Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

16 March 2011

Aduhai rokok I

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada pembaca mujahiddinislamonline.blogspot.com. Alhamdulilah, dah 2 bulan ana tidak mengupdate entri pada blog ini. Bukan, ana tidak mahu update tetapi program yang berlangsung membantutkan peluang untuk ana online, hehe. Insyaallah, pada kali ni ana ingin berkongsi pendapat ana mengenai bahayanya rokok dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.





Ana pun konfius la, apesal tiap-tiap tahun bilangan perokok kian meningkat macam harga getah. Malah lebih hebat. Yang lebih membimbangkan, gejala merokok ni dah melanda pelajar sekolah.  Mungkin mereka mengikut jejak langkah orang yang ******* kot. Atau mungkin juga mengikuti jejak langkah ayah atau mak. Itu ana kurang pasti. Tetapi, pada masa kini kalau pelajar lelaki yang merokok kita anggap perkara biasa, bagaimana kalau golongan perempuan yang merokok?? Janggal kan??


Ini adalah disebabkan mereka kurang mendapatkan didikan agama yang sempurna sama ada di sekolah mahupun di rumah. Mereka hanya akan mengikut apa yang dilakukan oleh ibubapa dan guru walaupun perkara itu salah.
“ Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing sambil berlari. Kalau bapaknya borek, anaknya pun rintik la,” Mujahiddin Islam Online.
Firman ALLAH, 

كلوا واشربوا من رزق الله
Ertinya : “ Makanlah dan minumlah dari rezeki-rezeki( yang halal, baik dan tidak melampaui batas) ALLAH”.




Okey lah, sampai sini je entri ana tentang rokok ni. Insyaallah ana akan menyambungnya pada entri akan datang. Sebelum manamatkan kalam, ana ingin antum semua fikir dan jawab sendiri soalan ana. “Wajarkah kita sebagai seorang muslim merokok? Adakah dengan merokok kita akan dapat mendekatkan diri kita denganNya?” Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Ingat,

الوقا ية خير من العلاج

Ertinya : “Mencegah adalah lebik baik daripada merawat”.





No comments: