Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

10 June 2011

Al-Aqsa Milik Kita

Asslamualaikum kepada pembaca blog ini. Sebenarnya aku berniat nak postkan entri ni semalam tapi apakan daya, masa takde.
Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. Mataku belum terasa mengantuk. Dengan yakin bahawa masih ada rancangan televisyen yang menarik untuk ditonton aku melangkah menuju ke ruang tamu dengan niat untuk menonton televisyen. Tiba-tiba seseorang turun dari tingkat atas. Aku pun terkesima sebentar. Rupa-rupanya bapak aku daa. Bapak aku ni turun sebab nak minum air, aku pulak turun nak tengok tv. So, dia macam nak melenting tengok aku tak tidur lagi.  Mula-mula aku ingatkan dia nak marah, sekali tengok-tengok dia pun join sama. Aku pun layan je laa.
Satu cerita pun habis. Cehh, baru sepuluh minit tengok dah habis. Kuang ajo. Takpe, mungkin ada cerita lagi best. Then bapaku bersuara, biarkan channel ni. Jangan tukar. Layan je. Aku ingat cerita pe. Rupanya serita ni. Soal Jawab. Tajuk yang first ialah mengenai AL-Aqsa.
Berdasarkan komen panelisnya menunjukkan tanda-tanda yang aku memang tidak akan setuju. Antara komen yang aku tak stuju itu ialah beliau berkata;
“ Al-Aqsa adalah milik tiga buah agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. ”
Dalam Al-Quran ALLAH S.W.T telah berfirman dalam surah AL-ISRA’ ayat pertama :


Ayat ni dah cukup membuktikan bahawa Al-Aqsa itu merupakan hak kita. Dan wajib menuntut bela di atas penjajahan Bani Israel. Waah, haha. Cakap dentam-dentum. Apakah jihad anda sebagai seorang muslim. Ramai umat Islam masa kini lebih mementingkan harta dan pangkat diri sendiri. Tanpa kita sedari makin hari, makin ramai yang terseksa akibat kelalaian kita. Mari berjihad untuk Palestin dan untuk mencari redha ALLAH S.W.T. 
Takbir! Allahuakbar!


Al-Fatihah

Tahukah anda semua, bulan ini bulan apa?? “ Bulan Jun. ” Bukan. “ Haa, Bulan Rejab ” Betul. Tapi tahukah kita apa yang ada pada bulan ini. Sebenarnya, walaupun bulan ini tidak seperti bulan Ramadhan, tetapi Rasulullah mengganggapnya sebagai satu bulan yang agak bermakna buat Baginda.

Bersama manfaatkan


Sekian cukup lah setakat ini sahaja. Sekali lagi, mari berjuang menegakkan keadilan. Jangan baca je yea. komen and like kat bawah ni. Follow jugak tau.

06 June 2011

Sembahyang dan senaman


Assalamualaikum dan salam hormat semua. Insyaallah kali ni aku nak postkan tentang tajuk ni. Beberapa hari yang lalu, iaitu hari sabtu malam ahad. Aku menonton satu cerita yang boleh dikatakan lucu jugak la. Mula-mula, rasa tergelak. Sampai part tengah-tengah, aku mula terfikir tantang isi cerita ni.

Walaupun umur baru setahun jagung dalam bidang agama, aku tabik orang yang macam uh. Berani menegur orang yang lebih tua. Aku rasa pun cerita ni amatlah bagus jika ditonton oleh golongan SYEIKH(orang tua) yang dah lama hidup.

Carilah rahsianya
Dalam cerita ni ada satu part tu katanya ;

“ Arh, ak payah lah bersenam, kan kita solat tu dah di kira bersenam.”

Namun ada juga yang menyanggah, katanya ;

“ Memang betul, sembahyang itu merupakan satu senaman. Tapi, ianya lebih kepada senaman rohani. Kita juga perlulah melakukan senaman jasmani.”

Aku sokong  dengan pendapat yang kedua ni. Memang pun kalau kita tak sihat, macam mana kita nak solat? Khusyuk ke solat kita? Kang tak pasal-pasal tengah solat terpikir, “aduh sakit, arh pedih, eh ini, eh itu.” Ha kan dah ganggu. Pepatah arab ada menyebut :

Macam ni kot.


العقل السليم في الجسم السليم

Ertinya : akal yang sihat terletak pada jasmani (badan) yang sihat.

Sekian, wassalam.

