Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

05 June 2012

Arab vs Math


Salam ukhuwah fillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya masih diberikan kesihatan untuk kembali mengisi kekosongan blog ini yang telah lama dibiarkan. Selawat dan salam, doa dan pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. selama-lamanya, siang dan malam tidak putus-putus umatmu memujimu.

Insyaallah, pada entri kali ini penulis akan membawa satu isu yang semakin menjadi tabiat umat Islam di negara ini berkaitan dengan cara pemikiran dan pemahaman. Diharapkan kita mendapat keampunan dan redha Allah. Amin, insyaallah. Selamat membaca.

Isunya ialah terdapat segelintir pelajar yang beranggapan bahawa menuntut ilmu dunia itu tidak penting dan wajib mementingkan ilmu akhirat. Dengan ini, saya dengan rasa rendah dirinya memohon agar para pelajar meneliti maksud yang tersirat di sebalik kedua-dua ilmu ini. Janganlah kalian menilainya hanya mengikut rasa dan kehendak hati semata.

Sebenarnya ilmu duniawi dan ukhrawi sangat memerlukan antara satu sama lain. Ianya dapat dibuktikan melalui sejarah lampau. Sebagai contoh, lihat tokoh-tokoh yang dilahirkan oleh Islam antaranya Ibn Sina yang memiliki kepakaran dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi yang mempunyai kemahiran dalam bidang astronomi dan matematik, Syed Naquib Al-Attas sebagai tokoh pemikiran Islam. Adakah mereka ini menolak ilmu sains, perubatan, falsafah dan sebagainya. Tidak bukan, malah mereka mampu menjadi salah seorang tokoh yang terbilang yang mana buah fikiran mereka masih digunapakai sejak berkurun-kurun lamanya. Dan yang lebih hebat lagi, mereka tetap menjalankan kewajipan menuntut ilmu ukhrawi. Penting atau tidak?

Baik, bagi mereka yang masih tidak memahaminya saya akan terangkan melalui pendekatan teori pula. Bayangkan anda hendak solat, tetapi anda tidak memliki ilmu dalam bidang matematik. Bagaimana anda hendak menentukan bilangan rakaat sama ada 1,2,3,4 dalam setiap solat? Begitu juga dengan puasa. Tanpa memiliki ilmu dan kepakaran dalam bidang astronomi, kita tidak akan mampu untuk menentukan bila tarikh permulaan dan pengakhiran bulan. Dalam sains pula, adakah anda ingin terus bergantung harapan kepada mereka yang bukan Islam dalam bidang sains dan perubatan? Come on lah, buka dan luaskan pemikiran kalian dalam mentafsir sesuatu. Ilmu mempunyai skop pemikiran yang sangat luas dan kadang kala kita boleh tersesat ke dalamnya.

Seterusnya dalam hadis, Rasulullah pernah bersabda:

مَنْ اَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَ الْأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْم
Barang siapa menginginkan dunia, maka ia harus berilmu. Barang siapa menginginkan akhirat, maka ia harus berilmu. Dan barang siapa menginginkan dunia akhirat, maka ia juga harus berilmu
(Al – Hadits)

Di dalam hadis ini telah cukup membuktikan bahawa pentingnya kedua-dua bahagian ilmu ini. Hal ini kerana, setiap bahagian ilmu yang terdapat di muka bumi ini segalanya adalah milik Sang Pencipta. Segala ilmu yang dikurniakan telah menjadi fardhu kifayah untuk dipelajari. Dengan itu, saya dengan sekeras-kerasnya membantah tanggapan kalian terhadap pecahan kedua-dua bahagian ilmu ini.

p/s: perbetulkan niat, pasti tidak akan terpesong.