Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

19 November 2011

Petah Berbicara, Gagal Melaksana

Salam ukhuwah fillah. 


Terkadang, pernahkah kita terfikir tentang satu fenomena yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini? Adakah benar bahawa Hari Pembalasan semakin hampir dengan kita? Jawapannya : "Ya." 


Jika kita lihat pada hari ini, betapa ramainya golongan manusia yang beragama Islam. Akan tetapi, telah benarkah keislaman kita semua, seperti para sahabat? Para syuhada' mahupun para tabi'in? Penarkah kita menghayati erti Islam itu sendiri? Sesungguhnya kita benar-benar berada di antara golongan yang menzalimi diri sendiri. Sebagai bukti bahawa telah tiba saat hampirnya Hari Perhimpunan, sabda Rasulullah s.a.w :


" Tidak akan datang kiamat sehingga 
banyak perbuatan dan perkataan keji, 
memutuskan hubungan silaturahim 
dan sikap yang buruk dalam tetangga."

 - Riwayat Ahmad dan Hakim -

Pernahkah kita memikirkan perihal saudara sesama Islam kita di negara-negara lain? Jawapannya "Pernah. Selalu juga kami berbincang." Memang pernah, tapi sejauh mana kita punya pemikiran. Sejauh mana perlaksanaan kita ke arah merealisasikan tuntutan Allah s.w.t.

Tidak perlu melihat ke negara lain, lihat sahaja di negara ini. Berapa ramai anak-anak muda remaja yang telah bergelumang dengan maksiat. Bukanlah penulis nak menunjuk apatah lagi nak hipokrit. Nauzubillahi min zalik. Tetapi itulah hakikatnya. Terkadang ada juga rasa terkilan dek kerana hanya mampu menulis tanpa mampu untuk menegur face to face. Tapi penulis berpegang teguh bahawa menulis juga adalah satu bentuk teguran walaupun tidak sehebat menegur dalam bentuk lisan.

Tapi ada juga yang berkata, kadang-kadang menulis akan memberi kesan yang mendalam berbanding berkata dengan lisan. Tak kisah lah apa orang nak cakap pun. Terpulang pada mereka, mana yang nak dinilai. 

Okey, kembali semula pada tajuk. Seperti yang kita maklum, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadi agama Islam sebagai agama rasmi kerana majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Ini bermakna, di negara ini juga mempunyai ramai ahli-ahli agama atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz' dan 'Ustazah'. Golongan ini perlulah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan generasi anak muda yang berpegang teguh pada tuntutan syari'at Islam. Bukan hanya apabila ada kempen, baru nak turun padang. Sampai bila kita nak berdiam diri? Nak tunggu sampai dunia kata pergi, kubur kata meh sini baru nak bertindak? Kalau macam tu, dah terlambat dah. 

Namun, bagi sesiapa yang rasa dirinya tidak layak untuk memberi tazkirah, renungkanlah Kalam Allah yang serba indah ini :

"Dan tetaplah memberi peringatan,
 kerana sesungguhnya peringatan itu, 
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." 

(az-Zariyat;55)


Terasa kesal di hati apabila kebanyakan golongan agama ini lebih banyak memendamkan diri. Senyap ontok sahaja. Nasib lah penulis masih di bangku sekolah, kalau tak memang nak ikut terjun berdakwah. Tapi apakan daya, ilmu tak cukup lagi. So, kena lah habiskan sekolah dulu. Tapi entahkan sempat entahkan tidak. " Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu Islam ditegakkan." Takbir!!! Allahu Akbar.

Maaf kalau ada yang terasa mengenai entri ini. Ianya sekadar ingin mengingatkan diri sendiri seterusnya umat Islam keseluruhannya. 

Wallahualam.

p/s: Terima kasih kepada saudara Arif Yusof diatas peringatan dan penyumbang idea untuk entri ini. 

07 November 2011

Seksualiti Merdeka a.k.a Seksualiti Tebakar

Salam ukhuwah fillah.


Malaysia pada masa kini sedang dilanda pelbagai musibah. Musibah yang hadir melalui kekufuran rakyatnya sendiri. Terkini musibah yang paling popular iaitu Program Seksualiti Merdeka 2011. Tadi telah disiarkan melalui Buletin Utama mengenai kenyataan Ambiga. Sedikit penerangan (klik sini) mengenai program ini :


" Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya. "
" PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender! "


Jadi, apa yang MIO nak komen mengenai program ini ialah sebenarnya program ini memang tidak sepatutnya dijalankan. Ianya sangat ditentang oleh agam Islam. Firman Allah s.w.t :


" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri,  supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "

 (Surah ar Ruum: ayat 21)

Menerusi ayat ini, memang jelas terbukti bahawa gejala homoseks atau bisekual sangat dilarang. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan mereka dengan lebih tegas lagi. Isu ini sangat sensitif untuk umat Islam. Mereka yang menyokong pelancaran program ini patut dihukum. Ini sudah melanggar fitrah seorang manusia. 

Dikatakan program ini bertujuan untuk memberi kebebasan kepada golongan homoseks dan biseksual. Jika kita lihat kembali, bebas ke hidup mereka? Sejauh mana kebebasan itu? Tidak lain dan tidak bukan, program ini hanya menambah rosakkan akidah serta meruntuhkan akhlak anak-anak generasi kita yang kebanyakan ahli-ahli  dalam golongan mereka ini beragama Islam.

Aku sebagai umat Islam terasa malu dengan akhlak umat Islam masa kini. Kalau kita tak ada rasa dengan manusia, macam mana nak ada rasa malu dengan Allah s.w.t. Malu-malu. Allah s.w.t. jelas melaknat perbuatan homoseks dan biseksual ini. Firman Allah s.w.t. : 


         “Tatkala datang perintah kami, kami jadikan yang tinggi menjadi
 rendah dan kami jatuhkan batu dari tanah yang keras di 
atasnya berturut-turut.”

Surah Hud : 82


Bukan Allah s.w.t. sahaja yang berfirman, malah baginda Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda :

" Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan 
ramainya ummatku diakhirat kelak. "

(Riwayat Imam Ahmad)

Sabda Baginda lagi : 

" Wahai sekelian anak muda! Barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]. " 

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, MIO memang membantah sekeras-kerasnya pelancaran program ini. Hatta kalau ada pihak(hijau) yang menyokong program ini pun MIO akan bantah sekeras-kerasnya. 

Wallahualam. 

p/s: Isu Perdana Menteri pergi menunaikan haji sambil membawa pengawal, janganlah kita gembar-gemburkan. Jangan mudah menghukum sesorang. klik sini

05 November 2011

Berjiwa Pemuda


شباب الروح

،يا أخي 
 ،الشباب التفكير
،تنشأ مع شعبكم
.التمسك بالإسلام دينا الحبيب

 ،يا أخي
 ،الشباب التفكير
،تذكر وعد ربك
.الشهداء من السماء بالنسبة له

 ،يا أخي
 ،الشباب التفكير
،دعونا نتحد
.السعي لتحقيق الطموح

 ،يا أخي
 ،الشباب التفكير
 ،استقالة دون متماسكة
.والواقع أنه من دون جدوى










Yang Berjiwa Pemuda

Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda, 
Bangkitlah bersama umatmu,
Menegakkan islam yang tercinta.


Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda,
Ingatlah akan janji tuhanmu,
Orang yang syahid syurga buatnya.


Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda,
Mari kita bersatu,
Mengejar cita-cita.


Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda,
Tawakkal tanpa berpadu,
Sesungguhnya ia sangat sia-sia.