Sempena tahun baru masihi @ tahun baru kristian ni, aku nak bawakkan satu pengetahuan yang boleh dikira atau dianggap sebagai peringatan kita bersama. So sesiapa yang ada terasa hati atau termakan hati, awal-awal lagi aku minta maaf.
Semalam, sempena tahun baru kita tengok berapa ramai umat manusia khususnya yang beragama Islam yang menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau berbanding dengan mereka-mereka yang berada di tempat-tempat maksiat. Dah tengok?? Tak payah tengok pun kita dah boleh tau. Sanggupkah kita menjadi hamba kepada tahun baru??? Sedarkah kita siapa yang menciptakan bumi ni??? Fikirlah dan renung-renungkanlah.
Kita tengok lagi, bagaimana sambutan sempena tahun baru hijrah yang lalu. Agak-agaknya penuh tak masjid-masjid dan surau-surau korang. Nampak tak masih ada karpet-karpet yang kosong dan tidak diduduki oleh umat islam. Kalau kita tengok malam tadi, kita cuba cari tempat-tempat kosong di sekitar kawasan sambutan tahun baru kristian ni. Memang kita takkan jumpa. Mana-mana padang tu dah tak nampak hijau, semuanya Nampak hitam je sebab baying-bayang manusia ni.
Yang paling teruknya ialah mereka-mereka ni dah macam tak ada agama. Padahal kalau kita tengok pada identity card diorang, agama mereka Islam. Keturunan melayu muslim. Apa nak jadi dengan mereka semua ni. Terlalu mengagungkan sambutan di Negara barat sedangkan sambutan yang berlandaskan Islam seperti ditolak pergi jauh-jauh dalam hidup mereka. Mereka inilah yang dikategorikan sebagai hambayang tidak bersyukur. Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah berfirman dalam kitabNYA yang Agung iaitu Al-Quran dalam surah الكا فرون :
لكم دينكم ولي دين
Ertinya: Untuk kamu agama kamu, untukku agamaku.
Ayat di atas jelas membuktikan bahawa kita dilarang sama sekali meniru agama yang bertentangan dengan Islam. Bukanlah maksud saya meniru benda yang baik pun tak boleh, tidak sama sekali. Tetapi, maksud saya meniru dalam aspek keagamaan seperti perayaan, pergaulan, pemakaian. Cuba kita bandingkan agama kita dengan agama kristian, memang sangat berbeza. So, tanpa rasa segan dan silunya saya akan mengkategorikan orang-orang macam ni sebagai orang yang melacurkan agamanya. Dan orang yang sebegini sebenarnya lebih teruk dari orang yang melacurkan tubuh badannya. Bak kata pelawak sensasi kita pada masa kini, “ Lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum.”
No comments:
Post a Comment