“ Berilah peringatan, sesungguhnya
setiap peringatan itu adalah bermakna buat mu’min yang lain”.
setiap peringatan itu adalah bermakna buat mu’min yang lain”.
dan tak ada kena mengena antara yang hidup, yang dah meninggal dunia ataupun yang tengah sakit tenat dan yang baru nk meninggal dunia.Tengah lepak-lepak depan laptop sambil cari video, satu notification sampai dekat profile FACEBOOK aku. Ape lagi, aku pun terus je la tengok. Terkejut pun ada, geram pun ada, nak ketawa pun ada. Inilah masalah umat Islam kita khususnya MELAYU. Mereka masih tidak memahami konsep yang dikatakan sedangkan kalau bagi adik aku yang umurnya 9 tahun tu pun, dia boleh paham.
Menuduh orang tanpa mengkaji apa yang diperkatakan. Patut ke tu? Kadang-kadang aku rasa nak cari je orang ni. Kasi tunjuk semua kebenaran. Secara realitinya, keadaan kelahiran seseorang bayi itu semua sama. Cuma pada Nabi Muhammad S.A.W., ALLAH memberi kelebihan tertentu kepada Baginda seperti mampu berkata-kata. Tetapi secara haknya, keadaannya sama saja. Nabi juga mempunyai sifat بشرية iaitu sifat manusia biasa.
Jangan cemarkan islam. |
Islam itu agama nasihat. |
Janganlah dipertikaikan siapa orang tu hatta musuh kita sekalipun. Kita patut mendengar apa yang diperkatan, bukannya melihat siapa yang berkata. Berkelahi tidak akan mendatangkan kesan yang baik kepada kita semua tetapi sebaliknya akan mengundang kepada kemurkaan ALLAH S.W.T.
Teringat aku pada pembacaan daripada Passport Rasulullah tentang khutbah Wida’ Baginda S.A.W yang mengingatkan kepada kita seluruh umat Islam supaya bersatu, mengekalkan hubungan silaturahim sesama kita. Tetapi kalau kita berterusan begini, saling jatuh menjatuhkan, ulama’ bergaduh berterusan. Sampai bila? Sampai bila kawan-kawan? Takkan kita nak tunggu bila Dajjal turun. Takkan kita nak tunggu sampai tiupan sangkakala pertama ditiup? Masa tu dah tak berguna dah. Semua dah terlambat.
Sumber rujukan pertama kita. |
Sumber rujukan kita yang kedua. |
Seringkali kita diingatkan semasa khatib membacakan teks khutbah, pendahuluannya kita diseru untuk bertakwa pada ALLAH, dan rukun iman yang lain dan seterusnya khatib akan mengingatkan supaya :
“ Bersatulah wahai Umat Islam sekalian”
Kalau kita yang tak menyambung tali silaturahim ni, siapa lagi? Takkan kita nak suruh orang Musyrikin, Kafirin dan yang seangkatan dengannya. Umat Islam selamanya tidak akan berjaya selagi kita tak berganding bahu dan bersatu padu. Sebenarnya dalam permasalahan ini, tahap keegoan kedua-dua belah pihak adalah patut dibuang dan dicampak jauh-jauh agar tidak akan menimbulkan perasaan tidak puas hati antara mereka. Semua pihak memainkan peranan mereka tersendiri. Wassalam.
No comments:
Post a Comment