05 June 2011

Bersatulah Umat Islam

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pertamanya, bukanlah aku menulis artikel ini untuk memburukkan sapa-sapa kerana ALLAH berfirman yang bermaksud:

Berilah peringatan, sesungguhnya 
setiap peringatan itu adalah bermakna buat mu’min yang lain”.

dan tak ada kena mengena antara yang hidup, yang dah meninggal dunia ataupun yang tengah sakit tenat dan yang baru nk meninggal dunia.Tengah lepak-lepak depan laptop sambil cari video, satu notification sampai dekat profile FACEBOOK aku. Ape lagi, aku pun terus je la tengok. Terkejut pun ada, geram pun ada, nak ketawa pun ada. Inilah masalah umat Islam kita khususnya MELAYU. Mereka masih tidak memahami konsep yang dikatakan sedangkan kalau bagi adik aku yang umurnya 9 tahun tu pun, dia boleh paham.

Menuduh orang tanpa mengkaji apa yang diperkatakan. Patut ke tu? Kadang-kadang aku rasa nak cari je orang ni. Kasi tunjuk semua kebenaran. Secara realitinya, keadaan kelahiran seseorang bayi itu semua sama. Cuma pada Nabi Muhammad S.A.W., ALLAH memberi kelebihan tertentu kepada Baginda seperti mampu berkata-kata. Tetapi secara haknya, keadaannya sama saja. Nabi juga mempunyai sifat  بشرية  iaitu sifat manusia biasa.

Jangan cemarkan islam.
Islam itu agama nasihat.

Janganlah dipertikaikan siapa orang tu hatta musuh kita sekalipun. Kita patut mendengar apa yang diperkatan, bukannya melihat siapa yang berkata. Berkelahi tidak akan mendatangkan kesan yang baik kepada kita semua tetapi sebaliknya akan mengundang kepada kemurkaan ALLAH S.W.T.

Teringat aku pada pembacaan daripada Passport Rasulullah tentang khutbah Wida’ Baginda S.A.W yang mengingatkan kepada kita seluruh umat Islam supaya bersatu, mengekalkan hubungan silaturahim sesama kita. Tetapi kalau kita berterusan begini, saling jatuh menjatuhkan, ulama’ bergaduh berterusan. Sampai bila? Sampai bila kawan-kawan? Takkan kita nak tunggu bila Dajjal turun. Takkan kita nak tunggu sampai tiupan sangkakala pertama ditiup? Masa tu dah tak berguna dah. Semua dah terlambat.
Sumber rujukan pertama kita.

Sumber rujukan kita yang kedua.

Seringkali kita diingatkan semasa khatib membacakan teks khutbah, pendahuluannya kita diseru untuk bertakwa pada ALLAH, dan rukun iman yang lain dan seterusnya khatib akan mengingatkan supaya :

“ Bersatulah wahai Umat Islam sekalian”

Kalau kita yang tak menyambung tali silaturahim ni, siapa lagi? Takkan kita nak suruh orang Musyrikin, Kafirin dan yang seangkatan dengannya. Umat Islam selamanya tidak akan berjaya selagi kita tak berganding bahu dan bersatu padu. Sebenarnya dalam permasalahan ini, tahap keegoan kedua-dua belah pihak adalah patut dibuang dan dicampak jauh-jauh agar tidak akan menimbulkan perasaan tidak puas hati antara mereka. Semua pihak memainkan peranan mereka tersendiri. Wassalam.

03 June 2011

Menantimu

selamat datang bulan rejab!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita pada ALLAH S.W.T dengan limpah dan kurniaNYA kita masih dapat mencelikkan mata, menghirup udara yang segar dan yang paling penting kita dapat mengabdikan diri kepadaNYA.




amin!!!
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Sempena menyambut bulan yang mulia bulan Rejab, aku nak kongsi sikit tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan ini dari segi Islamic. Antaranya:


1.Hijrah Pertama


Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj


Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)


3. Perang Tabuk


Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis


Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


5. Lahirnya Imam Syafie RH.


Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

02 June 2011

YEAAHH!!! CUTI!!!

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni.

Cuti sekolah????? Woi sape je yang tak suka cuti, hatta cikgu sndiri pun mengira-ngira bilalah nak start cuti ni sebab eh diorang dah tak tahan dengan perangai anak muridnya yang agak-agak baik. Haha. Tapi ingat, cuti sekolah bukan maknanya kita cuti dari melakukan tanggungjawab. Jangan disebabkan cuti kita melupakan tanggungjawab kita. Jangan kita fikir cuti sekolah, kita boleh rehat goyang kaki macam mandur saje. Isilah masa cuti sekolah ni dengan perkara yang mendatangkan manfaat kpd kita dan org lain. Antaranya;

• Zikir
• Bersukan/ beriadhah




• Buat kerja sekolah
Tolong mak & ayah kemas rumah
• Ajar adik-adik Mengaji









 Dah2 tu je yang aku dpt tulis. Yang lain cari sendirilah. Mudah-mudahan usaha kita akan dipermudahkan & dibantu oleh Allah. Insyaallah. Wassalam.