Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

Showing posts with label MIO. Show all posts
Showing posts with label MIO. Show all posts

14 December 2012

Bosan !! bosan !!

Salam 'alaik !!!

Petang-petang ni rasa macam bosan plak. 
Lagi-lagi kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Hati terdetik nak update blog. 


Bila time skola mintak nak cuti. Tapi bila dah cuti mintak nak sekolah pulak. Haha !!!
Actually memang bosan gila terperap kat rumah. Dah macam orang tak keruan. 

our squad

sahabat selamanya !!!

takkan terpisah

pok tek comel !!! HAHAHA !!!

apehal aku tutup muka lak tu !! bajet farizal jer !!

hebatk beliau ni !!


satay !! satay !! satay !!

selamanya Harimau Malaya !!!

makan time !!!
Aku yakin lepas ni kita takkan dapat bersama. Aku rasa ramai jugak yang akan keluar. 
Aku pun tak rasa aku akan stay atau keluar. Tu semua takdir Allah beb !! 
Semoga ukhuwah fillah abadan abada. 

13 December 2012

N0 SPM !!!!

Assalamaualaikum dan salam ukhuwah fillah. Dah lama rasanya den tak update blog ni. Nampak dah bersawang. "Eh, baru betul namanya laman sesawang." *tetiba. #lawaktakmasuk. 

Sebenarnya bukan malas *nak cover* tp sibuk sikit. Maklumlah I'm bekas pelajar SPM 2012. Rasa takda masa nak update. Otak dah tertumpu dekat buku je. *bajet baca je* 

Alhamdulillah la SPM dah habis !!! I'm free now !!! Dan cuti aku pun bakal bermula. Lama-lama cuti pun bosan jugak. Aku nak cari kerja, tapi kerja apa yang aku boleh buat???

Pernah juga aku terpikir nak jadi P.A ayah aku. Tapi macam tak masyuk je. Ayah aku jarang buat program walaupun beliau seorang kaunselor. Jadi aku pikir balik macam susah nak buat duit. Tapi seriously aku nak cari pengalaman dalam bidang-bidang motivasi ni. Tapi aku tak tau macam mana nak mula. Korang ada suggestion tak?

Ada member aku suruh pergi tadah kitab kalau tak kerja. Tapi masalah ea tadah kitab eh malam. Takkan siang den nak membuto. Den nak sangat menceburi bidang-bidang camni sebab den ada perancangan jangka panjang. Yang tu korang tak perlu tau la kan. 

contact me please !!!
Kepada sesiapa yang ada cadangan kerja untuk den, sila laporkan ya!! Wassalam ...

18 December 2011

Lagi-lagi Cinta


Salam ukhuwah fillah.
Aku mencintaimu.”

Pernahkah anda merasai cinta? Apakah yang anda rasa ketika bercinta? Seronok atau tak? Terpulang kepada anda. Penulis berharap kalian mendapat kebahagiaan yang diimpikan. Insyaallah.

Tunggu sekejap. Tahukah anda bahawa cinta itu ada dua perkara? Adakah anda mengetahuinya? Jom kita selidik.

Cinta sebelum kahwin.

Ada pun cinta sebelum menempuhi alam perkahwinan, ianya mempunyai huraian yang tertentu dari sudut pandangan Islam. Hukumnya adalah “haram.” Soalan ini antara yang pernah ditanya kepada Datuk Ishak Baharum iaitu bekas Mufti Selangor. Beliau mengeluarkan fatwa ini diatas beberapa sebab.

Pertama.

Ianya bercanggah dengan sunnah Habibuna Saidina Rasulillahi Sallahu Alaihi Wasallam. Kita lihat kembali sirah Rasulullah mengenai alam perkahwinan. Sebelum Baginda mengahwini Siti Khadijah, adakah kita pernah mendengar bahawa Baginda bercinta sebelum kahwin? Adakah Baginda pernah bertukar-tukar surat cinta? Pernahkah Baginda keluar bersama untuk makan malam atau “dating” bersama Siti Khadijah? Tidak pernah kita dengar bukan? Sebaliknya, Baginda hanya mengalami proses cinta selepas perkahwinan.

Kedua.

