakaran dalam bidang astronomi, kita
tidak akan mampu untuk menentukan bila tarikh permulaan dan pengakhiran bulan.
Dalam sains pula, adakah anda ingin terus bergantung harapan kepada mereka yang
bukan Islam dalam bidang sains dan perubatan? Come on lah, buka dan luaskan pemikiran
kalian dalam mentafsir sesuatu. Ilmu mempunyai skop pemikiran yang sangat luas dan
kadang kala kita boleh tersesat ke dalamnya.
Seterusnya dalam hadis, Rasulullah pernah bersabda:
مَنْ اَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ
اَرَادَ الْأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ
بِالْعِلْم
Barang siapa menginginkan dunia, maka ia harus berilmu. Barang siapa menginginkan akhirat, maka ia harus berilmu. Dan barang siapa menginginkan dunia akhirat, maka ia juga harus berilmu
Barang siapa menginginkan dunia, maka ia harus berilmu. Barang siapa menginginkan akhirat, maka ia harus berilmu. Dan barang siapa menginginkan dunia akhirat, maka ia juga harus berilmu
(Al – Hadits)
Di dalam hadis ini telah cukup membuktikan bahawa pentingnya
kedua-dua bahagian ilmu ini. Hal ini kerana, setiap bahagian ilmu yang terdapat
di muka bumi ini segalanya adalah milik Sang Pencipta. Segala ilmu yang
dikurniakan telah menjadi fardhu kifayah untuk dipelajari. Dengan itu, saya
dengan sekeras-kerasnya membantah tanggapan kalian terhadap pecahan kedua-dua
bahagian ilmu ini.
p/s: perbetulkan niat, pasti tidak akan terpesong.
No comments:
Post a Comment