Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

06 June 2011

Sembahyang dan senaman


Assalamualaikum dan salam hormat semua. Insyaallah kali ni aku nak postkan tentang tajuk ni. Beberapa hari yang lalu, iaitu hari sabtu malam ahad. Aku menonton satu cerita yang boleh dikatakan lucu jugak la. Mula-mula, rasa tergelak. Sampai part tengah-tengah, aku mula terfikir tantang isi cerita ni.

Walaupun umur baru setahun jagung dalam bidang agama, aku tabik orang yang macam uh. Berani menegur orang yang lebih tua. Aku rasa pun cerita ni amatlah bagus jika ditonton oleh golongan SYEIKH(orang tua) yang dah lama hidup.

Carilah rahsianya
Dalam cerita ni ada satu part tu katanya ;

“ Arh, ak payah lah bersenam, kan kita solat tu dah di kira bersenam.”

Namun ada juga yang menyanggah, katanya ;

“ Memang betul, sembahyang itu merupakan satu senaman. Tapi, ianya lebih kepada senaman rohani. Kita juga perlulah melakukan senaman jasmani.”

Aku sokong  dengan pendapat yang kedua ni. Memang pun kalau kita tak sihat, macam mana kita nak solat? Khusyuk ke solat kita? Kang tak pasal-pasal tengah solat terpikir, “aduh sakit, arh pedih, eh ini, eh itu.” Ha kan dah ganggu. Pepatah arab ada menyebut :

Macam ni kot.


العقل السليم في الجسم السليم

Ertinya : akal yang sihat terletak pada jasmani (badan) yang sihat.

Sekian, wassalam.

No comments: