Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

31 December 2012

Ambang 2013. Di manakah kita ???

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. *lambai tangan gaya artis*. Pagi-pagi dah menatap laptop. Kesan daripada kebosanan keseorangan di rumah. Tak tau nak buat apa. SPM dah lama habis. Semua tingggal kenangan. *tangan gosok mata*.

Eh eh, dah nak masuk tahun baru la. *bajet tak tau*. Okey-okey sempena tahun baru ni, aku pasti dan yakin ramai blogger akan buat perubahan or updated sikit blog mereka. Tapi tidak bagi gua. Untuk pengetahuan korang, gua takkan buat perubahan sebab baru je tukar design ni. Hari tu aku tak sedar dah masuk Disember. *saje je mencapap*.

Seperti yang kita tahu, bila dah masuk ambang tahun baru ni, banyak program-program yang akan diadakan dan dijalankan serentak di serata Malaysia. 

ambang 2013

Banyak betul event sempena ambang 2013 ni. Tak tau mana satu nak pilih kan? Banyak sangat. Rambang mata nak memilih. Ada pesta, ada konsert, ada bunga api. Eh, Ustaz Azhar Idrus pun ada boh !! IKIM FM pun ada buat Karnival Mahabbah dekat Masij Asy-Syakirin KLCC. Sambil dapat ilmu, dapat cuci mata. Okey gak tu. Buat lah perancangan tahun baru korang.*takde mood*. 

Setakat ini dulu untuk tahun ni. Nantikan first update untuk tahun 2013. Hehe !! Kalau sempat, gua update lagi hari ni. Gua nak buat persiapan nak gi Shah Alam jumpa "Big Boh".
Hahaha !!! 

Selamat tahun baru. Wassalam.

p/s: "Belalah hatimu, mudahan ia berguna menuju Jannah."


22 December 2012

Aurat Isu Lama !!

Assalamualaikum w.b.t.


seram ke ??


Selamat malam semua. Alhamdulillah, dunia masih belum kiamat seperti yang digembar-gemburkan oleh puak Mayan yang entah apa-apa tu. Dahlah sesat, dah tu menyesatkan orang lain pulak tu. Berganda-ganda dosanya tu. Nauzubillah !! Agak-agaknya berapa ramai la orang puak Mayan yang convert Islam semalam. Mesti ramai. Haha !! *errrkkk, tetiba gelak...*

"Di tepi pantai nan indah." Cewah ! Baru sehari pergi kenduri, dah nak menyanyi-nyanyi. Bukan apa, tadi gua teringat seorang tua berkaraoke. Dah kalau orang tua, lagunya pun agak-agak tua la. Ala-ala Retro gituu. Tapi yang gua sakit hati sangat, dari start gua sampai event tu, sampailah gua nak balik, beliau ni asyik dengan retro je. Kitorang yang datang ni  nak lah jugak dengar dia berhip-hop ke, rapping ke, barulah ada feel. Kitorang ni darah muda lagi. Arrgghhh !! Biarlah, balik rumah boleh sambung karaoke. Okey-okey, aku nak straight to the point *padahal dah banyak melalut ni.*

Sebenarnya ni isu lama. Bukan niat aku nak bangkitkan balik. Tapi kalau tak selalu dibangkitkan, orang akan rasa benda ni bermusim dan tak penting. Tak nak lah jadi macam isu buang bayi. Bila first-first dulu, orang bukan main lagi simpati. Bila dah lama, orang pun tak ambil peduli lagi. *Ceh !! Dah macam pantun pulak.*

ehem-ehem !!

Yaa ! Isu aurat. Isu lama bukan? Aku kira isu ni sejak sebelum aku lahir lagi dah berbangkit. Mak ayah aku kata la !! Aku tak tau sebab aku pun belum wujud lagi. Tapi serius, aku respect siapa yang boleh berbalah menegakkan isu ni. Memang gua tabik spring-spring toing-toing kepada siapa yang berani tegur pasal isu ni. Tak kiralah, face by face ke, tweet by tweet ke, chat by chat ke apa lagi entah, Korang memang hebat. Dan aku dah jumpa orang-orangnya. Antaranya kawan gua sendriri. Gua tabik lu der. Toing-toing punya !!