Bercinta sebelum kahwin banyak mengundang bencana dan dosa. Lihat anak-anak muda sekarang(bukan semua), yang mana telah ramai yang bercinta sebelum kahwin. Mereka seolah-olah lupa akan prinsip cinta yang sebenar-benarnya. Berpegangan tangan, berdua-duaan dan berkhayal bagaikan sudah sebati dengan kehidupan. Bermula dengan perkara yang kecil seperti berdua-duaan dan sebagainya, lama kelamaan akan membawa kepada perkara yang lebih teruk iaitu zina. Walaupun tak pernah keluar bersama atau berjumpa, tapi kalau sampai asyik terbayang atau berkhayal, ianya tetap dikira zina iaitu zina minda. Itu semua akan mengundang bencana dan kemurkaan Allah subhanahu wa taala.

Ketiga.

Percaya atau tidak, bercinta sebelum kahwin ini sebenarnya merupakan ideologi Barat? Mengapa penulis mengatakan ianya ideologi Barat? Sebabnya cuba kita perhatikan puak-puak Barat, mereka menghalalkan perhubungan yang hanya halal bagi pasangan suami isteri. Bukankah jelas ianya sudah bertentangan dengan Hukum Allah.
Namun, ada yang beranggapan bahawa cinta sebelum kahwin ini tidak mengapa selagi tidak bertentangan dengan syara'. Memanglah tidak bertentangan dengan syara'. Tapi, cuba kita fikir untuk masa yang akan datang. Sekarang memang tidak berlaku zina, tapi untuk yang akan datang? Kita sendiri pun tak tahu.

Bercinta selepas kahwin.

Cinta selepas kahwin adalah cinta yang terindah. Percaya atau tidak? Tak nak percaya sudah. Tidak ada yang akan menghalang. Malah direstui Allah subhanahu wa taala dek kerana kita telah mengamalkan sunnah RasulNya. Segalanya adalah halal kecuali beberapa perkara. Penulis memang tak dapat nak bayangkan sebab belum kahwin lagi. Cuba tengok orang di sekeliling anda yang telah berkahwin. Bahagia atau tak? Kalau tak, itu maknanya ada lah masalah. Tetapi kebiasaanya jika dilihat pada mereka yang bercinta selepas kahwin, insyaallah bahagia.

Kesimpulannya, penulis berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca sekalian, bercintalah selepas menempuh alam perkahwinan. Ianya dapat menjamin kebahagiaaan dan telah terbukti berkesan melalui sirah-sirah Rasulullah sallahu alaihi wasallam dan kisah-kisah para ulama'. Wallahu 'alam.

Takbir!!! Allahu Akbar!!!

p/s: Ya Allah, Kau jauhkanlah Aku dari tipu daya syaitan.


05 November 2011

Berjiwa Pemuda


شباب الروح

،يا أخي 
 ،الشباب التفكير
،تنشأ مع شعبكم
.التمسك بالإسلام دينا الحبيب

 ،يا أخي
 ،الشباب التفكير
،تذكر وعد ربك
.الشهداء من السماء بالنسبة له

 ،يا أخي
 ،الشباب التفكير
،دعونا نتحد
.السعي لتحقيق الطموح

 ،يا أخي
 ،الشباب التفكير
 ،استقالة دون متماسكة
.والواقع أنه من دون جدوى










Yang Berjiwa Pemuda

Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda, 
Bangkitlah bersama umatmu,
Menegakkan islam yang tercinta.


Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda,
Ingatlah akan janji tuhanmu,
Orang yang syahid syurga buatnya.


Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda,
Mari kita bersatu,
Mengejar cita-cita.


Wahai saudaraku,
Yang berjiwa pemuda,
Tawakkal tanpa berpadu,
Sesungguhnya ia sangat sia-sia.

16 March 2011

Sahabat Selamanya……..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada rakan pembaca blog ni. Kali ni M.I.O nak cerita(nak cerita je ea,bukan mengumpat) tentang kawan M.I.O, beliau ni bukan sekadar kawan tapi beliau ni juga sebagai sahabat. Apa ni M.I.O kawan dengan sahabat tu tak sama ke? Bagi M.I.O memang tak sama, pada pandang M.I.O kawan ni hanya sebagai teman di kala kita tengah senag kalau susah kawan takkan dekat dengan kita. Nak tau cerita selanjutnya? Teruskanlah membaca yea…..

