Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

28 August 2011

Pemaafnya Rasulullah









Agama Islam merupakan satu Al-Deen yang mulia. Umatnya sangat dituntut supaya sentiasa mudah meminta maaf dan juga mudah memberikan kemaafan sesama saudara. Firman ALLAH :


“ Maka makanlan kalian dari sebahagian harta rampasan perang kalian 
sebagai makanan yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada ALLAH,  
sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang.”


Al-Anfaal : 69



Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.

Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang. Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu. Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali. Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur. 

Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati. Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah. Ternyata suara hati baginda itu benar, Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.

Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkata:


“Aku mahu mengujimu. Jika engkau benar-benar seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai perkara ini. Dan jika engkau hanya orang biasa, maka aku akan merasa puas asbab dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaumku(Yahudi).”


Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda. Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.

Natijahnya, siapalah kita untuk tidak memohon maaf dan memberi kemaafan sesama insan. Apakah kita tidak melakukan kesalahan sehinggakan tidak mahu memberi kemaafan sesama kita? Sejauh manakah kekuasaan kita? Begitu tinggi sifat ego kita. Masyaallah, Nauzubillahi min zalik. Sedangkan Rasulullah sendiri memberi keampunan kepada kaum kafir, ALLAH pula Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 

Justeru itu, sempena menyambut lebaran ini, Mujahiddin Islam Online menyusun sepuluh jari, menginsafi kesalahan diri andai ketelanjuran kata sepanjang penciptaan blog ini. Dan untuk kalian semua, semoga mendapat manfaat dari blog ini.

Sekian, Wassalam.

14 August 2011

Nuzul Al-Quran??

Assalamualaikum, salam hormat dan salam ukhuwahfillah. Alhamdulillah sedar tak sedar, dah hampir setengah bulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadhan pada tahun ini. Mudah-mudahan kita berjaya memanfaatkannya dan mudah-mudahan juga Ramadhan kita pada kali ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan yang sebelumnya.

Kali ini M.I.O nak post entri tentang Nuzul Al-Quran. Korang tahu apa makna Nuzul Al-Quran? Bila, bagaimana dan berapa kali ia diturunkan?  Kalau nak tahu, teruskan membaca entri ini ya.

Perkataan “ Nuzul”(نزول) adalah berasal dari perkataan Arab yang bererti “ Penurunan ” dan kata asal bagi perkataan ini ialah “ Nazala ”(نزل) iaitu “ Turun ”. Manakala Al-Quran itu sendiri membawa maksud kalam ALLAH S.W.T. yang diturunkan kepada nabi utusan akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Seterusnya, penurunan Al-Quran dilakukan melalui tiga peringkat. Pada peringkat pertama, sebelum penurunan Al-Quran dari ALLAH S.W.T. ke dunia, ianya berada di Luh Mahfuz. Ini dibuktikan melalui firmanNYA dalam Surah Al-Buruj (21-22): 

Ertinya : Bahkan (yang didustakan oleh mereka itu ) ialah Al-Quran yang mulia. 
Yang tersimpan di Luh Mahfuz.

Pada peringkat kedua pula, ia diturunkan di suatu tempat yang bernama Bait Al-I’zzah iaitu di langit dunia (wallahua’alam. Tak tau aku kat mana langit dunia tu ). Proses ini berlaku pada suatu malam yang pernuh barakah iaitu pada malam Al-Qadr. Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Qard (1) :

Ertinya : Sesungguhnya Kami turunkan ( Al-Quran ) pada malam Al-Qard.

Dan pada peringkat terakhir, Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Bait Al-I’zzah kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril A.S. Firman ALLAH S.W.T dalam Surah As-Syu'ara' (192-195) :

Ertinya :  Dan sesungguhnya (Al-Quran) benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. 
Ia dibawa oleh Ruh Al-Amin (Malaikat Jibril A.S.). 
Ke dalam hatimu agar kamu menjadi 
seorang yang memberi peringatan. Dengan bahasa Arab yang jelas (mudah).