Bagi aku, tiada istilah belum sampai seru dalam isu penutupan aurat ni. Dan aku yakin, para ulama' akan besetuju dengan fatwa aku ni, sebabnya aku pun tiru fatwa diorang. *eh, melalut pule..* Kalaulah nak kata tak sampai seru, tu semua bohong. Aku ulang, BOHONG,BOHONG,BOHONG !! Hidayah memang Allah yang bagi, tapi perlu dicari. Macam rezeki juga. Kalau kita duduk goyang kaki, ingat rezeki boleh masyuk ke?? Haish !!


bukan isu remeh-temeh !!

Untuk perhatian kengkorang semua yang free hair and short trousers tuu, isu aurat ni bukan isu remeh-temeh macam aku terbaca dekat twitter semalam. Wak lu nak kata isu tudung, aurat tu semua isu remeh-temeh. Lu ingat lu masuk neraka nanti tak bawa family lu sekali ke? Cantik je cakap isu aurat isu remeh. Tak sayang family ke? Bila tanya nak masuk syurga ke neraka, tau pulak nak pilih syurga. Dah tu yang kau tak tutup aurat macam mana nak dapat syurga. Benda senang pun kau kata susah. 

Okey-okey gua be cool jap.... sambung balik ...

Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…" 
(al-Nuur : 31)

Seterusnya,

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(al-Ahzab : 59)

Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda :

Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” 
(H.R. Muslim)

Seterusnya lagi, 

muka & tapak tangan je !!
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” 
(H.R. Abu Dawud)


So, korang rasa isu aurat ni isu remeh lagi ke? Aku dah bawa empat dalil. Dua dari al-quran, dua dari hadis. Pilihan dah tersedia. Terpulang la korang nak terima ke tak. Gua tak nak cakap lelebih. Kang ada yang sentap pulak. Tapi gua peduli apa !! Bukan gua cakap benda salah. Cuma gua rasa cara tulisan je agak kasar sikit. Sorry lah, ni dalam maya je. Insyaallah.

Okey-okey, gua nak stop ni. Nak tengok kekejaman Israel laknatullahi 'alaik at Majalah 3. Akhir kata penutup bicara, wassalam ...

p/s: “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (H.R. Bukhari)


20 December 2012

#TeamBenciKpop ??


Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera semua.

Ini entri spontan aku. Walaupun aku rasa selama ni semua entri aku entri yang spontan, aku tetap nak bagi tau yang entri ni spontan. "Suka hati aku lah. Blog aku. LOL." Ianya terlintas sejak petang tadi. Tapi aku ni jenis suka menangguh-nangguh kerja yang tak berapa penting. So, malam baru aku update. Tu pun tak taulah ingat lagi ke tak. Tapi aku akan cuba update jugak. "Dah-dah, apa aku merepek lagi nih?" Okey-okey aku teruskan. 

Aku tak tahu lah apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni. Pemimpin-pemimpin pun dua kali lima. Asyik nak timbulkan provokasi, fitnah, dan perpecahan. Tadi tengah gua syok-syok online twitter, opps !! Sori, sekarang gua dah kurang layan Facebook tu. Dah bosan. Gua layan twitter pulak sekarang ni. Okey-okey, continue. Tengah syok gua online, gua terperasan satu tweet ni. Kejap-kejap, gua pergi scan dekat twitter jap....
 Okey gua dah dapat !!

tak tau ni sape !!

ni pun gua tak tau sape !!


So, sekarang ni bukan aku nak cakap pasal siapa mereka. Aku nak cakap pasal hashtag, #TeamBenciKpop bagai tu. Apalah masalah orang Malaysia ni. Kalau tak suka, tak payahlah sampai nak berhashtag bagai. Aku bukan nak backup para Kpopers ni. Malah aku sendiri menyampah, dah la tak faham bahasa diorang. Tapi tak bermaksud sampai nak benci. Bukannya kemungkaran pun. Mungkin korang anggap ianya sebagai gurauan atau mainan, tapi aku rasa tidak bagi mat-mat Kpop dengan minah-minah Kpop ni. Entah-entah ada di antara mereka ni yang sentap. Maklumlah, fanatik sangat. Mana kita tau kan? Wallahu a'alam lah.


ni aku kenal !!


Seperti yang aku cakap tadi, sebagai manusia aku terima industri muzik Kpop ni walaupun dalam hati menyampah sebab tak faham. Kalau orang dah minat, takkan kita nak halang. Come on lah, respect hak orang lain. Itu hak orang. Kalau kita nak hak kita dijaga, jagalah hak orang.