Pada 31 Januari 2011 yang lalu, M.I.O telah kehilangan seorang sahabat. Kehilangannya memang M.I.O terasa, bukan M.I.O seorang je yang terasa sebenarnya sahabat-sahabat yang lain juga turut merasainya. Perginya beliau bukanlah kerana kematian atau meninggal dunia tetapi pergi meninggalkan ITQAN. Beliau ni namanya RIB’E BIN MOHD FARID. Walaupun dia ni seorang yang lemah lembut, sopan santun kitorang tetap respect dia. Kitorang respect dia gila-gila punya…

Teringat waktu zaman tahfiz 1 dulu, saat waktu bersama menimba ilmu. Apa-apa yang kitorang tak faham, mesti rujuk atau tanya dia. Samapai satu tahap dah tak faham sangat, kitorang copy and paste je kerja-kerja dia. Saat waktu di dalam kelas M.I.O ingat lagi, time tu dah terdesak sangat apa lagi copy je larh. Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Tapi M.I.O bukan tiru macam tu je, mula-mula tiru lepas tu minta dia ajar sampai dapat larh. Tak ada larh nak jadi %&??>/. Hehe…

Setahun berlalu di awal menengah, kini melangkah pula tahun kedua di ITQAN. Segalanya dah berubah berbanding tahfiz 1. Kurang meniru tetapi tetap ada. Kami kerap mengadakan study group. Dar situ kitorang berkongsi pendapat sampai nak bergaduh pun ada. Haha. Tetapi hanya untuk seketika sahaja pergaduhan itu. Indahnya persahabatan. Betul tak?? Kami sepakat dalam semua perkara walaupun pada mulanya ada segelintir tak bersetuju akhirnya bersetuju. Eih2,, M.I.O rasa dah lari sikit dari tajuk ni yang sebenarnya untuk sahabat M.I.O ni. Arh..biarlah. blog ni ana yang punya, bukan antum. Haha.

Masuk tahun ketiga pulak, tahun yang mencabar(PMR)  setelah beberapa tahun di zon menengah ni. Tapi ada lagi tahun yang lebih mencabar dalam zon menengah(SPM). Segala persiapan telah dirancang bersama sahabat-sahabat yang lain. Ada yang mengesyorkan kem-kem motivasi, pusat-pusat tuisyen dan sebagianya. Tapi M.I.O tengok si Rib’e ni, beljar ala kadar je tapi masyaallah ALLAH bagi dia kelebihan. Bayangkan dalam tempoh 2 tahun setengah boleh khatam 30 juzu’. Mungkin bagi anda di luar sana rasa ni perkara biasa, tapi bagi M.I.O dia memang seorang yang hebat. Khatam awal, lepas tu ingat semua pulak tu. Jeles pulak rasanya. Tak cukup tu, ALLAH bagi lagi dia kesenangan dalam menuntut ilmu. dia belajar hanya di dalam kelas. Di asrama, M.I.O  tak pernah Nampak dia baca buku kecuali buat kerja sekolah. Itu pun sikit sangat dia buat. Kalau kat asrama dia akan tidur, baca surat khabar, baca komik dan sebagainya. Mungkin inilah KARAMAH yang diperolehinya. Setelah diselidik, beliau ni lahir dari keturunan yang mulia dan disanjungi di NEGERI SEMBILAN ni. Beliau dari keturunan Sheikh Haji Ahmad iaitu ulamak nusantara yang merupakan MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN  dulu.

Tahun ni punya kisah pulak adalah lebih menyedihkan, sedih sebab ada ura-ura mengatakn dia ni nak pindah. Kitorang dah cuba menghalang tapi keputusan di tangannya dan ALLAH dah tentukan. So, kitorang redha je larh. Hanya DIA yang MAHA BERKEHENDAK. Selepas jamuan pada 25 Safar 1432 jam 3.30 petang, beliau telah berangkat pulang. Kesedihan menyelebungi diri. Tatkala itu, terimbau saat bersama mengorak langkah untuk berjaya. Namun segalanya telah ditentukan olehNYA. Sejak hari tu, lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan sahabat tak kira kumpulan apa kitorang mainkan. Ada yang sampai menangis pun ada. Huhu…

