Alhamdulillah setelah sebulan kita berjihad memerangi dan mengawal nafsu makan, minum,dan segala perkara yang membatalkan puasa, kini sudah tiba masanya kita meraikan kemenangannya. Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan yang telah kita kerjakan sepanjang bulan ini. Amin. Insyaallah.
Namun, entri ni bukan untuk cerita pengalaman raya, tetapi untuk berkongsi tips mengahadapi peperiksaan. (klik sini) dan sini.
Amalan doa-doa menghadapi peperiksaan:
1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
Maksudnya:
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
Maksudnya:
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"
3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
Maksudnya:
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".
4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)
Jangan sesekali berputus asa. Ingatlah Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang menuntut ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya:
"Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan di permudahkan baginya jalan untuk ke syurga..."
(Hadis Riwayat Muslim)
Bertawakkallah kepada Allah s.w.t setelah berusaha. Janganlah kita angkuh dengan apa yang dikurniakan kerana hakikatnya ilmu yang kita miliki adalah milikNya. Sabda Rasulullah bersabda yang bermaksud:
(Riwayat at-Tarmizi dan al-Hakim)
Berdoalah kepada Allah. FirmanNya di dalam al-quran:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah : 186).
Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini. Insyaalah akan dikongsi jika berkesempatan pada masa akan datang. Mudahan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian. Amin. Insyaallah. Wassalam.
p/s: Nak berjaya jangan sorang2. Doakan kejayaan buat semua umat Islam yang mengambil ujian walaupun kita tak kenal.
No comments:
Post a Comment