Bagi Kpopers, korang jangan ingat aku bakcup korang pulak. Aku cuma mengekspresikan hak korang je. Tak lebih dari tu yaa !! Kalau korang rasa orang sekeliling korang tak minat Kpop, jangan main lagu or cakap pasal Kpop depan diorang. Kadang-kadang aku kesian dengan korang ni, hari-hari kena kutuk. Kawan-kawan aku pulak tu. Hahaha !!

Okey, aku dah tak nak merapu lagi. Gua nak layan Dendam Sarakit jap lagi. Wassalam !!

p/s: ‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.







14 December 2012

Tiada Jihad di Palestin ??

Salam 'alaik !!! Bismillah.

tanah kami !!
 " Tiada jihad di Palestine? Betul ke apa yang aku dengar ni? 
Siapa yang keluarkan fatwa ni? Fatwa negeri mana? Ouh, fatwa sendiri je "

Definisi jihad boleh di baca di sini. Dah baca? Nampak bukan? 
Apalah punca terkeluar kenyataan sebegini. 
Bukankah jihad di Palestin itu suatu jihad yang nyata. 
Kalau tidak berilmu jangan memandai.

 Islam itu lahir bukan hanya dari logik akal. 
Akan tetapi ianya lebih kepada perkara ghaib. 
Kalau nak ikut logik akal je, ramai orang hari ni tak percaya kewujudan Allah s.w.t. 

mereka memerlukan sokongan kita !!!

jom boikot !!

kebebasan mereka tanggungjawab kita !!!

hayya bil jihad




Sambung baca di sini:


Wassalam !!


27 January 2012

Usrah Sakinah

Salam ukhuwah fillah.


Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam cuti seminggu. Namun, syukur ke hadrat Ilahikerana masih memberikan daku sedikit masa untuk berkongsi sebuah taujihat ataupun peringatan yang diharapkan boleh dikongsikan bersama dan diguna pakai dalam menjalani kehidupan seharian kita. Insyaallah.


Seterusnya, melihat isu-isu zaman yang serba moden ini kita perlu berwaspada dengan ancaman luar seperti media barat, dunia IT dan sebagainya yang boleh merosakkan keimanan dan melonggarkan tauhid kita kepada Allah subhanahu wa taala. Cuba kita fikirkan jika negara ini tidak mengamalkan dan tidak berpegang teguh dan utuh pada prinsip-prinsip Islam yang telah disediakan oleh Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti negara-negara yang tiada pedoman di luar sana. Dengan kes-kes moralnya seperti zina berleluasa, rompakan yang semakin menjadi-jadi, keganasan Si Kaya terhadap Si Miskin. Sesungguhnya ini semua merupakan amalan Jahiliyyah yang sangat dibenci Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan dimurkai Allah subhanahu wa taala.


Firman Allah subhanahu wa taala:


"Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk Saba' sebagai satu tanda(yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu dua buah kebun(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri(qariah mereka)." (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya. Negeri kamu ini adalah negeri yang baik
(aman dan makmur), dan Tuhanmu adalah 
Tuhan yang Maha Pengampun."

Surah Saba':15

Untuk mencapai tahap sesebuah negara yang dikatakan " Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghofur," ianya mestilah bermula daripada keadaan kelompok sesebuah usrah ataupun keluarga yang berjaya. Yang dimaksudkan sebagai berjaya itu, bukanlah dilihat dari sudut kebendaan semata-mata, tetapi ianya turut dinilai melalui aspek kerohaninya, jasmaninya serta amalan yang diredhai Allah subhanahu wa taala iaitu amalan yang berlandaskan hukum-hukum Islam. Ini tidak bermaksud harta kebendaan itu tidak penting, akan tetapi Islam meletakkan kepentingan pada agama disusuli dengan harta benda. 

Yang dikatakan " Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghofur," itu ialah negara yang berpegang teguh dan utuh pada konsep hukum-hukum Islam. Alhamdulillah, jika dilihat negara ini masih mengamalkan sistem perundangan Islam. Walaupun ianya tidak menyeluruh, tetapi ianya perlu terus diperbaiki supaya menjadikan ianya menyeluruh. Biar sedikit, makin lama makin bertambah. 

Berhubungan dengan hukum Hudud, ada yang mengkritik entri saya sebelum ini mengenai hukum ini. Mungkin kalian kurang memahami entri tersebut. Saya memohon kemaafan diatas kekurangan. Untuk pengetahuan, hukum Hudud perlu dan wajib dilaksanakan. Tetapi ianya memerlukan masa untuk difahami oleh masyarakat. Sebelum ini saya pernah menulis entri mengenai hukum Islam ini.  Tujuan saya yang utama bukan untuk mengkritik semata, tetapi saya ingin memberikan kefahaman. Tiada niat untuk menundukkan sesiapa baik yang kuning mahupun yang merah. Semuanya sama.