Dah2, M.I.O nak tutup cerita pasal dia. Walaupun jasad dia tak bersama kitorang lagi, namun semangatnya masih tetap bersama kami dan akan kami genggam bersama. Semoga dia akan mengingati kitorang kat sini. Terukanlah perjuangan sahabatku. Eih2,, M.I.O ni tadi kata nak stop. Ok2 stop pasal dia. Nak menangis dah ni..
Sampai sini je nak cerita pasal dia. Diharapkan dia terus sihat. Sob3… haha, kan dah nanges…..eih2, mana ada nanges…ok larh… wassalam……..

26 December 2010

PMR OH PMR

Nak takut ni ke??? Tak payah takut larh
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah dengan berkat dan izin dari-NYA, aku dapat mengupdate blog kali ni. Dah seminggu rasanya blog ni tak diupdate. Sebenarnya, aku pun ketandusan idea. Selama seminggu berada di sekolah, baru aku dapat idea. Memang terbaik lah sekola tu.

Baru-baru ni, keputusan PMR baru je keluar. Ramai jugak lah member-member aq yang dapat 9A. Antara 29 orang calon, 13 orang yang mendapat razeki dari ALLAH. Walaupun tak semua dapat 9A, keputusan kali ni adalah yang terbaik yang pernah dicatat dalam sejarah INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN. TAHNIAH kepada yang mendapat rezeki. Walaupun aku tak dapat keputusan yang cemerlang, aku pun tumpang gembira + rasa syukur + rasa bangga kerana termasuk dalam golongan 17 generation.


Tawakkal adalah jalan terbaik
Berceita pasal gagal,eh bukan gagal larh tapi cuma bukan rezeki dari ALLAH untuk kita jer. Aku percaya dengan qada' dan qadar ALLAH kerana aq dah buat yang terbaik. Alhamdulillah, tidak terdapat sedikit pun perasaan kecewaapabila aku menerima keputusan itu. Malah aku berbangga kerana target aku mengena. Bayangkan subjek yang tak pernah lulus apatah lagi nak dapat gred "A", boleh dapat "A". Aku tetap berpegang dengan firman ALLAH :

ان الله عليم حكيمْْ.......

Ertinya : Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui  lagi Maha Bijaksana.

Walau tinggi mana pun ilmu seseorang, ilmu ALLAH jua lah tiada bandingan. So, kepada yang tiada rezeki tu, janganlah berputus asa. Ingat, Allah itu adalah segalanya. Biarkan mulut orang nak cakap apa. Yang penting kita jangan mengalah. Kalau nak diikutkan mulut orang, sampai bila2 pun tak dapat nak tutup. Terima result tu dengan hati yang ikhlas. 
Ikhlaskan hati, pasti berjaya

Berserahlah dengan apa yang kita dah buat
Sebenarnya keputusan yang cemerlang bukan matlamat aku, tapi usaha yang aku buat untuk mencapai kecemerlangan itu yang penting. Namun aku yakin, keputusan aku ni bukan datang dari sapa-sapa melainkan ALLAH. Memang kalau diikutkan penanda kertas yang bagi markah. Tapi dengan kudrat dan kuasa ALLAH, tiada siapa mampu menghalangnya. Tapi tengok balik pada diri kita :
  1. Hubungan dengan ALLAH
  2. Hubungan dengan ibubapa
  3. Hubungan dengan guru-guru
  4. Hubungan dengan rakan-rakan
Jagalah hubungan dengan-NYA
So, muhasabah diri. janagn sedih-sedih. PMR jatuh, SPM still ada. Aku percaya hubungan dengan ALLAH bagus, hubungan dengan yang lain pasti bagus jugak. Tinggalkan PMR tu, ucapkan selamat datang pada SPM pulak.

Selamat tinggal masa silamku..
Oke lah, ni je yang aku nak tulis buat tatapan serta pengajaran kepada diriku dan juga pembaca blog ni. Segala yang baik datang dari ALLAH, yang kurang datang dari kelemahan dan juga kesilapan diri aku sebagai hamba-NYA. Tutup tirai dengan ucapan wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.








