Penulis Blog Iini

My photo
Seorang anak muda beragama Islam. Berumur belasan tahun. Menulis blog hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mendukung kepada kebenaran. Membasmi kemungkaran. Menegakkan keadilan berlandaskan Qanun-qanun Syara'. Syahid itu utama.

Rakan Setia

27 January 2012

Usrah Sakinah

Salam ukhuwah fillah.


Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam cuti seminggu. Namun, syukur ke hadrat Ilahikerana masih memberikan daku sedikit masa untuk berkongsi sebuah taujihat ataupun peringatan yang diharapkan boleh dikongsikan bersama dan diguna pakai dalam menjalani kehidupan seharian kita. Insyaallah.


Seterusnya, melihat isu-isu zaman yang serba moden ini kita perlu berwaspada dengan ancaman luar seperti media barat, dunia IT dan sebagainya yang boleh merosakkan keimanan dan melonggarkan tauhid kita kepada Allah subhanahu wa taala. Cuba kita fikirkan jika negara ini tidak mengamalkan dan tidak berpegang teguh dan utuh pada prinsip-prinsip Islam yang telah disediakan oleh Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti negara-negara yang tiada pedoman di luar sana. Dengan kes-kes moralnya seperti zina berleluasa, rompakan yang semakin menjadi-jadi, keganasan Si Kaya terhadap Si Miskin. Sesungguhnya ini semua merupakan amalan Jahiliyyah yang sangat dibenci Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan dimurkai Allah subhanahu wa taala.


Firman Allah subhanahu wa taala:


"Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk Saba' sebagai satu tanda(yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu dua buah kebun(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri(qariah mereka)." (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya. Negeri kamu ini adalah negeri yang baik
(aman dan makmur), dan Tuhanmu adalah 
Tuhan yang Maha Pengampun."

Surah Saba':15

Untuk mencapai tahap sesebuah negara yang dikatakan " Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghofur," ianya mestilah bermula daripada keadaan kelompok sesebuah usrah ataupun keluarga yang berjaya. Yang dimaksudkan sebagai berjaya itu, bukanlah dilihat dari sudut kebendaan semata-mata, tetapi ianya turut dinilai melalui aspek kerohaninya, jasmaninya serta amalan yang diredhai Allah subhanahu wa taala iaitu amalan yang berlandaskan hukum-hukum Islam. Ini tidak bermaksud harta kebendaan itu tidak penting, akan tetapi Islam meletakkan kepentingan pada agama disusuli dengan harta benda. 

Yang dikatakan " Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghofur," itu ialah negara yang berpegang teguh dan utuh pada konsep hukum-hukum Islam. Alhamdulillah, jika dilihat negara ini masih mengamalkan sistem perundangan Islam. Walaupun ianya tidak menyeluruh, tetapi ianya perlu terus diperbaiki supaya menjadikan ianya menyeluruh. Biar sedikit, makin lama makin bertambah. 

Berhubungan dengan hukum Hudud, ada yang mengkritik entri saya sebelum ini mengenai hukum ini. Mungkin kalian kurang memahami entri tersebut. Saya memohon kemaafan diatas kekurangan. Untuk pengetahuan, hukum Hudud perlu dan wajib dilaksanakan. Tetapi ianya memerlukan masa untuk difahami oleh masyarakat. Sebelum ini saya pernah menulis entri mengenai hukum Islam ini.  Tujuan saya yang utama bukan untuk mengkritik semata, tetapi saya ingin memberikan kefahaman. Tiada niat untuk menundukkan sesiapa baik yang kuning mahupun yang merah. Semuanya sama.

Berbalik pada isu Hudud yang digembar-gemburkan, masyarakat perlu diberi kefahaman yang sebetulnya. Masakan orang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai Hudud, kita nak terus hukum. Umpama seorang pelajar yang menduduki peperiksaan. Sedangkan dia tidak mempelajari topik yang diuji. Dapat keputusan, terus nak hukum sebab gagal. Tidak adil namanya tu. Tapi ingin saya tekankan juga, hukum Hudud ini jangan diperlekehkan. Dan jangan dipermainkan. kelak menunggu kalian atas perbuatan kalian yang menghina hukumNya.

Hanya sekadar ini sahaja perkongsian kali ini. Harap apa yang salah, cepat-cepat beritahu. Terima kasih kepada yang mengkritik. Mudah-mudahan entri ini dapat meningkatkan kefahaman. Sekali lagi mohon maaf di atas kekurangan. Yang baik itu dari Allah, sesungguhnya diriku ini hanya sentiasa melakukan kesilapan. Mudahan Allah mengampuniku dan kalian. Wassalam.










31 December 2011

Tentukan Hala Tuju Anda


Salam uhuwah fillah.

Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan keizinan untuk mengupdate entri untuk yang terakhir kalinya buat tahun 2011.

Bertemakan konsep tahun baru, rakyat Malaysia mengetahui bahawa sambutan tahun baru di negara ini antara yang “TERgrand” dan yang “TERover” mengalahkan sambutan tahun baru di negara-negara bukan Islam. Mengapa ini semua terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada anda, dan tanya pula iman anda. Mudah-mudahan segala jawapannya dapat diketahui. Namun, entri kali ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. Apatah lagi ingin menghukum dan menjatuhkan si fulan.

Mana hala tuju anda untuk malam tahun baru ini?







Adakah anda bakal menghadiri konsert-konsert di atas?

Ataupun anda hanya berdiam diri sahaja di rumah untuk menonton cerita-cerita ini?













Ataupun anda bakal menghadiri program-program pembentukan dan peningkatan sahsiah diri sebagai contoh di bawah ini?








Apa-apa pun, marilah sama-sama kita koreksi diri sempena Tahun Baru yang bakal tiba beberapa jam dari sekarang. Pilihlah mana hala tuju anda. Menghadiri konsert yang melampau, berdiam diri di rumah, ataupun menghadiri majlis-majlis ilmu yang turut dihadiri oleh beribu-ribu para malaikat.


Takbir!!! Allahuakbar.












25 December 2011

Haram Tetap Haram

Salam ukhuwah fillah.

Ramai hari ini inginkan perpaduan. Ramai hari ini inginkan persamaan. Ramai hari ini makin terpesong dengan ajaran Tuhan(Allah). Mereka seolah-olah lupa dan lalai akan Tuhan mereka yang Maha Agung. Jangan sampai datang satu bala turun kepada kita dek kerana dosa syirik yang kita lakukan. Ingat, syirik tu merupakan dosa yang tiada mendapat keampunan dariNya. Firman Allah subhanahu wa taala:

"Sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang paling besar."


(Surah Luqman:13)

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama(ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata: Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari kebesaran mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atauanda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barang siapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid'ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian,kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekali pun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena AllahTaala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu."

(Az-Zumar:7)


"Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu."

(Al-Ma`idah :3)

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga kerana ia adalah hari besaryang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad sallallhu alaihi wa sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

"Barang siapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi."

(Ali-Imran:85)

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ikut serta bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagikaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlisatau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, salingmemberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi sallallhu alaihi Wa Sallam,

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka." 

(Hadits Riwayat Abu Daud)

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

"Menyerupai mereka di dalam sebahagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka."

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka,menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepadamereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi MahaPerkasa.

Takbir!!! Allahu akbar.