Berbalik pada isu Hudud yang digembar-gemburkan, masyarakat perlu diberi kefahaman yang sebetulnya. Masakan orang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai Hudud, kita nak terus hukum. Umpama seorang pelajar yang menduduki peperiksaan. Sedangkan dia tidak mempelajari topik yang diuji. Dapat keputusan, terus nak hukum sebab gagal. Tidak adil namanya tu. Tapi ingin saya tekankan juga, hukum Hudud ini jangan diperlekehkan. Dan jangan dipermainkan. kelak menunggu kalian atas perbuatan kalian yang menghina hukumNya.

Hanya sekadar ini sahaja perkongsian kali ini. Harap apa yang salah, cepat-cepat beritahu. Terima kasih kepada yang mengkritik. Mudah-mudahan entri ini dapat meningkatkan kefahaman. Sekali lagi mohon maaf di atas kekurangan. Yang baik itu dari Allah, sesungguhnya diriku ini hanya sentiasa melakukan kesilapan. Mudahan Allah mengampuniku dan kalian. Wassalam.










31 December 2011

Tentukan Hala Tuju Anda


Salam uhuwah fillah.

Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan keizinan untuk mengupdate entri untuk yang terakhir kalinya buat tahun 2011.

Bertemakan konsep tahun baru, rakyat Malaysia mengetahui bahawa sambutan tahun baru di negara ini antara yang “TERgrand” dan yang “TERover” mengalahkan sambutan tahun baru di negara-negara bukan Islam. Mengapa ini semua terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada anda, dan tanya pula iman anda. Mudah-mudahan segala jawapannya dapat diketahui. Namun, entri kali ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. Apatah lagi ingin menghukum dan menjatuhkan si fulan.

Mana hala tuju anda untuk malam tahun baru ini?







Adakah anda bakal menghadiri konsert-konsert di atas?

Ataupun anda hanya berdiam diri sahaja di rumah untuk menonton cerita-cerita ini?













Ataupun anda bakal menghadiri program-program pembentukan dan peningkatan sahsiah diri sebagai contoh di bawah ini?








Apa-apa pun, marilah sama-sama kita koreksi diri sempena Tahun Baru yang bakal tiba beberapa jam dari sekarang. Pilihlah mana hala tuju anda. Menghadiri konsert yang melampau, berdiam diri di rumah, ataupun menghadiri majlis-majlis ilmu yang turut dihadiri oleh beribu-ribu para malaikat.


Takbir!!! Allahuakbar.












25 December 2011

Haram Tetap Haram

Salam ukhuwah fillah.

Ramai hari ini inginkan perpaduan. Ramai hari ini inginkan persamaan. Ramai hari ini makin terpesong dengan ajaran Tuhan(Allah). Mereka seolah-olah lupa dan lalai akan Tuhan mereka yang Maha Agung. Jangan sampai datang satu bala turun kepada kita dek kerana dosa syirik yang kita lakukan. Ingat, syirik tu merupakan dosa yang tiada mendapat keampunan dariNya. Firman Allah subhanahu wa taala:

"Sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang paling besar."


(Surah Luqman:13)

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama(ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata: Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari kebesaran mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atauanda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barang siapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid'ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian,kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekali pun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena AllahTaala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu."

(Az-Zumar:7)


"Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu."

(Al-Ma`idah :3)

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga kerana ia adalah hari besaryang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad sallallhu alaihi wa sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

"Barang siapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi."

(Ali-Imran:85)

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ikut serta bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagikaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlisatau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, salingmemberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi sallallhu alaihi Wa Sallam,

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka." 

(Hadits Riwayat Abu Daud)

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

"Menyerupai mereka di dalam sebahagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka."

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka,menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepadamereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi MahaPerkasa.

Takbir!!! Allahu akbar.

21 December 2011

Ulama Mewarisi Anbiya'

Salam ukhuwah fillah.


 "Jika ia telah menetapkan suatu kebenaran, ia tetap nyatakan kebenaran, apapun yang terjadi. Walaupun harus berbeda dengan pendapat umum, juga pendapat penguasa." 

