Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

16 March 2011

Sahabat Selamanya……..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada rakan pembaca blog ni. Kali ni M.I.O nak cerita(nak cerita je ea,bukan mengumpat) tentang kawan M.I.O, beliau ni bukan sekadar kawan tapi beliau ni juga sebagai sahabat. Apa ni M.I.O kawan dengan sahabat tu tak sama ke? Bagi M.I.O memang tak sama, pada pandang M.I.O kawan ni hanya sebagai teman di kala kita tengah senag kalau susah kawan takkan dekat dengan kita. Nak tau cerita selanjutnya? Teruskanlah membaca yea…..

Pada 31 Januari 2011 yang lalu, M.I.O telah kehilangan seorang sahabat. Kehilangannya memang M.I.O terasa, bukan M.I.O seorang je yang terasa sebenarnya sahabat-sahabat yang lain juga turut merasainya. Perginya beliau bukanlah kerana kematian atau meninggal dunia tetapi pergi meninggalkan ITQAN. Beliau ni namanya RIB’E BIN MOHD FARID. Walaupun dia ni seorang yang lemah lembut, sopan santun kitorang tetap respect dia. Kitorang respect dia gila-gila punya…

Teringat waktu zaman tahfiz 1 dulu, saat waktu bersama menimba ilmu. Apa-apa yang kitorang tak faham, mesti rujuk atau tanya dia. Samapai satu tahap dah tak faham sangat, kitorang copy and paste je kerja-kerja dia. Saat waktu di dalam kelas M.I.O ingat lagi, time tu dah terdesak sangat apa lagi copy je larh. Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Tapi M.I.O bukan tiru macam tu je, mula-mula tiru lepas tu minta dia ajar sampai dapat larh. Tak ada larh nak jadi %&??>/. Hehe…

Setahun berlalu di awal menengah, kini melangkah pula tahun kedua di ITQAN. Segalanya dah berubah berbanding tahfiz 1. Kurang meniru tetapi tetap ada. Kami kerap mengadakan study group. Dar situ kitorang berkongsi pendapat sampai nak bergaduh pun ada. Haha. Tetapi hanya untuk seketika sahaja pergaduhan itu. Indahnya persahabatan. Betul tak?? Kami sepakat dalam semua perkara walaupun pada mulanya ada segelintir tak bersetuju akhirnya bersetuju. Eih2,, M.I.O rasa dah lari sikit dari tajuk ni yang sebenarnya untuk sahabat M.I.O ni. Arh..biarlah. blog ni ana yang punya, bukan antum. Haha.

Masuk tahun ketiga pulak, tahun yang mencabar(PMR)  setelah beberapa tahun di zon menengah ni. Tapi ada lagi tahun yang lebih mencabar dalam zon menengah(SPM). Segala persiapan telah dirancang bersama sahabat-sahabat yang lain. Ada yang mengesyorkan kem-kem motivasi, pusat-pusat tuisyen dan sebagianya. Tapi M.I.O tengok si Rib’e ni, beljar ala kadar je tapi masyaallah ALLAH bagi dia kelebihan. Bayangkan dalam tempoh 2 tahun setengah boleh khatam 30 juzu’. Mungkin bagi anda di luar sana rasa ni perkara biasa, tapi bagi M.I.O dia memang seorang yang hebat. Khatam awal, lepas tu ingat semua pulak tu. Jeles pulak rasanya. Tak cukup tu, ALLAH bagi lagi dia kesenangan dalam menuntut ilmu. dia belajar hanya di dalam kelas. Di asrama, M.I.O  tak pernah Nampak dia baca buku kecuali buat kerja sekolah. Itu pun sikit sangat dia buat. Kalau kat asrama dia akan tidur, baca surat khabar, baca komik dan sebagainya. Mungkin inilah KARAMAH yang diperolehinya. Setelah diselidik, beliau ni lahir dari keturunan yang mulia dan disanjungi di NEGERI SEMBILAN ni. Beliau dari keturunan Sheikh Haji Ahmad iaitu ulamak nusantara yang merupakan MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN  dulu.

Tahun ni punya kisah pulak adalah lebih menyedihkan, sedih sebab ada ura-ura mengatakn dia ni nak pindah. Kitorang dah cuba menghalang tapi keputusan di tangannya dan ALLAH dah tentukan. So, kitorang redha je larh. Hanya DIA yang MAHA BERKEHENDAK. Selepas jamuan pada 25 Safar 1432 jam 3.30 petang, beliau telah berangkat pulang. Kesedihan menyelebungi diri. Tatkala itu, terimbau saat bersama mengorak langkah untuk berjaya. Namun segalanya telah ditentukan olehNYA. Sejak hari tu, lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan sahabat tak kira kumpulan apa kitorang mainkan. Ada yang sampai menangis pun ada. Huhu…

Dah2, M.I.O nak tutup cerita pasal dia. Walaupun jasad dia tak bersama kitorang lagi, namun semangatnya masih tetap bersama kami dan akan kami genggam bersama. Semoga dia akan mengingati kitorang kat sini. Terukanlah perjuangan sahabatku. Eih2,, M.I.O ni tadi kata nak stop. Ok2 stop pasal dia. Nak menangis dah ni..
Sampai sini je nak cerita pasal dia. Diharapkan dia terus sihat. Sob3… haha, kan dah nanges…..eih2, mana ada nanges…ok larh… wassalam……..

2 comments:

konferensriang said...

Ribe Parid memang comel...

Anonymous said...

Biarpun kau yg pergi meninggalkan kami dulu, M.I.O, akan aq kenang kau senantiasa dalam doaku. Moga kau tenang di alam sana ;)

Yang benar, Rib'e.