06 December 2010

Alahai Pak Cik

Indahnya pagi ni, bermandikan air paip yang teramatlah sejuk macam kat C.Highlands. Pagi ni tetiba jer aku bangun awal. Tapi selalu aku bangun awal gak eh. Cuma hari ni terlebih awal plak.

     Habis mandi, aku pun bersiap nak gi subuh.“ Pahal aku siap awal? Lebih baik aku online jap. Sekarang baru kul 3 pagi,” dalam hatiku berbisik. Tanpa berlengah, terus je aku bukak laptop yang dah memang tersedia kat atas meja.

     “Allahu akbar allahu akbar”, suara azan memecah keheningan pagi tu. Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Aku terus keluar untuk ke surau. Alangkah terkejutnya aku bila sampai, pemegang kunci surau aku tu baru nak azan. Habis tu, yang azan tadi sape?? Yang azan tu, surau ni atau masjid berhampiran. Pelik-pelik. Padahal dah 20 minit masa berlalu, takkan baru nak azan. Melampau.

     “Pak cik, ni dh pukul berapa,” aku tanya dia. Selamba je dia jawab, “ aikk, ko sekola darjah berapa. Nampak macam dah sekolah menengah. Takkan jam pukul berapa pun ko tak boleh tengok. Tuu tuu nampak tu, dah pukul 6 larh.” Wuih, berasap kepalo den time uh.


Den balas balek, “ pak cik, saya sekola tingkatan tiga. Pak cik ni dah tuo pun takkan tak tau doso pahalo kot cik. Pak cik tau tak melambat-lambatkan azan ni satu doso. Pak cik jangan piker soal tuo mudo.” Terdiam pak cik tu. Ha!!! Baru dio tau den ni sapo.

Habis solat jo, den terus baco doa n blah. Sesekali tertoleh gak kat pak cik tu. Dio  toleh kat den dulu. Pas uh den pandang, teros tunduk. Takut larh tu. Haha.


Pengajaran :

1)  Jangan melambat-lambatkan azan, tu satu dosa. Cuba bayangkan kalau azan dilambatkan, mungkin akan mengelirukan orang-ramai. Dengar kat masjid sana dah, tapi sini belum. 

2)  Jangan merendah-rendahkan martabat orang walaupun orang yang lebih muda apatahlagi yang lebih tua kerana kita tak tau kelebihan dan kekurangan tersembunyi yang Allah kurniakan kepada kita.
      

03 December 2010

Pertama Kali



Buat pertama kalinya aq mengupdate blog ini. Sebenarnya yang sebelum ni aku copy paste je dari  blog budak aku,  generasi-17.blogspot.com. Teruja sungguh diriku. Nak tau sebab pe aku boleh terfikir nak buat blog ni? Sebab yang pertama, dengan hasil limpah kurnia dan keizinanNya, maka dapatlah aku menghasilkan blog ni. Sebab yang kedua pulak ialah, teknologi dan peredaran zaman masa kini telah membuatkan aku terasa nak pergi lebih maju ke hadapan.

Pada mulanya, aku suka membaca blog orang lain dan melayari laman web. Tengah aku search, aku jumpa lak blog kawan aku, Zahirul Online. Aku pun terus je larh baca. Best gak arh. Dalam fikiran aku,“alangkah bestnye kalau aku ada blog sendiri.”

Lepas tu aku pergi lak kat dia punya page,        `Rakan Siber.’ Terkejut gak aku. Tak sangka pulak ramai budak2 Itqan yang ada blog. Ustaz-ustaz ni pun ada gak. Ni yang menaikkan semangat aku nak buat blog sendiri.

Aku terus mintak tolong Zahirul ajarkan aku cara nak buat blog. Dia pun kata ok jer. Anyway, thanx larh kat dia sebabb tolong aku. Pada sesiapa yang membaca blog ni, silalah beri tunjuk ajar kepada diriku. Alang-alang dah sampai sini, follow larh. Nanti aku follow korang pulak. Jangan lupa gak, bagi komen kat post aku ataupun kat `Discussion Board’ yer.

Ok larh. Aku rasa ni jer kot yang aku nak tulis untuk pertama kali ni. Sehingga bertemu lagi.

Wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.