Al-ulama' warasatul anbiya'

Akhir-akhir ini ummat Islam telah kehilangan pegangan. Ada semacam krisis keteladanan. Ulama yang semestinya menjadi tokoh idola, teladan dan pautan ummat ternyata banyak yang mengecewakan.

Ujian terberat bagi ulama adalah istiqamah dalam sikap dan pendirian. Pada ujian ini tidak sedikit ulama yang berguguran. Mereka tidak kuat memegang teguh prinsip, mudah mengalah atau dikalahkan. Ada yang kalah kerana keseronokan duniawi, ada pula yang dikalahkan oleh ancaman dan siksaan.

Ibnu Taimiyah termasuk sedikit di antara ulama yang istiqamah memegang prinsip. Jika ia telah menetapkan suatu kebenaran, ia tetap menyatakan kebenaran walau apapun yang terjadi. Walaupun harus berbeza dengan pendapat umum, apalagi berbeza dengan pendapat pemimpin. Ibnu Taimiyah tak hirau soal ini.

Akibat keteguhannya dalam memegang prinsip, ia selalu keluar masuk penjara. Sampai akhir hayatnya ia tetap dalam posisinya seperti itu. Berkali-kali disiksa, berkali-kali dizalimi, tapi tidak sedikit pun berjaya menggoyahkannya untuk mempertahankan pendiriannya yang diyakini kebenarannya. Tak sejengkalpun ia mundur. Dari lisan Ibnu Taimiyah akhirnya muncul kata-kata mutiara:

"Penjara ku adalah berkhalwat, pembuanganku adalah tempat hijrahku, dan pembunuhanku adalah syahid."

Di setiap masa selalu saja kita menjumpai ulama yang teguh pendiriannya seperti beliau. Mereka adalah ulama-ulama yang patut dicontohi. Tapi sayang, jumlah mereka terlalu sedikit jika dibandingkan dengan ulama yang suka menjual diri.

Untuk menjadi pautan, seorang ulama tidak cukup hanya mengandaikan ilmunya. Kedalaman dan keluasan ilmu agama memang menjadi syarat mutlak, tapi tanpa nilai-nilai moral yang tinggi, seorang ulama menjadi tidak bererti. Ulama menghiasi ilmunya dengan ketaqwaan, keikhlasan, kejujuran, dan keadilan.

Imam Malik pernah ditanya tentang seorang 'alim atau ulama. Ia menjawab, 

"Seorang yang 'alim tidak dikatakan 'alim sampai ia dapat mengamalkan secara khusus untuk dirinya suatu amalan yang tidak diwajibkan kepada manusia, dan ia tidak memberikan fatwa kepada orang lain tentang amalannya itu yang sekiranya ditinggalkan tidak berdosa."

Kebanyakan ulama sekarang sempurna ketika berhujah. Isi hujahannya tidak ada yang cacat. Semua berisi kebaikan dan anjuran untuk berbuat baik. Akan tetapi masih ada yang menyeru melakukan kebaikan sedangkan dalam pada waktu yang sama, mereka sendiri hanya pandai berkata tetapi gagal untuk melaksanakannya. Karena itulah Allah Swt memperingatkan:

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab. Maka tidakkah kamu berpikir?" (al-Baqarah: 44)

"Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka enggan memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zhalim." (al-Jumu'ah: 5)

Di antara yang bisa menandai seorang ulama adalah kemampuannya dalam mengendalikan hawa nafsu. Ulama adalah orang yang paling mampu mengendalikan nafsu. Akan tetapi dalam kenyataannya masih banyak dijumpai ulama yang mengumbar hawa nafsunya. Akibatnya, jika mereka berfatwa, maka fatwanya cenderung mengikuti hawa nafsu, baik itu hawa nafsunya sendiri, maupun hawa nafsu orang lain. Hawa nafsu orang lain yang paling banyak mempengaruhi ulama dalam sejarah adalah hawa nafsu para penguasa yang diharapkan hadiah-hadiah dan ditakuti ancaman tindakannya.

Di antara jenis-jenis ulama yang buruk ada yang rakus, ada pula yang penakut. Kedua-duanya berusaha untuk mendekati penguasa, dengan cara memalsukan kenyataan yang ada, mengganti hukum-hukum, menyelewengkan maksud-maksud hukum, mengikuti kehendak hatinya, demi untuk memuaskan keinginan para penguasa. Terhadap kecenderungan itu, Allah subhanahu wa taala memperingatkan Rasulullah sallahu alaihi wasallam dengan firman-Nya: 

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syari'at (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikitpun dari (siksaan) Allah. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertaqwa. Al-Qur'an itu adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini." (al-Jatsiyah: 18 ? 20)

Sebagian besar kesesatan mereka bukan tanpa sengaja, juga tanpa pengetahuan. Kesesatan mereka semata-mata karena dorongan hawa nafsu yang tak mampu dibendungnya. Memang tidak dinafikan bahawa syaitan itu sememangnya mendengki pada ulama. Ingatlah, syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata buat kita semua. Allah subhanahu wa taala berfirman:

"Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya." (an-Naml: 14)

Takbir!!! Allahu akbar!!!

09 December 2011

Sedarlah Wahai Manusia.



Salam ukhuwah fillah.


Meneropong ke awanan. Di saat manusia bertuhankan panorama dunia, pernahkah kita mengerti tentang tujuan kita diciptakan di dunia ini. Manusia sememangnya alpa, lupa serta lalai akan tanggungjawab terhadap agama serta Tuhannya. Sejarah telah membuktikan, perkara ini telah menjadi tabiat yang telah diturunkan dari generasi ke generasi.

Lihat sejarah Habil dan Qabil. Yang seorang menaruh sebenar keimanan kepada Tuhannya. Yang seorang lagi menanam kecintaan kepada harta serta nafsunya. Manakah yang patut dicontohi? Tepuk dada, tanyalah iman kita.

Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah(Kami)
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya
(kerana tiada persediaan untuk mereka memikulnya) dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman embuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

(Al-Ahzab:82)

Manusia umat akhir zaman, sedarkah kita bahawa kita umat pilihan. Ketahuilah sebelum penciptaan dunia ini, kita telah mengangkat sumpah bahawa akan menjadi khalifah di dunia ini. Ingin diserah tugas ini kepada gunung-ganang, mereka tidak sanggup. Ingin diberikan kepada jin, juga mereka tidak sanggup. Ingin diberikan kepada pohonan, jawapan yang diberi tetap sama. Lalu diberikan kepada manusia, lantas kita menerima amanah ini.

Akan tetapi, jika dilihat sekarang kita bukan menjadi khalifah di muka bumi, malah menjadi pemusnah ciptaan Yang Maha Suci ini. Sungguhlah kita berlaku zalim kepada ciptaanNya. Menghancurkan segala yang diciptakan olehNya. Memusnahkan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Menghilangkan kepercayaanNya kepada kita. Itulah sikap manusia di zaman ini.

Perpecahan dapat dilihat dengan ketara. Yang kaya menindas yang miskin. Yang berkuasa menindas yang di bawahnya. Kesatuan tidak lagi dapat dilihat. Amalan jahiliyyah terus menjadi amalan sepanjang zaman. Hukum-hukum Allah semakin dipinggirkan. Sedarkah kita? Bagaimana mahu memikul tanggungjawab? Bagaimana mahu menjadi khalifah?

Sedarlah. Kita masih belum terlambat untuk membela dunia ini. Kita masih mempunyai waktu untuk memperbaiki kelemahan selagi belum menjelang Hari Perhitungan. Bersatu, asas sesebuah kejayaan. Mengikut aturan Allah, menjadi punca kemenangan. Bittaufiq wannajah.

Takbir!!! Allahu Akbar.

03 December 2011

Remaja & Belia

Salam ukhuwah fillah.

Aku bukanlah seorang yang sempurna. Tapi aku sentiasa ingin berusaha untuk menjadi sempurna. Dan aku juga akan berusaha untuk mencari kebenaran yang kian hilang atau disorok oleh sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri berbanding rakyatnya.

Mengapa ramai beranggapan bahawa politik hanya untuk rakyat yang berumur 21 tahun keatas? Mengapa pelajar tidak dibenarkan berbuat begitu? Mengapa dan sebab apa perkara ini terjadi? Jom kita bongkar rahsia mereka:

1. Konsep Negara Penjajah.

Sebenarnya perkara ini yang menjadi penyebab utama masalah ini berlaku. Para penjajah telah menyebarkan dakyah yang tidak sepatutnya. Mereka menyarankan bahawa waktu belajar hanya untuk belajar. Dan sedikit-sebanyak perkara ini mempengaruhi rakyat di Malaysia bahawa masa belajar hanya perlu belajar sahaja tanpa memikirkan masalah luar seperti politik ini. 

2. Remaja Harapan Agama & Negara.

Seterusnya, mereka ini(pihak tak bertanggungjawab tu) sangat takut dengan golongan remaja dan juga belia. Ini kerana, golongan ini adalah sangat mudah memahami dan juga terpengaruh. Selain itu, golongan ini bijak memilih yang baik serta bermanfaat buat agama seterusnya negara. Itulah sebab mereka amat takut dengan golongan remaja dan belia.

3. Mengamalkan yang Barat, Melupakan yang Sirah.

Mereka banyak memilih Barat sebagai idola  sampaikan perlembagaan Malaysia pun masih berlandaskan perlembagaan Barat. Mengapa tidak mencontohi perlembagaan Madinah yang disediakan oleh Rasulullah? Bukankah perlembagaan itu disediakan untuk menjadi contoh dan digunakan oleh negara Islam? Jangan guna separuh, gunakan kesemuanya. Lihat sirah Rasulullah semasa hijrah, tempat tidur baginda digantikan dengan Saidina Ali K.W. yang berani. Bukankah umur beliau ketika itu sangat muda.

Jika kita perhatikan semasa rusuhan yang berlaku di Mesir beberapa bulan yang lalu, paling ramai yang terlibat adalah golongan muda yang sedar akan cacatnya pemimpin mereka. Bukan yang tua. Malah mereka(yang tua) kebanyakannya hanya berdiam diri.

Kalau antum semua berada di pihak yang benar, tunjukkan kebenaran itu berlandaskan Islam. Jangan tunjuk menggunakan benda yang bukan milik antum. Takbir!!! Allahu akbar. Wassalam.

p/s: Biarlah mengundi hanya umur 21. Perjuangan perlu dari sekarang.

20 November 2011

Jumud oh Jumud

Salam ukhuwah fillah. 



............................................................................................................

Apa pendapat kalian jika seseorang yang selalu menegur atau menasihati kalian dengan berpandukan peribadinya bukan peribadi orang lain? Memanglah nampak macam nak nasihat, tapi kadang-kadang perasan juga dia macam nak bangga dengan diri sendiri. Tak apalah, kita bukan tuhan yang boleh tahu isi hati orang lain. Bersangka baik sajalah. 

Seterusnya, apa pulak pendapat kalian sekiranya orang yang menasihati kalian itu menggunakan fakta atau pandangan yang jumud atau terkebelakang tanpa memikirkan peredaran zaman yang semakin moden seperti zaman sekarang?

Sakit hati, betul tak? Come on lah, zaman semakin canggih. Kalau nak ikut zaman dulu, memang tak ke manalah kita. Bukan maksud penulis untuk menolak gaya hidup zaman dahulu. Zalim sungguh kalau berfikiran macam itu kerana zaman Rasulullah s.a.w. juga berada dalam kategori ' zaman dahulu.' Tapi, memang panaslah telinga ni dengar. Macam zaman dulu saja yang bagus. 

Siapa kita untuk menentukan bagus atau tak? Sebagai contoh, tidak dinafikan bahawa pada masa kini semuanya canggih. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas mampu memiliki gadget mereka sendiri. Namun, masih ada yang berfikiran kolot. 

" Alah, zaman aku dulu tak payah benda(gadget) ni semua. 
   Boleh je nak hidup." 

" Membazir je beli ni semua. Bukan kenyang pun."

Memanglah zaman antum tak payah benda tu semua sebabnya dunia belum sampai tahap moden dan canggih lagi. Lagi satu sebabnya mungkin ketika itu masing-masing tidak mampu memiliki. Takkan kita nak habiskan duit kita untuk makan saja? Tambah-tambah lagi zaman penyakit berbahaya ketika ini? Entahlah, ana tak pernah berada dalam zaman dulu. So, ana tak tahulah. 

Kalau asyik nak ikut zaman dulu, macam mana kita nak maju? Macam mana kita nak menyaingi kuasa barat? Cuba bayangkan ketika berperang, jika golongan barat menggunakan senjata yang sangat canggih, sedangkan kita hanya menggunakan sebilah keris kontot dan sepasang perisai. Itu pun kalau ada. Macam mana kita nak menghadapi mereka? 

" Berdoalah, Allah s.w.t pasti tolong."

" Tawakkal sajalah."

Hello pak cik dan mak cik, kita kena ingat Allah s.w.t. hanya akan membantu kita selepas kita berusaha. Sudahlah tidak berusaha, ada hati nak dapat pertolongan. Renung-renungkanlah. Sampai bila kita nak jadi golongan yang mundur? Sudah mundur perkembangan, ditambahkan lagi dengan kemunduran mindanya. Eloklah tu. Complete semuanya. Jangan sampai kita sendiri menjadi penyebab kemunduran agama sudahlah. Namun, tidak dinafikan bahawa tidak akan datangnya zaman ini tanpa zaman yang terdahulu. Wallahualam.

Sekian. Wassalam.

p/s: Maaf jika ada yang terasa. Tapi inilah yang berlaku pada masa kini. 

19 November 2011

Petah Berbicara, Gagal Melaksana

Salam ukhuwah fillah. 


Terkadang, pernahkah kita terfikir tentang satu fenomena yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini? Adakah benar bahawa Hari Pembalasan semakin hampir dengan kita? Jawapannya : "Ya." 


Jika kita lihat pada hari ini, betapa ramainya golongan manusia yang beragama Islam. Akan tetapi, telah benarkah keislaman kita semua, seperti para sahabat? Para syuhada' mahupun para tabi'in? Penarkah kita menghayati erti Islam itu sendiri? Sesungguhnya kita benar-benar berada di antara golongan yang menzalimi diri sendiri. Sebagai bukti bahawa telah tiba saat hampirnya Hari Perhimpunan, sabda Rasulullah s.a.w :


" Tidak akan datang kiamat sehingga 
banyak perbuatan dan perkataan keji, 
memutuskan hubungan silaturahim 
dan sikap yang buruk dalam tetangga."

 - Riwayat Ahmad dan Hakim -

Pernahkah kita memikirkan perihal saudara sesama Islam kita di negara-negara lain? Jawapannya "Pernah. Selalu juga kami berbincang." Memang pernah, tapi sejauh mana kita punya pemikiran. Sejauh mana perlaksanaan kita ke arah merealisasikan tuntutan Allah s.w.t.

Tidak perlu melihat ke negara lain, lihat sahaja di negara ini. Berapa ramai anak-anak muda remaja yang telah bergelumang dengan maksiat. Bukanlah penulis nak menunjuk apatah lagi nak hipokrit. Nauzubillahi min zalik. Tetapi itulah hakikatnya. Terkadang ada juga rasa terkilan dek kerana hanya mampu menulis tanpa mampu untuk menegur face to face. Tapi penulis berpegang teguh bahawa menulis juga adalah satu bentuk teguran walaupun tidak sehebat menegur dalam bentuk lisan.

Tapi ada juga yang berkata, kadang-kadang menulis akan memberi kesan yang mendalam berbanding berkata dengan lisan. Tak kisah lah apa orang nak cakap pun. Terpulang pada mereka, mana yang nak dinilai. 

Okey, kembali semula pada tajuk. Seperti yang kita maklum, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadi agama Islam sebagai agama rasmi kerana majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Ini bermakna, di negara ini juga mempunyai ramai ahli-ahli agama atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz' dan 'Ustazah'. Golongan ini perlulah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan generasi anak muda yang berpegang teguh pada tuntutan syari'at Islam. Bukan hanya apabila ada kempen, baru nak turun padang. Sampai bila kita nak berdiam diri? Nak tunggu sampai dunia kata pergi, kubur kata meh sini baru nak bertindak? Kalau macam tu, dah terlambat dah. 

Namun, bagi sesiapa yang rasa dirinya tidak layak untuk memberi tazkirah, renungkanlah Kalam Allah yang serba indah ini :

"Dan tetaplah memberi peringatan,
 kerana sesungguhnya peringatan itu, 
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." 

(az-Zariyat;55)


Terasa kesal di hati apabila kebanyakan golongan agama ini lebih banyak memendamkan diri. Senyap ontok sahaja. Nasib lah penulis masih di bangku sekolah, kalau tak memang nak ikut terjun berdakwah. Tapi apakan daya, ilmu tak cukup lagi. So, kena lah habiskan sekolah dulu. Tapi entahkan sempat entahkan tidak. " Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu Islam ditegakkan." Takbir!!! Allahu Akbar.

Maaf kalau ada yang terasa mengenai entri ini. Ianya sekadar ingin mengingatkan diri sendiri seterusnya umat Islam keseluruhannya. 

Wallahualam.

p/s: Terima kasih kepada saudara Arif Yusof diatas peringatan dan penyumbang idea untuk entri ini.